Wednesday, April 29, 2009

Malam Media RTM...

Bila difikirkan kembali Malam Media RTM yang diadakan di Angkasapuri baru-baru ini memang kelakar..macam2 kontroversi..tapi biarlah budak2 Karangkraf jer yang tahu.. he he..

Masa nie semua tengah bosan menunggu...sebab ada yang berucap terlalu lama dan ada jugak yang nak kena pergi ke tugasan seterusnya..he he..tapi kalau nak tinggalkan majlis macam tur jer..nampak tak sopan lah pulak..so tunggu lah jugak sampai habis...mujurlah makanan kampung yang disediakan boleh dikatakan sedap..he he..ala2 kat cafe Karangkraf gitu..

Aku dengan Aqilah, Tengku dan Serr..Ketiga2 pompuan ni tengah mengandung sekarang..Tapi Aqilah yang paling besar dan bakal melahirkan anak tak lama lagi..Kalau tak silap aku dia bakal dapat baby kembar..seronok jugak dengar cerita bakal2 ibu ni...tapi walaupun mengandung tetap cergas buat kerja dan mulut tetap ligat bergosip.. he he

Semuanya perasan meletop..sabar jer la..

Tengoklah gaya Serr..macam supermodel katanya!! Tengku pulak tetap perasan cantik dengan cuba melentokkan tangan dengan muka yang penuh ghairah..he he..Diana seperti biasa tetap mantain slumber dan tak fikir tentang keadaan orang lain..aku sama dengan Diana..datang bukan atas sebab bekerja..so bolehlah bergembira tanpa memikirkan tentang artikel yang perlu dibuat..memang seronok.. he he..

Moment Emma & M. Rajoli...

Sebelum ni aku dah citer sikit tentang Uncle M. Rajoli dan Emma Akma..di sini aku masukkan gambar2 yang sempat diambil oleh Nana..walaupun tak banyak tapi adalah jugak kenangan di antara kami...

Sebenarnya M. Rajoli merupakan antara pelakon kegemaran aku..aku paling suka kalau dia berlakon bawakan watak orang yang warak..memang menjadi..tapi sekarang uncle ni dah sakit dan pelru diberikan perhatain oleh keluarga dan anak-anaknya..masa aku, Zira, Wanie dan Nana datang melawat, kitaorang dilayan dengan baik oleh isteri pertama uncle, Kak Mah...Banyak jugaklah benda yang Kak Mah ceritakan pada kitaorang..dia memang baik dan penyayang...

Sedih jugaklah tengok keadaan uncle..apa yang boleh aku buat..doakan uncle sihat seperti dahulu dan boleh berlakon kembali..kepada para peminat uncle, Kak Mah cakap pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja dan dia pun tak pernah halang tetamu yang datang berkunjung....

Masa ni kat umah Emma Akma..aku dengan Zira berangan memakai Tiara kepunyaan Emma..memang kelakar menurut Emma, Tiara tur semua bukti bahawa dia pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik dan muncul sebagai pemenang...

Aku cukup suka dengan konsep rumah Emma..kelihatan ringkas dan bersih..Dia pulak guna kombinasi warna merah, putih dan hijau (warna kegemaran aku)...Dulu rumah lama aku pun guna konsep warna hijau..tapi sekarang aku dah berpindah dan duduk di rumah lain..lebih sederhana tapi menenangkan...

Emma Akma & M. Rajoli...

Sebelum tulis apa2..aku mintak maaf sebab tak dapat nak masukkan gambar2 terbaru..tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman dengan kawan2 ketika aku buat tugasan di rumah pelakon Emma Akma dan M. Rajoli..

Emma Akma - Sebenarnya aku terpaksa ikut tugasan Zira MH sebab jurugambar kitaorang sama iaitu Nana. Aku ingatkan Emma Akma duduk rumah lama, rupa2nya dia ada rumah baru selepas berpisah dengan suaminya. Aku suka tengok perubahan Emma yang kini semakin positif dan gembira dengan kehidupan bersama anak2nya...Dulu aku selalu ingat, sesiapa yang berpisah dengan insan tersayang akan merana. Tapi Emma dah buktikan bahawa jika kita kuat dan sabar, segala masalah akan berlalu dengan senang. Tahniah Emma. Rumah baru Emma pun cantik dengan konsep yang ringkas tapi menarik....

M. Rajoli - Rumahnya kat area Keramat. Masa nak g tur sesat2lah jugak dan terpaksa bertanya beberapa orang kat area situ..Namun layanan baik yang diberikan oleh Kak Mah, isteri pertama M. Rajoli membuatkan aku selesa. Aku dapat rasakan perasaan Kak Mah yang agak kecewa dengan beberapa tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan keluarganya. Walaupununcle M. Rajoli tak dapat bersembang, tapi wajahnya yang kebapaan, sangat menyejukkan mata yang memandang. Paling penting dia masih boleh bercakap walaupun agak perlahan dan sukar untuk difahami. Ketika itu barulah aku sedar, aku perlu buat persiapan sebelum menjelang hari tua..tak kisahlah dari aspek apa pun..termasuklah kesihatan diri dan harta benda....

Tuesday, April 28, 2009

Moment Di Teluk Cempedak..

Ini semua adalah gambar2 masa pertunangan Diana..walaupun gambar2 nie dah lama tapi aku rasa perlu nak masukkan dalam blog aku..sebab kalau aku tak masukkan..mesti gambar nie akan luput dan akhirnya terbuang..he he...lokasinya pulak Pantai Teluk Chempedak kat Kuantan, Pahang...memang menyeronokkan dan menghiburkan...

Gambar kenangan dengan Diana, Ana, Shahril, Teha dan aku..gambar nie memang banyak nostalgia..lebih2 lagi bila ingatkan yang kitaorang solekkan Diana dan juga menjadi penyelaras fesyen..mujur ada Ana yang banyak idea dan mampu memeriahkan suasana..nanti kahwin Diana semua dah janji untuk g sama2..naik kereta Ana pulak.. he he...

Wajah2 ceria...
Gaya melompat memang tak dapat dilupakan walaupun di mana..so walaupun Diana bergaya sopan dengan baju kurung warna putih..tapi dia tetap melompat sakan.. Tahniah Diana!!!

Masa ni memang seronok sebab perangi gila2 semua orang terkeluar..walaupun penat tapi we all puas sebab dapat bergambar kat sini..sepatutnya kitaorang nak mandi manda..tapi tak sempat sebab ada beberapa acara yang disusun selepas itu...

Masing2 dengan gaya tersendiri katanya..oleh kerana hari macam nak hujan..terpaksalah aku menggunakan payung di tangan sebagai props untuk menambahkan gaya.. he he..

Walaupun situasi masa tur kelakar..tapi lagi kalakar bila tengok kepala Diana ada bunga..gaya baru katanya..tapi hakikatnya tak tahu nak buat apa dah..he he..

Inilah rumah tumpangan yang disediakan oleh Diana untuk kawan2nya yang datang..rumah nie memang besar sebab mempunyai empat bilik..dua bilik air dan dua ruang tamu..dapur untuk memasak turut disediakan..kat dalam rumah tur pulak cuma ada kitaorang berempat jer..mujurlah Abby dan kawannya datang..so tak adalah sunyi sangat..kat situ sempat jugak berkenalan dengan kawan Diana yang bakal berkahwin dengan orang Tanjung Malim tak lama lagi..aku dah lupa sapa nama budak tur tapi dia memang OK..polis kat Slim River...

Moment Dengan Teha

Ini semua gambar2 yang diambik menggunakan kamera Teha..kebetulan pada hari tur aku ada banyak assingment dengan dia..so boleh la coretkan sedikit moment dengan dia kat sini...he he..

Habis jer menonton Patung Kertas..aku dengan Teha segera balik Shah Ala..sebab Teha pun dah mengantuk dan ada masalah orang perempuan..tapi semuanya berjalan lancar. Walaupun penat dan mengantuk, kita berdua tetap enjoy sebab jumpa ramai kawan2 kat situ..Thanks Sudyr sebab layanan yang sangat memuaskan...

Dalam kereta pun sibuk nak bergambar..masa nie berhenti jap kat lampu isyarat..dan terus jer ambik gambar..paling lucu sebab budak lelaki kat sebelah kereta kitaorang asyik tengok jer..mesti dia pelik tengok gelagat kitaorang yang masa tur tengah bawak kereta Bintang Kecil..he he..

Kat mana2 pun memang suka bergambar..masa ni Fara Remaja la yang jadik mangsa..Teha jugak ketika ni katanya confident dengan penampilan dirinya..tahniah!!!

Fara masa nie kelihatan sangat bahagia..semoga kebahagiaan Fara akan terus berkekalan sampai bila-bila..Segala perubahan Fara aku doakan agar berkekalan sampai bila2...

Nampak gemok bila aku berdiri macam nie..lain kali aku mesti ubah gaya bergambar aku.. he he..
Dengan Fara Remaja..masa nie g event Nike...aku pada mulanya tak dapat pergi pun event tur..tapi Teha dah buat RSVP untuk dua orang..so aku boleh la join..event tur memang happening tapi aku terpaksa gerak awal sebab nak g tengpk teater Patung Kertas kat Matic...

Cute sangat belon nie.. he he

Belon ni sebenarnya digunakan oleh majalah E-Baca..aku pun tak pasti untuk apa..tapi bila dah ada kat area meja Teha..aku gunakan la sebagai props masa bergambar..Teha pulak sentiasa bersetuju untuk menjadi jurugambar..thanks Teha..aku doakan percintaan Teha yang baru bermula akan berkekalan sampai bila2..Teha pun sekarang nie dah nampak makin kurus..nampaknya diet yang diamalkannya memang berkesan...

Dengan Farhan...masa nie baru jer habis interview dia tentang produk yang digunakannya..Juvanex..aku sekarang pun tengah makan produk tur..aku harap produk yang dapat membuang sisa toksik dalam badan itu akan memberikan kehidupan yang lebih positif pada aku selepas ni..

Lagi dengan Farhan..dia ni memang sporting dan mudah memberikan kerjasama..tak sabar nak tunggu album Farhan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi..harap2 semuanya meletop k..

Sunday, April 26, 2009

Anniversary Wanie & Syah

Ini merupakan majlis sambutan anniversary Wanie dan Syah untuk yang kelima tahun (kalau tak salah la) serta sambutan hari lahir Syah yang ke 25 tahun..semoga hubungan mereka berkekalan dan Syah pula dimurahkan rezeki dan panjang umur..Sambutan ni dibuat di Pizza Hut seksyen 20, Shah Alam..Walaupun secara kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan kehadiran teman-teman rapat Wanie.. he he..

Pelikla..kenapa gambar Saylo pulaj yang pertama keluar..sedangkan dia tak ada pun dalam event tur..tapi tak kisahlah sebab Saylo sempat bergambar dengan cup cake lambang percintaan Wanie dan Syah..

Bukti aku tengah lapar..tak sedar pun Wanie atau Yan ambik gambar nie..hari tur aku makan dua keping Pizza dan dengan rasminya hancur diet aku..tapi tak per la..sekali sekala raikan hari bahagia kawan2.. he he

Inilah makanan yang kitaorang makan..mujurlah masih dalam kawalan bajet Wanie..sebab Wanie dah awal2 lagi ingatkan kitaorang bajet yang disediakannya..tapi kitaorang pun faham..takkanlah makan berlima sampai RM300..kat Pizza Hut jer pun.. he he..

Inilah Yan yang paling cute dan meletop (katanya) ...sekarang Yan dah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi dengan Jai..so orang lain dah tak ada peluang la ye..he he

Aku dengan E tetap jadi diri sendiri hari tur..harap2nya Syah tak kisah Wanie kawan dengan kitaorang...kalau dia jeles jugak tak tahulah..

Bahagianya Wanie!! Kontrol sangat masa Syah tengah suapkan cup cake tur..kalau tak mesti sampai tangan2 Syah dia makan sekali..maklumlah rindu sebab dah lama tak jumpa..sebenarnya Wanie nak sambut birthday Syah ni kat Senawang, Negeri Sembilan. Tapi oleh kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, ianya terpaksa diadakan di Shah Alam jer..kalau diingatkan kembali mesti kelakar...he he

Nampak sangat Wanie sedang memaksa Syah makan cup cake tur..walaupun nampak macam Syah tak suka..tapi terpaksalah jugak dia menganga luas2 supaya Wanie tak kecik hati.. he he..Wanie perlu selalu adakan event macam nie..mesti lagik best..lepas nie buat kat tempat lain la pulak.. he he

Inilah hadiah harijadi..sepasang cincin untuk Wanie dan Syah..harap2 lepas ni cepatlah sikit diaorang ni kahwin..bukannya apa..lama sangat berkawan..bahaya k..

Inilah satu2nya gambar yang kitaorang berlima bergambar bersama..sebabnya pada hari ni Nana ada tugasan kat luar..so dia tak dapat nak join..kalau dia ada mesti lagik meriah dan gembira sebab Nana suka buat kelakar..

Inilah rupanya cup cake yang dibeli oleh Wanie khas untuk menyambut hari jadi Syah..dibeli melalui on line tau..warna pilihannya merah dan putih..katanya lambang kehangatan cinta yang membara dan hati Wanie yang kudus..entahlah betul atau tak..he he..

Wajah2 tak sabar Wanie..Syah pulak lebih cool dan nampak macam sedikit penat..aku rasa badan Syah pun dah makin kurus..tak tahulah apa yang Wanie buat sampai macam tu sekali jadinya Syah tur... Walaupun Syah nampak malu2 tapi dia sporting la jugak sebab boleh berborak...

Wajah gembira dan teruja Syah dan Wanie..cup cake ni memang nampak cute dan sesuai untuk majlis2 kecik macam nie...

Masa nie semua orang dah lapar..tapi Pizza nya tak sampai2 lagik...untuk menghilangkan rasa bosan dan sedikit lapar..kitaorang pun ambik la gambar nie dulu..masa nie jugak Wanie dah ingatkan kat kawan2 yang lain supaya jangan over sangat..katanya takut Syah tak selesa..so terpaksalah aku kontrol..tapi masa mula2 jer la..lepas 2 minit terus jadik diri sendiri..penatlah nak berlakon lama2 sangat.. he he

Wednesday, April 22, 2009

Renungkan...


* Apa salahnya menyelongkar kehebatan-kehebatan anda untuk dipertontonkan kepada pasangan anda.

* Jika engkau miskin, senangkanlah hatimu kerana engkau telah terlepas dari satu penyakit jiwa. Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri-diri orang yang kaya.

* Tatkala anda menyangka pasangan anda tidak sehebat mana, anda juga perlu melihat diri dan mencermin wajah.

Aktiviti Hari Ini...


Hari ni sebenarnya aku dok ofis jer..baca semua 'layout' artikel yang aku buat untuk minggu nie..memang sedikit bosan tapi setakat nie semuanya berjalan dengan lancar..esok pula ada meeting dengan editor..pening sebab tak ada idea yang nak ditengahkan untuk minggu depan...risau jugak la...

Tapi petang nie dalam kol 5.00 nak keluar dengan Teha Klik ke Mid Valley sebab ada pertunjukan fesyen..harap2 kat sana aku dapat berjumpa dengan beberapa orang remaja yang berpotensi untuk dijadikan Personaliti Remaja...maklumlah kolum yang aku pegang sekarang kebanyakannya berkisar tentang aktiviti remaja dan juga lelaki...
Malamnya pulak kalau sempat aku nak g tengok pementasan teater Patung Kertas untuk musim yang kedua..citer ni aku pernah tengok untuk musim pertama dulu..memang menarik dan tak membosankan..so untuk musim kedua aku harap teater ni akan lebih menyerlah...harap2 Ashraf Muslim dapat berlakon dengan hebat...he he..

Sekarang ni aku dah jarang lepak dengan kawan2 lepas kerja..sebab aku dah mulakan sesi latihan kat gym kat area rumah aku..kiranya dah dekat 2 minggu aku memulakan sesi latihan..hari pertama memang penat..sampai sakit2 badan..tapi bila dah beberapa hari buat latihan tur semuanya beransur OK..paling best sebab budak2 lain yang g gym tur tak pernah nak kutuk2 atau senyum sindir kat aku yang tak larat sangat nak angkat benda2 berat nie..malah diaorang bagi sokongan lagi..jadi aku tak ada la malu sangat.. he he...

Tuesday, April 21, 2009

Fikirkan...


Tak usahlah menyebut soal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.
Tak usahlah bercakap tentang perasaan jika ia tidak berada di hati.
Tak usahlah menunjuk ke dada jika berhasrat melukakan hati pasangan anda.
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati untuk berpisah.
Tak usahlah memandang anak matanya jika berbohong padanya.
Tak usahlah sebut helo jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal.
Tak usahlah katakan dia satu-satunya jika ada orang lain di sisi.
Tak usahlah kunci hatinya jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Moment Di JW Marriot...

Ini event sokongan selebriti terhadap kempen AIDS yang diadakan di JW Marriot, Bukit Bintang baru-baru ni. Aku pergi event tur sebab katanya Datuk Siti Nurhaliza turut datang. Tapi tak ada rezeki nampaknya sebab Datuk Siti ada hal lain..tapi tak kisahlah sebab artis2 lain yang datang pun tak kurang hebatnya...apa yang penting mereka ikhlas dan mahu mendekatkan diri mereka dengan masyarakat..

Fahrin Ahmad ni pun sporting sangat...tanyalah dia pasal apa pun, dia pasti dengan mudah akan memberikan kerjasama..malah dalam event ni pun dia datang secara sukarela tanpa mendapat sebarang bayaran..baguskan!!tahniah!!

Inilah dia Owen Yap..ini kali pertama aku jumpa dengannya dan terkejut sangat bila dia cakap umurnya dah 35 tahun..sebab mukanya memang nampak muda..selain wajah yang elok, aku suka dengan dia ni sebab dia tahu menghormati orang lain yang ada di sekelilingnya...tak macam artis2 lain yang lebih suka buat hal sendiri kalau tak ada kawan2 dalam sesebuah majlis...

Umie Aida memang gila2..tak kisah la bila atau dimana..apa yang paling best dengan dia ni, sangat baik dan suka senyum (propa sangat)..he he...tapi sekarang dia ni bertambag langsing dan cantik..

Dengan Faizal Tahir yang memang popular dengan lagu Cuba dan Sampai Syurga..Masa nie keadaan agak kelam kabut sikit..sebab tur buka nota pun aku cuma sempat letak kat tempat yang tidak sepatutnya..Tapi masa hari tur Faizal memang sporting habis..malah ketika ditanya tentang isu yang konon2nya dia selalu datang lambat sekarang..dia masih boleh senyum lagik..katanya kebetulan masa tur dia terlewat dan wartawan sampai awal daripadanya..tapi pada event nie, Faizal merupakan selebriti paling awal yang sampai..tapi tak ada pulak yang nak buat story pasal tur..sabar jer la Faizal..inilah lumrah jadi orang popular..

Dengan Dayang Nurfaizah..setiap kali berjumpa mesti nak bergambar walaupun dah banyak kali bergambar bersama..saja nak buat kenang-kenangan.. he he..

Masa ni PC Minggu Setiausaha Azharina yang diadakan di Hotel Istana..aku pergi pun sebab katanya ada ramai selebriti lelaki yang datang kat event tur..tapi ADO..biasalah..nak buat macam mana..nama pun kerja.. he he

Sunday, April 19, 2009

Lelaki...

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 1. ibunya , 2. isterinya , 3. anak perempuannya 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki : 1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH. Sayangnya ALLAH pada wanita! Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. Dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA.

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. - Ali- Imran:103

Hikmah Sujud - Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah:
* Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
* Bernafas ketika sujud boleh membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
* Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
* Melegakan sakit hernia (burut)
* Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
* Melegakan paru-paru daripada ketegangan
* Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
* Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
* Meringankan bahagian pelvis
* Memberi dorongan supaya mudah tidur
* Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
* Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik. Secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
* Mengurangkan kegemukan
* Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin - Organ peranakan mudah kembali tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
* Otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen - Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

JANGAN TINGGAL @ LALAI BERSOLAT

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah. Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Mesti Ingat Ibu Bapa...


Datuk Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata... "Setiap pagi sedekahkanlah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu,"
Assalammualaikum...
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari."
Huraian hadith
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya: Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah contohnya makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Moment Di Sunway Lagoon...

Baru2 ni sempat g majlis ulangtahun TV9 yang ketiga yang diadakan di Sunway Lagoon..tapi masa tur tak banyak ambik gambar sebab kamera semuanya dah simpan kat dalam locker..so malas nak g ambik sebab badan semuanya dah basah..pergi pun dengan Diana dan Zafir jer sebab kawan2 yang lain semuanya g kursus ESQ..tapi enjoy la jugak sebab dapat main air dan dapat main beberapa permainan yang mengerikan..siap menjerit2 la..Diana pulak seperti biasa akan menutup mata sebab terlalu takut..Zafir langsung tak naik permainan tur sebab takut.. he he..Walaupun takut kitaorang tetap enjoy dan selamat...

Ini antara gambar yang paling aku suka..Diana yang ambikkan..comelkan! aku maksudkan monyet tur..abang tur suruh aku dukung tapi aku takut monyet tur gigit..so aku 'pose' ala2 pegang jer la.. he he..tapi nampak natural kan? he he..

Ini gambar pertama yang Diana ambik..jelas aku nampak macam takut jer..tapi abang tur banyak membantu la..lagi seronok sebab selain monyet ada jugak Iguana dan Burung Nuri yang boleh diambil gambarnya..cuma masa tur ramai sangat orang dan aku pun dah tak sabar nak terjun kolam..so aku tinggalkan semuanya dan terus mandi.. he he