Tuesday, September 15, 2009

Bila Orang Bujang Berbuka...

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan kita berpuasa dan tak lama lagi bakal menyambut Aiditfitri...cepat sangat masa berlalu!!! kalau nak bercerita tentang Ramdan, saat paling best sudah tentu apabila tiba masa berbuka..maklumlah berbuka cara orang bujang..walaupun ringkas tapi tetap seronok untuk dikenang...sepanjang bulan Ramadan tahun ni..aku jarang berbuka di luar..lebih seronok berbuka kat rumah dengan kawan2..port berbuka selalunya kat umah aku..tapi aku tak kisahpun sebab kawan2 yang tumpang berbuka semuanya dah tahu peranan masing2..baca doa dan lepas berbuka kemas tempat berbuka bersama2..he he...tak tahu la bila lagi dapat rasa pengalaman macam nie...

Ini gambar aku, Naim dan hasif..masa ni kami baru jer lepas bersahur sebenarnya..itupun makan nasi dan lauk lebih berbuka tadi..tapi memang hepi sebab kami bertiga sangat kenyang..sampaikan terpaksa bersandar ke dinding..he he...masa ni jugak Naim bagi kami beberapa video menarik yang boleh ditonton ketika bosan..seperti biasa, sampai sekarang aku belum tonton satu pun filem2 tur..belum ada masa lagik..kalau ada masa pun, aku nak tido...he he
Inilah saat berbuka..kebetulan hari ni aku balik kampung dan sempat masak beberapa jenis menu orang bujang..menunya, mee goreng basah, tumis kobis, ayam masak kicap dan ikan sardin..walaupun simple, tapi aku hepi sebab dapat jamu kawan2 makan...lain kali boleh buat macam nie lagi..seronok sangat..masa ni selain aku dengan hasif, turut join adalah Saha, Epol dan Joe...
Saha yang paling tepi sekali (baju putih)..dia ni asal Ipoh tapi menetap di Putrajaya..walaupun baru berumur 26 tahun, tapi sudah bergelar suami..baru 6 bulan berkahwin...raya tahun ni dia beraya kat Ipoh...Epol tur pulak berasal dari Pendang, Kedah dan Joe berasal dari Negeri Sembilan..raya tahun nie semuanya balik kampung...dan nak mengenjoykan diri puas2..lagipun elaun dah masuk..itulah yang menjadi penawar kedukaan..hu hu

Masa ni Epol tengah sibuk bergayut dan Joe sangat tak puas hati dengan situasi tur..tapi nak buat macam mana..bila kawan2 call kenalah layan walaupun pada waktu berbuka puasa..kepada Joe jangan selalu marah sangat..nanti cepat tua tau..he he

Aku dengan Hasif pulak, dalam apa jua keadaan tetap nak tersenyum..tak bolehlah nak buat muka serius ni...masa ni jugak aku makan banyak daripada biasa..akibatnya perut aku pun membuncit masa g kelas pada malam itu..tapi nak buat macam mana..bila makan dengan kawan2..itulah risiko yang perlu aku tanggung..he he

tengok gambar ni..mesti aku teringat kat mee basah aku..walaupun rasanya biasa2 jer..tapi itulah makanan kegemaran aku...he he

semuanya dah tak sabar nak memulakan santapan..tapi doa tetap diutamakan..pada malam tur giliran hasif baca doa..selalunya giliran hanya bertukar di antara hasif dan joe jer..ala2 ustaz..he he
lepas berbuka..selalunya lepak dengan kawan2 sambil makan biskut raya..semua biskut nie dibeli untuk menjamu tetamu yang datang ke bilik kami..kebetulan masa ni ada Epol dan sam..jadi kamipun makan dan lepak la beramai2..cuti seminggu ni, rindu la kat kawan2..tapi hasif dan epol dah janji nak berhari raya kat umah aku..so aku kenala tunggu dan masak sesuatu untuk mereka..hebat..memang hebat!! he he

Friday, September 11, 2009

Orang Bujang...

Sebenarnya aku memang dah biasa dengan kehidupan bujang..sebab sebelum ni pun aku tinggal di Klang bersama kawan2 yang semuanya bujang...cuma bila ada yang kahwin, terpaksalah mereka berpindah untuk cari rumah yang lebih sesuai dengan kehidupan berkeluarga..kat Tg. Malim ni sebenarnya aku tak pernah menyangka pun akan menjalani kehidupan bujang sebegini..kalau kat Klang dulu, aku bekerja dan boleh la menghias rumah mengikut kemampuan..tapi di sini, aku cuma harapkan elaun jer..so rumah bujang aku pun biasa2 jer sesuai dengan status aku sebagai seorang pelajar..he he..dalam gambar kat atas ni aku bersama Sam atau Zahari..dia ni muda lagi, 25 tahun dan berasal dari Kuala Krai, Kelantan...aku kenal dengan dia masa kat Tg. Malim ni la..masa mula2 dalam kelas, tak adalah tegur sangat..bila dah dua bulan belajar sama2..barulah kitaorang kawan...kalau tak ada apa2 aral, dia mungkin akan kahwin tahun depan..moga2 dia sentiasa bahagia dengan kehidupan dia la..masa gambar nie diambil, dia datang umah aku untuk lepak dan dalam masa yang sama download beberapa filem yang aku dan Hasif mintak..kalau ada mas alapang bolehlah tengok..tapi sampai sekarang aku tak ada masa lagi untuk menonton filem2 yang diberinya itu...

Kawan baik dan kawan gaduh!!! masa mula2 kenal dia ingatkan dia ni sombong..maklumlah muka dia nie agak serius sikit..tapi bila dah kenal dan duduk sebilik, dia sangat OK dan memahami...tapi walaupun dia ni OK, ada jugak mulut2 jahat yang suka sangat mengutuk aku dengan dia...tak penah senang tengok kegembiraan orang lain...

Sam yang bermata sepet..dia ni sebenarnya pakai cermin mata dan tahap kerabunannya agak teruk la jugak..kalau tak pakai cermin mata, dia tak berapa nampak dan matanya akan kelihatan seperti terpejam..bila nak ambik gambar, kena suruh dia bukak mata dan dia akan cakap..."mata dah bukak la ni.."..he he

Muka serius la konon..tapi hakikatnya dua2 suka gelak dan buat lawak..he he..masa ni Sam dijamu dengan karipap berbuka puasa, air kosong, jeruk mangga dan kuih raya yang dibawa dari kampung..walaupun kekenyangan, dia kena paksa makan jugak sampai habis..selalunya Hasif yang kena paksa, tapi malam tur ada Sam, so aku ada la mangsa baru..aku memang tak suka tengok makanan berlebihan kat umah aku..semuanya mesti dihabiskan..he he

Sibuk buat web..untuk kelas lab..sangat susah dan mujurlah budak ni rajin nak membuatnya..thanks hasif..nanti aku belanja hang makan k..

walaupun murah..benda2 nie semua banyak berjasa pada kami berdua..he he

Alamak..nampak aurat la pulak..Ziha pun dah cakap..so lain kali kena lebih berhati2..sebab masa ni dalam bilik jer...cuma kalau boleh tak nak la tayang percuma kat orang lain..he he

Tak faham la dengan muka Hasif tur..kenapa dia buat macam tur..bila ditanya, katanya style..so aku diam jer la..lagipun dia baru berumur 25 tahun dan masih muda lagi..dia ni suka main2 sikit..tapi kalau tiba bab kerja, dia memang serius dan tak suka buang masa..kadang2 aku malu jugak la..sebab benda2 yang melibatkan teknologi aku tak berapa pandai..prinsip hasif ni pulak, kalau tak tahu cakap tak tahu dan jangan sekali-kali buat2 tahu..sebab akhirnya dia akan tahu jugak dan akan mengamuk..he he

inilah Nazrul..sorang lagi kawan serumah..asal Gombak dan setiap minggu akan balik kampung..dia ni ok jugak cuma sejak kebelakangan ini jarang ada dalam bilik..kena siapkan assingment kat bilik kawan dia..budak seni dan snagat pandai melukis..he he..Setakat ni kami tak pernah berbuka puasa sama lagik..sebab masing2 sibuk dengan pelbagai aktiviti..minggu depan dah raya..so selamat hari raya jer la untuk Nazrul..he he

Majlis Berbuka Puasa...

Meriah!!! Itulah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan keadaan majlis berbuka puasa yang telah diadakan baru2 ini. Daripada 90 pelajar, majlis ini berjaya mengumpulkan lebih 80 orang pelajar..malah walaupun ada yang berbangsa India dan Cina tetap hadir memberikan sokongan dan menyerikan majlis. Pujian wajar diberikan kepada Mell dan Aisyah..walaupun majlis ini dirancang disaat2 akhir namun ianya berjaya dijalankan dengan lancar..tapi kalau dapat jemput kesemua pensyarah yang mengajar kita, mesti lagi best dan meriah...tapi inikan majlis untuk kita2 jer..he he

Ikan yang bakal menjadi mangsa...ikan ni sedap tapi oleh kerana menunggu masa untuk berbuka, ikan ini sudahpun sejuk..walaupun sejuk aku berjaya menghabiskan dia kepala ikan..he he..malam tur Joe bagi peluang pada aku sedut kepala ikan ni puas2..

Teka lengan siapa? Inilah lengan laily yang sentiasa sibuk ketika majlis tersebut dijalankan...tapi kehadiran laily memang berjaya memeriahkan majlis..lagi gamat bila dia duduk semeja dengan aku, hasif, joe, juue dan kak nah..macam majlis tur kitaorang yang punya..Laily ni jugak dulu penari sebelum sambung belajar di UPSI..itulah sebabkan kalau dengar jer lagu..tubuhnya akan terus bergerak mengikut irama..lagu yang disukainya sudah tentulah dangdut..he he

Udang goreng tepung dan kurma tur pun sedap jugak..air tembikai paling sempurna sebab semua orang dahagakan kasih sayang..he he

Kalau dalam kelas inilah kawan2 baik dan kawan2 gaduh aku..Hasif ni budak Perlis dan rakan sebilik aku..sangat bijak dalam bidnag mengedit gambar dan seorang jurufoto sambilan..sesiapa yang nak ambik gambar kahwin, bolehlah jumpa dia..harga boleh dirundingkan..kat belakang tur dari kiri adalah Kak Yatie..berasal dari Pulang Pinang dan sudah bertunang dengan lelaki dari Kelantan..yang tengah tur pulak Kak Umi..dah bertunang jugak dan bakal bergelar isteri pada hari raya kedua ini..so sekarang ni tengah teruk berdebar la..yang tepi sekali tu pulak Ziha..dia ni muda lagi dan paling putih antara semua..berasal dari Kedah dan mempunyai kepakaran menjahit. baju Melayu aku tahun ni pun dia yang jahitkan..thanks Ziha

Bergambar kenangan dengan kawan2..sebenarnya ada banyak lagi gambar2 yang lain..tapi semuanya dalam kamera orang lain..so terpaksalah tunggu mereka menguploadnya..tak sabar nak tengok dan komen la..harap2 aku tak kelihatan gemuk..he he

Walaupun apa terjadi..kitaorang semua memang suka bergambar..so bila ada peluang tur memang tidak akan dilepaskan..thanls Hasif sebab bawak kamera dan aku boleh bergambar..kamera aku rosak dan dapat elaun nanti baru nak beli yang baru..sekarang belum ada duit lagi la..

Nampak padan pulak Joe dengan Aisyah dalam gambar nie..Joe berasal dari Negeri Sembilan, manakala Aisyah dari Klang, Selangor...Aisyah ni ketua kelas untuk subjek Sekolah & Masyarakat manakala aku pulak pembatunya..he he..Joe pulak ketua untuk Ko-K..padan kan..he he..main2 jer la...

Saturday, September 5, 2009

15 Ramadan...

Hari ini dah masuk 15 Ramadan..tak sedar pun sebab hari2 ada aktiviti yang perlu dibuat...syukur sebab sampai ke tahap 15 Ramadan ni puasa aku masih kebal bertahan..esok lusa pun aku harap aku masih mampu untuk bertahan..maklumlah duduk bujang memang banyak dugaannya...apatah lagi sekarang ni elaun yang dijanjikan masih belum diterima..dengar cerita selepas hari raya barulah semua elaun tur akan diagihkan kepada pelajar..kalau betullah seperti apa yang diperkatakan..maksudnya perancangan untuk aku membeli belah sempena hari raya terpaksa diabaikan..sedihnya...

Tapi di sebalik apa yang berlaku mesti ada rahmatnya..mungkin dengan tiadanya elaun tersebut, dia mengajar aku menjadi lebih berhemah dan berjimat ketika berbelanja di bulan Ramadan ni..maksudnya benda2 yang tak patut dibeli tak perlulah dibeli...tapi aku kesian kat kawan2 aku yang tak ada duit untuk berbelanja..akibatnya terpaksa makan maggie untuk bersahur dan berbuka puasa..sangats edih tapi aku sendiri tak mampu untuk menolong mereka..malah selama dua bulan lebih di sini, ada di antara kawan2 aku yang masih belum berpeluang untuk balik ke kampung sebab tiada duit..maklumlah balik kampung pastinya memerlukan wang untuk perbelanjaan..tiket dan belanja...semuanya mengharapkan elaun masuk sebelum hari raya...apapun aku harap kawan2 aku mampu bertahan..amin!!!