Monday, April 13, 2009

Kenangan Di Genting...

Baru-baru ini aku pergi ke Genting Highland untuk ABPBH 2008/09..memang meriah sebab banyak kawan2 yang kitaorang dapat jumpa kat sana..kawan2 wartawan dan juga kawan2 artis..tapi kesemua gambar aku tak dapat letakkan kat sini sebab belum ada masa untuk diproses..

Tetapi masa kat sana ada pelbagai pengalaman pahit manis yang dilalui..ada jugak sikap kawan2 yang melucukan dan tak kurang jugak yang memeningkan..tapi mujurlah segalanya berjalan lancar daripada pergi hingga balik..memang kelakar..aku tak boleh nak drive sebab tangan aku sakit..mujurlah ada Jemang yang banyak membantu.. he he...

Friday, April 10, 2009

Kedah - Kamera Diana...

Semua gambar2 yang ada ni telah diambil oleh Diana..so gambarnya kira ok sikitlah daripada gambar yang aku ambik menggunakan kamera sendiri..he he

Ini masa dalam perjalanan balik dari Kedah..masa nie dah ada kat dalam terowong kat area Ipoh, Perak..masa nie terpaksalah aku memandu agak perlahan supaya proses Diana nak mengambil gambar tidak terganggu...

Cantik la terowong tur dalam gambar...kitaorang guna kereta Iswara jer..tapi kurang menarik sikit sebab kereta tu langsung tak tulis Karangkraf atau gambar2 majalah yang ada kat Karangkraf..semuanya warna putih jer...tapi kira Ok la sebab Wanie sedikit sentap gara2 kereta nie..

Ini pulak masa kat kitaorang berhenti makan masa dalam perjalanan balik jugak..sebab masa nie Wanie dah sedikit 'angin' sebab lapar..so kitaorang makan nasik lemak jer la..

Dalam perjalanan balik tur ada jam sedikit..rupa2nya ada kemalangan..mujurlah jam tur tak lama..kalau tak mesti kitaorang sampai KL lewat..apapun bersyukur sebab perjalanan pergi dan balik semuanya berjalan lancar walaupun berlaku masalah kecil ketika di Sik..Aku panik sangat bila kunci tak boleh digunakan..kereta tiba1 macam kena 'lock'..Wanie dan Diana langsung tak gelabah..mujurlah ada beberapa orang pemuda yang sudi menolong..

Kemalangan tur tak teruk sangat..tapi biasalah orang kita ni suka melihat benda2 macam tur..tapi lihat jer la.nak berhenti menolong jauh sekali...

Lagik gambar dalam kereta..berangan sangat!!!

Ini kat depan rumah Wanie..tapi cuma aku sorang jer yang sempat bergambar sebab Wanie sibuk kemas barang dalam bag..biasalah perempuan..he he..

Ini pulak kat sebuah sekolah di Sik..sekolah ni memang cantik sebab kat belakang sekolah nie ada sungai..kami difahamkan sudah beberapa tahun sekolah ni memenangi pertandingan landskap sungai tercantik..Kami datang kat sekolah ni sebab ada perkhemahan pengakap dengan kerjasama Prostar daerah Sik dijalankan..

Cantikkan titi gantung yang disediakan..walaupun air sungai ni tak terlalu jernih namun ia sangat menenangkan...

Pokok ni kat tepi sungai tur la..besar sangat. Dengan adanya pokok ni ia menambahkan keredupan kat situ..kalau dapat makan2 kat bawah pokok tur mesti lagik best...

Macam nak tumbang jer pokok tur..so terpaksalah aku dengan Wanie menahannya supaya tak tumbang.. he he..

Wednesday, April 8, 2009

Anak Own & Imah

Baru-baru ini aku g umah Own dan Imah kat Pandan Indah..jauh gak..tapi tak kisahlah..sekali sekala..lagipun aku ditemani oleh Yan dan Wanie..Thanks U All..

Inilah wajah comel anak kedua pasangan Own dan Imah..Namanya Khalis Raiyan..baru berumur beberapa hari..sekarang ni dia ada kat Kedah...Dah besar nanti mesti cute..he he..Tapi kata Own masa mula2 lahir hari tur..suaranya macam...he he...

Yan dan Wanie bersama anak sulung Own..Myra..cute jugak tapi sekarang ni berambut pendek..Yan dan Wanie pun tak kurang cute..tapi gambar nie terpaksa di 'crop' gara-gara Yan..he he..

Wanie sopan berbaju kurung...semenjak undang2 baru dikuatkuasakan.. he he..

Aku dengan Myra..dia ni memang manja sikit..kalau rajin melayan dia, dengan sesapa pun dia boleh ikut..paling penting dia suka makan kuih bakar yang bawak hari tur..beli kat Kedah lagik..

Inilah Imah dan Own..diaorang ni kawan dengan aku masa kat UUM lagik..antara kawan baik yang paling rapat la..masa diaorang kawin pun akulah yang jadi pengapitnya..baru malam tur jugak aku dapat tengok gambar kawin diaorang selepas tiga tahun..

Apa jenis pose nie?

Tuesday, April 7, 2009

Maskulin Final...

Baru2 ni aku jadi kru untuk event maskulin final..sepatutnya aku menjaga pakaian yang akan dipakai oleh semua finalis..tapi di saat2 akhir aku ditugaskan pulak untuk menjaga artis yang akan membuat persembahan..aku tak kisahlah sebab aku rasa aku boleh buat kerja tur dengan baik..tapi aku tak sangka pulak sebenarnya menjaga artis lebih susah daripada apa yang aku gambarkan..tapi aku bersyukur sebab semuanya berjalan dengan baik hinggalah majlis selesai...

Masa makan..walaupun makan nasi bungkus jer tapi tetap sedap..sebab memang tengah lapar dan makanan yang disediakan pulak sedap.. he he..lauknya sama merah dengan baju yang aku pakai..
Ini antara finalis yang mengambil bahagian..walaupun tak menang apa2 anugerah tapi aku suka dengan sikap dia yang tak sombong..kalau jumpa orang pun mudah senyum..so aku doakan dia walaupun tewas dia tetap akan berjaya lepas ni..

Rakan kru..Paan dan E..Paan aku tak pasti dia buat apa tapi E ditugaskan menjaga lampu..kata E kerjanya nampak senang tapi hakikatnya memang sukar..maklumlah nak ikut orang berjalan sepanjang masa kat atas pentas tur..

Dengan Farah H..dia nie ketua juri dan kebanyakan pemenang pada hari tersebut tak jauh daripada ramalan kitaorang...

Dengan Lizard Maskulin..sajer nak bergambar dengan dia..ni sebelum event bermula..so ada masa lagik nak lepak2..bila event mula jer..Lizard terus sibuk kat atas dan tak boleh diganggu..sabar jer la.. he he

Ini Zahrin peserta kegemaran aku..dia pun tak menang apa2..tapi aku suka kat sikap dia yang peramah walaupun tak banyak cakap..masa nak ambik gambar nie aku sengaja suruh dia duduk sebab dia ni terlalu tinggi..kalau dia berdiri aku sampai kat pinggang dia jer.. he he..

Ini pulak Yusoff..dia dapat tempat ketiga dan berasal dari Kelantan..antara peserta yang paling tak sombong..sikap macam ni la yang kita patut carik..harap2 dah popular nanti jangan pula berubah sikap k..

Dengan E..

Inilah Yusoff..walaupun aku dah cuba meniggikan diri namun tetap nampak rendah..he he..tapi dia ni memang sporting habis tau..

Bergambar kenangan bila event dah habis...

Inilah dia deretan pakaian yang dipakai oleh semua finalis..memang happening kat belakang pentas sebab semua orang nak cepat..mujurlah semuanya berjalan lancar...

Gaya lelaki maskulin katanya.. he he..Thanks Jay...

Putihnya kitaorang berdua ni..ni la Yana yang bertindak sebagai jurufoto dalam majlis tersebut..memang meriah bila semua kawan2 dapat lepak bersama...

Izwa dan Mizi merupakan orang kuat event tur..tapi ini sebelum event berlangsung..so tekanannya tak begitu dirasai lagi..tapi bila event dah berlangsung dan macam2 perkara berlaku..ketika itulah ianya begitu menguji kesabaran.. he he

Kat mana2 pun tetap sempat ambik gambar...

Merahnya kami..masa ni kitaorang berdua tengah tunggu ketibaan para artis jemputan...ini antara saat2 tertekan..tapi semuanya berjalan dengan baik sebab ada 'backup'..mujurlah semua pihak bertindak profesional...

Ayie yang ambik gambar nie.. he he..

Selepas acara berakhir..ini sesi untuk kita2 jer.. he he..walaupun penat tapi semuanya puas sebab segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang...

Gambar kenangan yang paling best..masa nie semua orang nampak hepi sangat dan meriah..he he..

Monday, April 6, 2009

Kedah - Redza...

Makan kat Bukit Kayu Hitam..masa g kat situ memang tak menarik langsung..tak macam dulu2..aku tengok orang yang datang situ pun dah tak ramai..aku pun tak tahu kenapa..tapi kata wanie Bukit Kayu Hitam sekarang memang dah tak sepopular macam dulu...

Makan kat restoran yang dicadangkan oleh Maheran..tapi tak sedap mana pun..cuma kitaorang dah lapar sangat..so telan jer la..

Tak sedap pun habis jugak..he he..

Inilah tom yam yang Maheran kata sedap sangat tur..tapi rasanya macam ada halia dan lengkuas jer.. "Rasanya pelik sangat," ujar Diana sambil menjeling manja...

Masa nie tengah tunggu makanan...

Dah tak ada kerja la nie..Cute kan.. he he

Kedah - Padang Besar...

Masa nie kat Padang Besar, Perlis...Tapi stress sangat sebab sampai lambat..kedai dah banyak yang tutup..tapi paling penting aku dapat belikan mak aku periuk pengukus..sabar jer la.. he he..

Gaya manja Diana dan Wanie ketika menghirup tomyam..manja ker??? Eantahlah...

Wanie pun nak bergambar kenangan..padahal setiap kali balik kampung mesti g sini..ikut jer la..maklumlah dia kan penganjur.. he he he..

Dah tak ada gaya lain agaknya...

Masa nie aku nak ambik kamera kat Diana..tapi dia ambik gambar aku pulak..itulah psalnya jadik macam nie.. he he..

Lapar menunggu makanan dan minuman yang tak sampai2 lagi..aku makan Maggie jer..tapi bukan selera aku la..

Tak beli apa2 pun kat situ..just tengok2 her.. he he...

Kedah - Lari...

Walaupun sibuk..kami berdua seperti biasa tetap akan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan..masa ni aku penat jugak sebab memandu dari Shah Alam sampailah ke Sik..jauh jugak tempat tur dan itu merupakan kami pertama aku sampai kat sana..paling best dengan suasananya sebab masih hijau dan dapat tengok beberapa empangan baru..memang cantik..cuma aku tak dapat ambik gambar sebab hujan sangat lebat..

Gaya bersahaja katanya...

Diana menunjukkan kebolehannya...bila dengar cerita kehidupan si Jumiah ni kat Indonesia sediah sangat...Macam tak percaya tapi itulah hakikat yang perlu dilaluinya ketika tinggal di Indonesia...

Gaya Wanie bagaikan seorang YB..datang ke rumah orang dan bertanyakan masalah2 yang dihadapi.. he he..tapi aku puji sikap Wanie yang tak pernah putus asa walaupun masih dalam keadaan kepenatan...