Sunday, December 13, 2009

memasak beramai2 memang best..bukannya best apa..best berborak dan mengacau sesama sendiri..tengok la tur..baru setakat masak rendang masin..dah sampai empat orang yang nak menolong..he he

Baru2 ni aku g Klang..sebab ada kawan2 yang buat makan2..so gambar kat atas ni menunjukkan si Trisha dan Harry yang sudah terlalu kenyang..sampaikan harry terpaksa landing ala2 nak g ke bulan..trisah pulak tetap maintain cantik la..walaupun makan banyak..tapi budak ni tetap kelihatan semakin kurus..diet sangat!!!

Setelah habis sesi makan..inilah yang tinggal..tapi esok pagi semuanya habis di bedal oleh aku, Zameen dan Abu..he he..semuanya ala2 kelaparan..maklumlah malam sebelum tur g tengok santau..hu hu


Zameen tengah menolak untuk diberikan sepinggan nasi yang agak banyak..takut gemuk katanya..tapi harry dan taufik yang muka masuk sebelah tur tak kisah pun sebanyak mana nasi yang diberi..yang penting habis makan..so tak adalah membazir..

Inilah menu kitairang..simple jer..cendawan, ayam goreng dan kerang tumis..abu dengan zameen yang mask..aku cuma rebus telur masin..Trisha masak tumis pucuk paku..harry pulak masak rendang ayam serta buah2an pencucui mulut..malam tur yang jadi kegemaran aku sudah tentulah tumis cendawan dan ayam goreng..tapi pembuka selera semestinya kicap lemak manis cap kipas udang..mujurlah umah abu ada stok..kalau tak, terpaksalah aku turun bawah beli sekajap..he he

Sesi mengacau nasi..ini pertama kali kami memasak nasi dalam periuk tur..semuanya takut kalau tak menjadi..he he.tapi sekali imbas gambar ni ala2 macam harry tengah buat nasi kangkang pulak..tapi untuk siapa? mungkinkah untuk kak zie? he he

Mengacau di dapur..umah bujang la katakan..so semuanya mesti simple tapi sedap..he he..tengoklah aksi harry dan trisha ni..kata memasak..tapi bila dihalakan kamera..semuanya jadi tak keruan..tapi lagi sakit hati..bila aku dah balik ke tanjung malim, barulah budak2 ni ajak aku g IKEA..ada ke patut? he he

tukang masak seksi..he he..abu pulak tukang potong bawang dan cili..masa ni aku tengah siapkan tempat untuk makan..maklumlah umah si abu ni banyak kucing..so kena kurung dulu semua kucing2 tur barulah boleh bersihkan umah..he he..thanks abu sebab jemput kitaorang smeua datang umah u..hehe.dan berkenalan dengan pasangan2 u..he he

Futsal...

Ini pertama kali aku main futsal..memang penat..tapi enjoy la jugak sebab boleh tendang2 bole..he he..dan ramai kawan2 yang beri sokongan untuk aku main futsal...

Selepas main futsal..ini sesi bergambar..memang seronok sebab ada orang yang suka melayan karenah kitaorang yang memang sangat suka bergambar..walaupun berpeluh tapi tetap nampak cool..he he..cool la sangat...

Inilah wajah2 pemain futsal kebangsaan...aku walaupun tewas tetap senyum..he he..tapi ada beberapa orang dalam kumpulan ni yang aku tak kenal..so main jer la..apa yang penting..kerjasama..he he..

Inilah puak2 yang memang giler sepanjang main futsal..pelik aku kenapa muka joe ada dua..he he...eh tiga rupa2nya..hebat la joe..he he

Wednesday, November 4, 2009

Sabar Hadapi Ujian Allah...

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Ia beri aku kaktus berduri. Aku minta pada Allah binatang mungil nan lucu, Ia beri aku ulat berbulu.

Aku sedih, protes, dan kecewa..Betapa tidak adilnya ini..

Namun, kemudian.. Kaktus itu berbunga, indah bahkan sangat indah. Dan ulat itupun tumbuh dan berubah menjadi kupu-kupu yang amat cantik.

Itulah jalan Allah, Indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Ia memberi apa yang kita perlukan.

Monday, November 2, 2009

Edisi Lompat...

Melompat!!! memang pelik tapi bila aku belek2 gambar lama ni, rupa2nya banyak jugak gambar yang aku dan kawan2 yang melompat..gambar pertama ni kat Pantai Kemaman, Terengganu...masa ni g jalan2 dengan Yus, E dan Win..hepi jugak..tapi ini semua kenangan lama dan tak mungkin akan berulang kembali..

Di Cherating, Kuantan..masa ni Diana bertunang dan buat sesi fotografi outdoor dengan dia..so bila semuanya dah habis..kitaorang pun ambik la kesempatan buat sesi fotografi sendiri..Diana yang pakai baju bertunang pun turut melompat..tapi paling kesian dah tentu Shahril yang kena berusaha keras untuk ambik gambar nie..he he

Aku lompat paling tinggi..ketinggian lompatan Diana mungkin dipengaruhi oleh berat kain..manakala Teha pula hanya menaikkan sedikit kaki sebab tak larat nak tampung keberatan tubuh sendiri..he he..Ana melompat cute...tak tinggi tak rendah..tapi dialah orang pertama yang jatuh dulu..he he

Kat PD masa ni..dah Maghrib..tapi masih tetap nak melompat..macam2 gaya boleh disaksikan..bila tengok gambar2 nie balik..rasa sangat kelakar..bila dah tua2 macam nie..sangat kurang sesuai untuk kembali melompat..he he

Lompatan unik di negeri Kedah..E dan aku dengan gaya terkangkang dan Diana pulak, aku tak pasti..mungkin lompat sambil bersimpuh yang tak jadi..he he...tapi Nana penatlah jugak melayan kanak-kanak Ribena nie..he he..tapi inilah antara kenangan paling best masa bekerja dan kawan dengan budak2 nie..tapi dalam seronok berkawan, kadang2 terselit jugak mini pergaduhan, adegan tarik muka dan rasa tak puas hati..tapi benda tur semua berjaya mematangkan dan menjadikan kami manusia yang lebih terbuka dan mampu menerima kelebihan dan kekurangan orang lain..miss u all..

Ini pulak gaya solo aku..aku tak pasti aku nak terajang apa atau siapa..he he..tapi kalau kena kat muka..memang bersepai jugak la..aku sebenarnya nak buat muka ala2 serius..tapi tak boleh..kena senyum dan gelak jugak..he he..thanks Nana sebab berjaya mengambil gambar nie..bukan senang tau nak buat aku yang berat ni ala2 terapung di angkasa..he he...

Friday, October 30, 2009

Trip Ke Nilai, Lenggeng & Alor Gajah

Baru2 ni aku dan kawan2 iaitu Hasif, Joe, Laily, Epol dan Jue berpeluang merayau2 di Nilai..sebenarnya tak ada perancangan nak ke sana pun sebab semuanya berlaku secara kebetulan..memang seronok apabila sekali-sekala dapat menghabiskan masa dengan kawan2..tapi cerita perjalananya kurang menarik sikit apabila Joe sedikit sesat..tapi semuanya kira berbaloi sebab dapat makan nasi dan lauk yang sedap kat umah Joe..gambar2 ni pun di ambil di rumah Joe di Lenggeng...Thanks Koe..

Bersama ibu dan ayah Joe..tapi aku tak ada sebab jadi tukang ambik gambar..he he..tak kisah la sebab aku memang suka nak ambik gambar..tapi keadaan cuaca ari tur kurang elok..kalau degan budak2 tur jer..aku suruh diaorang tukar lokasi..tapi bila bersama orang tua, aku kenalah lebih bertolak ansur..yang penting ada kenangan bersama...

Lagi satu gambar yang aku kena ambik..tapi semuanya ok sebab semua tengah kenyang masa ni..aku makan punyalah banyak ayam masak lemak yang dimasak oleh emal Joe..sebab ayam tur memang betu2 lembut dan tak puas makan..cuma masa tur aku memikirkan destanasi seterusnya iaitu di Alor Gajah..umah kawan Epol, Ayu..Ayu pulak dah masak macam2 masakan..so aku kena sediakan sedikit perut untuk diisi dengan nasi impit, mee goreng, laksa, sup tulang dan rendang daging..he he..sedapnya..

Aku nampak gemuk la dalam gambar ni..mungkin sebab baju atau aku memang dah gemuk..malas la nak fikir sangat..apa yang penting kawal makan supaya seluar dan baju tak terlalu ketat sebab aku tak ada duit nak beli baju2 baru dah..he he

Cuti Seminggu...

Sekarang ni aku tengah bercuti selama seminggu..so balik kampung di Perak la..tak sanggup aku nak duduk kat Tg. Malim tur sorang2..nanti ada benda lain pulak yang temankan aku..he he..lagipun kawan2 lain macam Hasif, Epol, Joe dan Sam semuanya balik kampung jugak..tapi aku dengan Sam antara orang yang terakhir balik kampung...sebab masa petang aku nak balik tur..Kota Malim memang dah betul2 sunyi dan tinggal beberapa biji motosikal jer yang ada kat bawah tur..kebanyakannya budak proton punya..

Kat kampung tak ada aktiviti menarik yang aku buat selain makan dan tido..so tak hairanlah kalau berat badan aku semakin meningkat..untuk menurunkannya kembali aku ambil kesempatan untuk berpuasa..selain dapat menambahkan amal ibadah, dapat la jugak kontrol berat badan..aku ada semangat nak berpuasa sebab ibu kesayangan aku turut berpuasa semata-mata untuk menemankan aku..kalau aku sorang2..rasanya puasa hanya tinggal kenangan..he he..bab paling seronok ketika berpuasa dah tentulah saat berbuka..walaupun berpeluang nak makan macam2 tapi aku hadkan sedikit sebab tak nak over kenyang..nanti plan diet aku kurang menjadi..cuti seminggu aku dapat berpuasa tiga hari..kira ok lah jugak..patutnya esok aku puasa jugak..tapi mak ada plan nak g umah akak kat Kampar..so terpaksalah tak puasa sebab akak dah masak macam2 dan abang ipar pulak dah belikan durian kampung untuk kitaorang..he he..tak sabar nak makan durian lagik...tapi kena control jugak sebab sebelum ni aku pernah makan durian dengan banyaknya hingga aku demam..he he..so ambik iktibar dari pengalaman lepas...

Esok lepas g umah akak..terus nak kena balik Tg. Malim sebab Isnin dah mula semester baru..risau jugak sebab result exam tak kuar lagi..cuma harap2 result exam ok sebab tak study banyak sangat pun..tak tahu nak study apa sebab terlalu banyak yang nak diberi perhatian..tapi semuanya dah berlalu..so lupakan jer..pasrah jer dengan result yang akan kuar nanti..

Oppss lupa pulak..masa cuti ni jugak..aku dan kawan2 lain kena cari dan pilih sendiri sekolah untuk praktikal..mujurlah aku dapat sekolah kar area Klang jer..sek men keb Tengku Ampuan Rahimah, Klang..aku pilih sekolah area klang sebab aku dah biasa jugak stay kat sana sebelum ni. Lagipun apa yang penting, sewa rumah kat area situ lebih murah jika nak dibandingkan dengan area Shah Alam, PJ atau Sunway...aku harap proses praktikal yang akan berjalan pada bulan Mac hingga Mei tahun depan akan berjaya dengan cemerlang..kalau semuanya ok, aku akan praktikal kat sekolah tur dengan Hasif...

Ok la..cukup untuk kali ni..nanti ada masa aku update lagik yer..

Monday, October 12, 2009

Lab Terakhir...

Sedar tak sedar dah habis satu semester belajar dalam kelas lab dengan En. Nurzid (yang tengah2 dan berbaju putih)...walaupun mood dia kadang2 tak stabil dalam kelas..tapi dia sebenarnya sangat baik dan hebat..maklumlah dalam usia semuda dia dah jadi pensyarah kat UPSI..Pensyarah..bukan tutor k...paling best dia ni walaupun kadang2 marah dalam kelas, tapi selalunya tak lama..sekejap jer kehangatan dia akan turun...so bila dah habis belajar dengan dia ni, rasa rindu jugak la..lagi2 dengan kawan2 lab yang susah nak jumpa dah lepas nie..harap2 kalau jumpa di luar, tegur la yer...

Sebelum kelas berakhir, kami semua sempat ambil gambar sebagai kenang-kenangan...tapi semua gambar namapk sedikit skema sebab masih malu2 dengan En. nurzid...bila dah lama2 sikit baru ok..tapi ini semua gambar dari kamera Laily...dari kamera Miza tak dapat lagik..tak tahu bila agaknya dia nak bagi..he he

Wajah2 skema...patutnya dalam kelas terakhir mestilah meriah...tapi tak kisahlah asalkan dapat bergambar dengan kawan2..he he

Behing the scene!!! Masa ni tengah susun2 kerusi..tapi kurang menjadi sebab suasanya agak formal..kalau En. Nurzid tak ada, rasanya lebih meriah..selain tur kebanyakan budak2 yang ada dalam kelas ni berbeza course dan jarang jumpa keculia dalam kelas lab..so kemesraannya kurang sikit..tapi tak kisahlah sebab bila dah ada kat sini, semuanya dah jadi kawan2 belaka...

Jamuan Raya...

Jamuan raya kelas..masa ni tak ramai yang dapat datang sebab ada budak2 yang terlibat dengan kelas lab dan juga pelbagai aktiviti peribadi yang lain..kalau tak silap, cuma 60 orang jer dapat hadir daripada 90 pelajar..kira ok la tur..gambar nie dengan San San...tapi aku pelik kenapa dalam blog ni gambar tak boleh ditegakkan..sedangkan aku dah betulkan kedudukannya masa nak upload tadi..sabar jer la..

Izwati merupakan ratu dalam majlis tersebut..walaupun simple tapi tetap kelihatan ayu dan cute..memang tepatlah pilihan juri..

Dengan Nusrah, Iz dan Sam..sajer nak bergambar sama sebab selama ni memang tak ada pun gambar kitaorang..so bolehlah dijadikan kenangan selepas ni..maklumlah kamipun bukan lama sangat kat sini..tahun depan semua dah kena bawak haluan masing2..harap2 hubungan yang terjalin ni janganlah terputus macam tu jer...

Mula2 nak bergambar berdua dengan Sam jer..tapi kebetulan Laily dah ada kat belakang tur..ajakla sekali...Laily pulak jenis suka bergambar..so senanglah kerja..he he

Muka penat Sam..masa nie dia baru balik buat Moodle kat umah kawan dia..so tak sempat nak rehat dan tukar baju..masa ni jugak hari panas sangat..so dia yang naik motor, terasa la jugak bahangnya..sabar la Sam yer..he he

Dia teringin nak jadi King agaknya..hari tur memang aku, Sam dan Hasif tak nak pakai baju Melayu..sebab petang tur kami ada kelas lab lagik..so lebih baik pakai baju kemeja jer..lepas tur boleh terus g kelas lab...Joe dinobatkan sebagai King..hebat!!!

Datang mengganggu kat meja Nusrah, Iz dan Suhaila..kat semua meja, sate mesti tak habis..sebab liat sangat..aku dengan hasif jer yang berani makan..budak2 pompuan semuanya kontrol cun..he he..tapi cun ker??? bolehlah daripada tak ada..he he..

Gambar yang sama tapi sedikit berbeza..ambik dua kali..konon2nya nak gambar yang lebih meletops..tapi hasilnya sama jer...mulut aku tetap senyum seluas mungkin dan Suhaila tetap control ayu..he he

Gaya tersendiri hasif menggigit sate yang memang sangat liat..mujurlah harga sate tur tak perlu dibayar..tapi sekurang2nya sate tur memberikan kenangan kepada kami yang datang dalam majlis tersebut..he he..lepas nie kalau makan sate, mesti teringat pasal sate liat..he he

Sebelum majlis berakhir, kenalah ambik gambar kenangan..masa nie semua jadi macam budak2..tak ada tokoh bakal cikgu langsung..tapi sesekali macam ni meriah jugak..takkanlah setiap hari nak serius..cukuplah dalam kelas jer serius...

Bila difikirkan kembali, bagus jugak diadakan majlis macam nie..sebab sebelum ni dalam kelas, tak adalah rapat sangat..tapi dalam majlis macam nie, semua orang dapat berkenalan dan bersembang bersama2...jadi semakin rapatlah walaupun sejak nak exam terdapat beberapa kontroversi yang mampu dielakkan..he he

Jue tetap nak menyelit walaupun dah diberitahu lelaki jer yang boleh bergambar..jue kata dia pun ala2 lelaki jugak..cuma bertudung..pelik la..

Inilah lelaki yang ada dalam kelas kami...6 orang jer daripada 90 orang pelajar..sangat golongan minoriti...tapi walaupun berenam, kami tetap cool dan tak suka nak kecoh2 dalam kelas..lebih baik diam dan buat hal sendiri daripada menyusahkan diri dengan masalah orang lain..he he

Sunday, October 4, 2009

Open House...

Pelik tapi benar! Nama jer open house tapi jemputannya sangat terhad..maklumlah makanan yang ada pun sedikit dan hasi sumbangan kawan2..he he..masa buat open house ni jemputan aku dan Hasif hanyalah Epol, Joe, Sam, Saha dan Naim..he he..tapi walaupun tetamunya terhad tapi kemeriahannya tetap ada..maklumlah kami pun jarang dapat berjumpa dan berkumpul ramai2 macam nie..so bila sesekali lepak sama sambil makan biskut raya, memang best la..

gambar bergerak..cuma Joe dan Sam jer yang tak bergerak...tapi tetap jadi kenangan sebab bukan senang nak ambik gambar macam nie..betul tak hasif? he he he

Amboi seriusnya muka Sam..Joe jer yang tengok kamera...masa open house ni Joe datang lambat sikit sebab dia ada hal dengan beberapa pompuan..biasalah..kehidupan Joe memang tak pernah lekang dengan pompuan..sampaikan nak menyanyi kat I Love U pun, Joe memerlukan pompuan untuk dijadikan sumber inspirasi..pelik la..

Peace!! tak faham kenapa Sam buat macam tur...masa event ni, Sam balik awal sikit sebab dia nak jumpa kawan dia kat Taman Segar..dan kebetulan tertinggal wallet kat bilik dia..katanya nak datang umah kitaorang pakai boxer jer untuk disesuaikan dengan tema - sexy and daring - tapi dia tetap berpakaian sopan..tak berani la tur...he he

Yang kiri sekali ni namya Naim..masa jari raya lepas dia datang jugak umah aku dengan Joe dan Faiz (sepupu Joe)..tapi sebelum datang dengan Joe, dua kali tayar motor dia pecah sehinggakan dia terpaksa membatalkan hasrat awalnya..tapi kalau dah jodoh memang tak kemana..akhirnya dia sampai jugak kat kampung aku...biasalah hari raya, selain kuih raya, aku bagi diaorang makan nasi...tapi dia makan sikit sebab dah makan sebelum datang umah aku..tak per la..at least dia datang dan dah tahu jalan nak g umah aku...setakat ni Sam jer la yang belum datang kampung aku..kawan2 yang lain semuanya dah sampai..

ini jer la makanan yang ada..walaupun sederhana tapi tetap mengenyangkan!! lain kali kalau ada rezeki lebih, boleh buat makan2 lagik...tapi tak tahulah bila sebab sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan peperiksaan..cuma aku yang belum buat apa2 persediaan lagik..nota jer banyak tapi satu pun tak baca lagik..tak tahu bila dan dari mana nak mula...

Kenapa la semua orang mesti terlalu serius? sepatutnya santai jer la...muka Naim cuma nampak sebelah jer...Sam pulak langsung tak senyum...

Gaya Sam menyuap makanan..memang seronok bila tengok Sam makan..nampak menyelerakan dan dia antara orang pilihan yang akan aku cari kalau kat umah aku ada makanan..apatah lagi Hasif sekarang pantang banyak jenis makanan selepas mengalami kemalangan kecil..mujurlah lukanya semakin sembuh..dan dalam gambar nie..dia tak nampak pun macam orang sakit..katanya depan kawan2 kena nampak ceria walaupun kurang sihat..hebatkan...

Naim dan Hasif yang cedera...Hasif tak boleh makan banyak benda termasuklah ketupat yang diberikan oleh Nusrah..yang boleh dimakan hanyalah serunding ikan...so dia tengoklah jer walaupun ketupat tur sebenarnya makanan kegemaran dia dimusim perayaan ni..

Sam senyum tapi Epol pulak macam tak ada perasaan...memang sedap ketupat yang diberi oleh Nusrah...thanks Nusrah...

Baru nampak jelas makanan yang disediakan..memang simple tapi menarik..namapun orang bujang..kalau dah kahwin lain la pulak caranya..ini air pun tea o dengan air botol jer...

Apalah agaknya yang disembangkan oleh Hasif..walaupun sakit tetap rancak bercerita..Sam pun macam teruja mendengarnya...tapi Epol biasa jer..sebab dia dah biasa dengan citer Hasif nie..he he...