Tuesday, February 2, 2010

Projek kebajikan Masyarakat...

Ini pulak merupakan aktiviti kebajikan masyarakat yang aku dan kawan2 aku buat kat Bidor, Perak...aktiviti ini wajib dibuat supaya aku lulus dalam exam nanti..apapun, bagi aku apa yang penting bukannya lulus exam..tapi bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban mereka yang memerlukan..

Ini pula sesi makan2..yang depan sekali tur cikgu Muzahir..dia la yang banyak membanti kitaorang menjayakan program ni..tanpa dia susah jugak sebenarnya..lagi satu yang best..demi program ni kitaorang siapkan catering..iyalah..kami tak nak susahkan pihak tuan rumah..walaupun simple..tapi makanan yang disediakan sangat sedap...kiranhya puas hati la jugak..

pensyarah kami..namanya prof. Ratu Mutialela..berasal dari Indonesia dan sudah berumur 59 tahun..masih kelihatan mudan dan sihat..amalannya adalah sentiasa senang hati dan makan jamu setiap hari..he he..dia ni baik dan ramah..

sebelum ke rumah yang kami nak bantu..kami pergi ke sekolah adik zarul..dia ni pelajar cemerlang sekolah tetapi mempunyai sedikit masalah kewangan..ibunya hanya bekerja sebagai tukang masak dan dia merupakan anak sulung daripada lapan beradik..kiranya kami memberikan bantuan kepada dia bukan atas dasar dia berasal dari keluarga susah tapi kecemerlangan akademik yang ditunjukkan..maknya bukan semua orang susah tak pandai..apa yang penting perlu diberikan bantuan dan peluang..teringat kata2 seorang teman..orang yang berjaya kebanyakannya bukanlah orang yang terllau hebat..tapi mereka yang selalu diberikan ruang dan peluang untuk menunjukkan kehebatan diri..

Sesi beramah mesra di sekolah..mujurlah semua cikgu2 yang kami jumpa baik2 belaka..he he

Mell sebagai ketua kumpulan sedang memberikan taklimat rin gkas tentang perjalanan program..walaupun hanya program kecil..tapi kami mahu memastikan segalanya berjalan lancar...
Bersama Nusrah..selepas menghantar Prof. Ratu balik ke biliknya...

Dengan Iz..sempat lagik..he he

Aku dan Umi sedang membodak abang2 Bank Rakyat ni..how nak buat pinjaman..jawapan mereka tetap tak boleh sebab kami masih belajar..so tak dapat la nak beli beg baru sebab tak dapat buat pinjaman..he he

Bergambar kenangan dengan Prof. Ratu..entah bila agaknya dapat buat program sebegini lagik..rindu la..he he

Asyik bergambar kenangan jer..he he

Makan time..apa agaknya yang dikecuhkan oleh Umi tur..Umi tak makan nasi tapi dia makan 4 portion telur masin..kiranya diet yang diamalkannya sangat berkesan la..sebab dia makin kurus sekarang..he he

Ini antara barangan yang kami sumbangkan..lebih kurang RM1000 yang berjaya kami kumpul walaupun dalam keadaan masa yang terdesak..he he

Adik2 yang kami bantu..harap2 akan berjaya pada masa yang akan datang k..

Barisan jelitawan katanya..lupa nak bagi tahu..baju yang kami pakai ni dibuat khas sempena program ni..hijau memang warna kesukaan aku..tapi besar sangat la..he he

Sesi beri sumbangan...



Gila glamor sangat..he he..

Bina Insan Guru...

Ini semua merupakan gambar2 aku dan kawan2 masa mengikuti program Bina Insan Guru atau BIG yang diadakan di UPSI baru2 ni..masa ni memang banyak pengalaman baru yang berjaya dikutip. Tapi apa yang paling best sudah tentulah dapat berkenalan dengan kawan2 baru dan menambahkan keyakinan diri untuk bergelar sebagai seorang guru pada masa yang akan datang. Maklumlah kebanyakan daripada kami semua tak ada pengalaman dalam bidnag perguruan memasuki bidang ini atas dasar minat dan cita-cita semata-mata. Jadi bila adanya program ini barulah kami sedar bahawa tugas sebagai pendidik sememangnya tidak mudah...

Waktu rehat..Fatma sibuk nak menyanyi dan yang lain2 seperti biasa la..sesi bergambar di mana-mana sahaja..tak kira masa..he he

Tak sangka Zan (yang botak tur) pandai menyanyi..dalam kumpulan aku dia jadi ketua yang paling sporting la..sebelum program ni aku tak kenal pun dia walaupun dia duduk area umah aku jer..bila dah kenal dalam program BIG ni kalau kat umah atau dewan kuliah..bila terserempak mesti tegur punya..dia ni bakal guru IT dan banyak membantu la masa program tersebut dijalankan...

Group 4 yang paling happening..siap ada tepuk2 sayang dan tepuk2 terima kasih lagik..he he..sesekali jadi budak2 memang best..tapi pelik...he he

Bersama Zan dan Diana..kiranya diaorang ni kawan2 baru aku kat sini la..

Program ni berlangsung di dalam beberapa dewan..aku kena kat Dewan Rahman Talib (DRT)..so best jugak la..kat sini jer ada lebih kurang 200 bakal guru yang dikumpulkan...memang kecuh tapi seronok...

Kawan2 baru aku yang lain..ada jugak yang tak sempat nak ingat nama..tapi kalau tengok muka..masih boleh ingat lagik..

Oleh kerana golongn lelaki semakin sikit..so setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan dua orang lelaki..he he

Sesi ceramah di malam hari..sejuk tapi seronok dengar Ustaz Zul bercerita...

Muka berkilat selepas melakukan aktiviti luar...tapi puas hati..walaupun dapat nombor 7 atau 8 dari 10 kumpulan..he he

Selepas penat bekerja dan panas..kami semua disuruh minum tea o panas yang agak pahit..tapi itulah yang dinamakan cabaran..so telan jugaklah sampai habis..he he

Sibuk membersihkan kerusi di sebuah restoran..kiranya inilah tugasan yang kami dapat..dan berjaya dilakukan dengan baik..he he

ceria dalam panas...he he..

Monday, January 18, 2010

Kawan2...

Masa ni Mikro Teaching..turn Kak Syina..just membantu apa yang patut..lagipun dalam kelas ni kenalah saling bantu membantu supaya semua orang dapat markah yang banyak..he he

Dengan Nusrah....selalu gak lepak dengan dia..sebab kelas kitaorang banyak gap masa..so kenalah lepak sambil layan facebook..he he

Masa ni kelas Uztaz...dalam kelas pun masih sempat ambik gambar..kalau tak silap aku gambar ni diambil sebelum ustaz masuk ke kelas...sebelah kiri sekali Aisya, EE dan Hanan..Aisya dah kawen..hanan dah bertunang dan EE bakal bertunang dengan orang kampung aku..he he

Kelas Ustaz jugak..dengan Iz dan Hanan..

Masa ni Nusrah sangat rajin mengambil gambar..so gambar dia tak ada la..he he..

Kat luar dewan kuliah..saja nak menghabiskan masa...sambil2 lepak tur ambik la gambar sekeping dua..he he..

gambar yang menampakkan aku gemuk..tapi Nusrah dan Hanan cukup marah bila aku cakap aku gemuk..sebab diaorang cakap tak tahu tang mana yang gemuk..yang pasti berat aku dah naik 1.1 kg..tidakkkk....

masing2 dengan gaya ayu dan anggun..he he..anggun la sangat...

Yang sebelah aku tur namanya Ruzima..bertukar giliran nak bergambar dengan aku..he he..kalau budak2 tur baca..mampos aku kena marah..he he

duduk depan sekali menyebabkan aku kelihatan seperti giant..he he..tapi nak buat macam mana..semua pompuan tur tak nak duduk depan..nak cover badan masing2..kejam tol la..he he

Sunday, December 13, 2009

memasak beramai2 memang best..bukannya best apa..best berborak dan mengacau sesama sendiri..tengok la tur..baru setakat masak rendang masin..dah sampai empat orang yang nak menolong..he he

Baru2 ni aku g Klang..sebab ada kawan2 yang buat makan2..so gambar kat atas ni menunjukkan si Trisha dan Harry yang sudah terlalu kenyang..sampaikan harry terpaksa landing ala2 nak g ke bulan..trisah pulak tetap maintain cantik la..walaupun makan banyak..tapi budak ni tetap kelihatan semakin kurus..diet sangat!!!

Setelah habis sesi makan..inilah yang tinggal..tapi esok pagi semuanya habis di bedal oleh aku, Zameen dan Abu..he he..semuanya ala2 kelaparan..maklumlah malam sebelum tur g tengok santau..hu hu


Zameen tengah menolak untuk diberikan sepinggan nasi yang agak banyak..takut gemuk katanya..tapi harry dan taufik yang muka masuk sebelah tur tak kisah pun sebanyak mana nasi yang diberi..yang penting habis makan..so tak adalah membazir..

Inilah menu kitairang..simple jer..cendawan, ayam goreng dan kerang tumis..abu dengan zameen yang mask..aku cuma rebus telur masin..Trisha masak tumis pucuk paku..harry pulak masak rendang ayam serta buah2an pencucui mulut..malam tur yang jadi kegemaran aku sudah tentulah tumis cendawan dan ayam goreng..tapi pembuka selera semestinya kicap lemak manis cap kipas udang..mujurlah umah abu ada stok..kalau tak, terpaksalah aku turun bawah beli sekajap..he he

Sesi mengacau nasi..ini pertama kali kami memasak nasi dalam periuk tur..semuanya takut kalau tak menjadi..he he.tapi sekali imbas gambar ni ala2 macam harry tengah buat nasi kangkang pulak..tapi untuk siapa? mungkinkah untuk kak zie? he he

Mengacau di dapur..umah bujang la katakan..so semuanya mesti simple tapi sedap..he he..tengoklah aksi harry dan trisha ni..kata memasak..tapi bila dihalakan kamera..semuanya jadi tak keruan..tapi lagi sakit hati..bila aku dah balik ke tanjung malim, barulah budak2 ni ajak aku g IKEA..ada ke patut? he he

tukang masak seksi..he he..abu pulak tukang potong bawang dan cili..masa ni aku tengah siapkan tempat untuk makan..maklumlah umah si abu ni banyak kucing..so kena kurung dulu semua kucing2 tur barulah boleh bersihkan umah..he he..thanks abu sebab jemput kitaorang smeua datang umah u..hehe.dan berkenalan dengan pasangan2 u..he he

Futsal...

Ini pertama kali aku main futsal..memang penat..tapi enjoy la jugak sebab boleh tendang2 bole..he he..dan ramai kawan2 yang beri sokongan untuk aku main futsal...

Selepas main futsal..ini sesi bergambar..memang seronok sebab ada orang yang suka melayan karenah kitaorang yang memang sangat suka bergambar..walaupun berpeluh tapi tetap nampak cool..he he..cool la sangat...

Inilah wajah2 pemain futsal kebangsaan...aku walaupun tewas tetap senyum..he he..tapi ada beberapa orang dalam kumpulan ni yang aku tak kenal..so main jer la..apa yang penting..kerjasama..he he..

Inilah puak2 yang memang giler sepanjang main futsal..pelik aku kenapa muka joe ada dua..he he...eh tiga rupa2nya..hebat la joe..he he