Tuesday, June 23, 2009

Suria FM Media Nite...

Ini merupakan antara event yang best..bukan sahaja kerana hadiah cabutan bertuahnya yang menarik..tapi persembahan artis yang mengambil bahagian jugak sangat menghiburkan..menurut Engku Emran, ini merupakan acara tahunan Suria FM dan akan diadakan lagik pada tahun depan...

Bergambar dengan artis, pihak media dan Suria FM..memang meriah dan menggamatkan..ditambah pulak dengan aksi dan keletah Puteri Hang Li Po..

Temanya biru dan putih..kebanyakan tetamu yang datang memang ikut tema sebagai tanda memberikan sokongan pada Suria FM...tengoklah gaya Nana yang lain dari selalu..aku pulak lebih selesa dengan gaya yang selalu aku gayakan sebelum nie..he he

Bergambar dengan Datuk Sharifah Anini..dia memang baik..tapi beberapa hari ni aku asyik baca isu Kak Pah dengan seorang komposer..aku harap segalanya akan menjadi baik...sebab tak seronoklah bila ada insiden gaduh2 nie...

Lagi gambar dengan Kak Pah..dia merupakan antara penyanyi yang paling aku suka..sampai sekarang suaranya ketika menyanyikan lagu Teratai dan Bunga Tanjung memang gempak..bukan senang nak cari penyanyi macam dia sekarang nie...

Bersama Hafiz..walaupun dengan fesyen rambut baru..dia tetap sute..

Aku terpaksa berjengket supaya kelihatan lebih tinggi daripada Hafiz..

Digon yang ambik gambar nie..aku pun tak tahu kenapa dia ambik gambar curi nie..apa pun thanks..he he
Dengan E, Ziera, Sudir dan Cael..semuanya enjoy hari tur sebab dapat hadiah yang hebat..aku dapat VCD..kira oklah sebab VCD aku kat rumah memang dah rosak..kira rezeki la jugak..thanks Suria FM..
Dengan Zira...aku tak suka sangat gambar nie..sebab aku nampak hitam bila bergambar sebelah dia..benci!!!

No comments:

Post a Comment