Wednesday, May 6, 2009

Moment Di The Curve..

Baru2 nie g assingment Astro Megadrama kat The Curve, Damansara. Pergi dengan Wawa (MW) dan Aida (Sinar Harian). Sesekali keluar sama, kitaorang ambik la gambar sebagai kenang-kenangan.. he he

Ini semua diambil selepas majlis berakhir..Bard yang ambik gambar nie..tak pose pun..cuma ala2 candid jer..tak kisahlah...

Masa turut escalator pun masih sempat nak ambik gambar...kali ni semua orang bersedia dan cuba memberikan gaya yang paling menarik..Tapi tak fahamlah..Kenapa Wawa mesti kerutkan muka? Tak tahan nak kencing ker? he he..

Kali ni Aida pulak yang tak bersedia..memang diaorang ni bukan dilahirkan untuk menjadi model yang terkemuka..banyak lagi yang perlu mereka pelajari nie..he he..

Ini mungkin gambar paling elok di antara yang paling tak elok.. he he..

Nampak gemuk la dalam gambar nie...dah tak tahu nak buat apa..berdiet pun macam tak berkesan sangat..tapi sekarang OK sikit berbanding sebelum ni yang kelihatan lagi berisi dengan berat badan 65kg..sekarang dah jadi 60kg jer..harap2 dalam masa terdekat nie dapat kurangkan berat badan sampai la 57kg...Amin!!

Tuesday, May 5, 2009

Kemalangan Ngeri...

Kejadian ni berlaku masa aku balik dari KL kat area Lebuhraya Persekutuan..kira-kira kol 12.30 malam..Aku tak tahu pada mulanya. Cuma jalan yang agak jam menyebabkan aku dapat merasakan ada berlaku kemalangan..Masa lalu kat situ memang agak ngeri aku dapat lihat dengan jelas sebuah van sedang marak terbakar..paling menakutkan, aku yang ada kat dalam kereta pun terasa haba kepanasan api tersebut..kejadian ni betul2 buat aku takut dan leih berhati2 ketika memandu..







Fesyen Show Di One Utama...

Gambar2 nie diambil oleh Nana ketika we all menghadiri fesyen show yang diadakan kat situ..konsepnya ala2 paparazi dan semua kenyataan dalam nie menggambarkan aku dan E ibarat bintang popular yang sedang nak g shopping dan gambar2 kami diambil tanpa kerelaan oleh seorang paparazi.. he he..

Belum apa2 lagi kami dah terserempak dengan seorang paparazi..tapi malas nak layan..ingatkan dia nak blah..rupa2nya pergerakan kami terus diekori olehnya..teruk betul!!!

Walaupun tak selesa kena la jugak tersenyum..E dah nampak macam terkejut tapi try buat2 cool..aku cuma boleh senyum jer..nanti kalu buat muka masam..keluar gosip pulak!!he he

Masa dalam event tur..event tur memang habis agak lambat..tapi aku tak sangka la pulak si paparazi tur nak ambik gambar aku dalam keadaan tak bersedia macam nie...

Aku cuba berikan kerjasama padanya..nampak sangat kat muka aku yang tak bersedia dan tak berapa nak ikhlas...harap dia faham la

Pelik la..kenapa paparazi suka sangat ekori we all..sampaikan nak g shopping lepas event tur habis pun susah..tapi tak per la..we all faham kerja diaorang..menjadi orang yang diperhatikan kena la sentiasa tenang dan bersedia...he he

Masih lagi boleh buat2 bodoh dan malas nak layan walaupun we all dah perasan dengan apa yang dilakukan oleh paparazi tur...sabar jer la.. adakalanya keterlaluan jugak

Mood nak shopping pun hilang..so we all ambik keputusan untuk blah jer dari shooping mall tur..tak selesa sangat..rimas!!!

Akhirnya we all pun mengalah la..senyum dan buat2 suka dengan apa yang dilakukan oleh Paparazi tur..dia tak tahu kat dalam hati we all memang dah bengang habis...sabar jer la..

Masa nie we all dah sedar sangat pergerakan we all masih diekori..so senyum jer la..sebab memang sangat susah jadi orang popular nie.. he he..

Lagi senyuman plastik dilemparkan..sebenarnya tak selesa pun sebab semua pergerakan we all diperhatikan sangat...aku yakin orang kat belakang we all tur pun mesti tak selesa dengan keadaan nie..tapi apa boleh buat? he he

Eksklusif sangat gambar nie..bukan senang tau orang nak tengok i jalan2 kat public..itupun sebab ada event..kalau tak kempunan la korang..he he..statement orang yang sangat perasan!!!

Dah tak larat nak layan paparazi tur..so buat bodoh jer..badan pun dah penat..menuju ke parking..nak ambik kereta dan blah...

Nak bayar duit parking pun we all terus diekori..E masih boleh beri pose menarik untuk paparazi tur..katanya memang dah memang gaya hidup we all macam tur..so kena la bertahan.. he he..kelaz sangat kenyataan we all nie..kalau Nana tahu mesti dia mengamuk sakan!!! Kui! Kui! Kui!

Gerimis Semalam...


Ini merupakan lagu yang paling aku suka dengar sekarang nie...Gerimis Semalam...nyanyian Datuk Sheila Majid..memang best sebab syahdu sangat...Kalau korang tak percaya..korang dengar dan hayati liriknya k..

Gerimis Semalam...

Dulu kita berduaan
Saling mengasyikkan
Kini kau tiada
Tinggal ku sengsara

Hujan renyai semalaman
Tidak kuhiraukan
Lalu kuterdengar
Beduk bersahutan

Gerimispun reda
Angin syahdu bawa berita
Kau telah tiada lagi
Pulang ke hadratNya

Tiada dapat kulihat dan dengar lagi
Wajah dan kata terakhirmu
Kumeratap pilu
Kelu hati kepasrahan
Kumelangkah longlai
Meninggalkan dikau
Tenang sendirian

Hanya doa kuhulurkan
Dalam tangis derai
Harap dikau tahu
Cintaku padamu

Tiada lagi senyum dan tawa
Meneman kita di saat berdua mesra
Hanya ku sendirian
Dalam gerhana senja menuju
Pusara usungmu di hujung desa
Penuh duka hampa

Monday, May 4, 2009

Jom Jalan2 Di Petaling Street...


Memang seronok bila sesekali dapat keluar macam nie..Tapi jarang sangat dapat buat..sebab masing2 ada banyak kerja yang nak disiapkan...



Macam2 benda yang kitaorang tengok kat situ..ada juga benda yang menarik..tapi harganya mahal sangatlah..macam tak berbaloi jer..atau kitaorang sendiri yang tak tahu nak tawar harga barang.. he he


Cuba cermin mata katanya...



Punyalah mahal harga benda tur..paling murah dia boleh bagi RM35..tak masuk akal langsung..akhirnya langsung tak beli...

Sibuk pilih barang...
Antara gambar yang paling aku suka..Nana yang ambik gambar nie..dia memang suka mengambil gambar tapi paling tak suka nak bergambar..pelik sangat!!! Tapi bagus jugak.. he he


Gambar candid yang tak elok..ntah2 nana nak ambik gambar perempuan tur..keliru la.. he he



Mata asyik nak temgok barang jer..tapi masa nie gaji tak masuk lagik..so cuma boleh pandang jer la..



Sebelum nak balik..masih sempat bergambar..sebab kami memang suka bergambar..tapi konsep hari nie..tak tengok kamera..ala2 paparazi katanya.. he he

Selamat Hari Ibu...

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi..macam2 emel yang aku terima..Ini antara yang paling aku suka baca...Apapun ibu memang orang yang paling istimewa dalam hidup kita dan semua orang amat berharap dapat meluangkan banyak masa dengan ibu..aku pun sama, tapi kekangan masa dan tugas menyebabkan nak balik kampung sebulan sekali pun terasa sukar...Tapi aku tetap sayang pada ibu dan berharap ibu akan terus sihat dan gembira selamanya...

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.... mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk!!!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu..
yang ingat kat aku.... mak
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada? MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT!!

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya? berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya? berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya? berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya? berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya? berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya? akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih Ibu - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama.

Saturday, May 2, 2009

Moment Di Kota Keriangan...

Jap lagik nak g AIM kat PWTC..tapi masih sempat lagi nak masukkan gambar2 nie..sebenrnya gambar2 nie masa kat ABPBH yang diadakan di Kota Keriangan, Genting Highland..memang best..apatah lagi dapat jumpa dengan ramai kawan2 kat atas sana...he he

Dengan Cheryl Samad yang memang baik dan meletop..masa nie dia nak makan..tapi sempat lagi pose.. he he..cantik baju dia..walaupun dia tak menang pada malam tur..tapi dia tetap meletop!!!


Dengan kawan2 yang sama2 buat liputan..walaupun sejuk..fesyen mendedahkan aurat tetap menajdi pilihan ramai pada malam tersebut...

Dah tak tahu nak bergaya apa sebenarnya..so mula la hilang kontroversi..gambar nie diambil sebelum kami semua pegi ke post party..post party memang best sebab kerja semuanya dah selesai...

Lagi gambar dengan kawan2...

Masa ni makan malam..Wanie tampil meletop dengan dress yang agak seksi..walaupun sejuk wanie terpaksa menahannya..Ungkapan kecantikan melalui penderitaan memang dipegangnya...cayalah Wanie..

Lagi gambar masa makan...Masa nie semuanya sporting habis sebab nak tengok ABP..tapi tak banyak kejutan sebab keputusan pada malam tur memang dah dijangka..

Gambar yang boleh mengundang kontroversi..tapi hakikatnya kami semua kawan2 jer..tak ada niat nak lebih2 pun..masa nie bosan tak tahu buat apa kat bilik hotel..so sebelum bersiap tur..ambik la gambar dulu.. he he..Si Shahril pulak sporting..Jemang la tukang ambik gambar nie.. he he..

Adegan terlampau kata Yus...tapi semuanya hanya gambar..tak lebih dari tur k..Jangan salah faham!!