Friday, October 30, 2009

Trip Ke Nilai, Lenggeng & Alor Gajah

Baru2 ni aku dan kawan2 iaitu Hasif, Joe, Laily, Epol dan Jue berpeluang merayau2 di Nilai..sebenarnya tak ada perancangan nak ke sana pun sebab semuanya berlaku secara kebetulan..memang seronok apabila sekali-sekala dapat menghabiskan masa dengan kawan2..tapi cerita perjalananya kurang menarik sikit apabila Joe sedikit sesat..tapi semuanya kira berbaloi sebab dapat makan nasi dan lauk yang sedap kat umah Joe..gambar2 ni pun di ambil di rumah Joe di Lenggeng...Thanks Koe..

Bersama ibu dan ayah Joe..tapi aku tak ada sebab jadi tukang ambik gambar..he he..tak kisah la sebab aku memang suka nak ambik gambar..tapi keadaan cuaca ari tur kurang elok..kalau degan budak2 tur jer..aku suruh diaorang tukar lokasi..tapi bila bersama orang tua, aku kenalah lebih bertolak ansur..yang penting ada kenangan bersama...

Lagi satu gambar yang aku kena ambik..tapi semuanya ok sebab semua tengah kenyang masa ni..aku makan punyalah banyak ayam masak lemak yang dimasak oleh emal Joe..sebab ayam tur memang betu2 lembut dan tak puas makan..cuma masa tur aku memikirkan destanasi seterusnya iaitu di Alor Gajah..umah kawan Epol, Ayu..Ayu pulak dah masak macam2 masakan..so aku kena sediakan sedikit perut untuk diisi dengan nasi impit, mee goreng, laksa, sup tulang dan rendang daging..he he..sedapnya..

Aku nampak gemuk la dalam gambar ni..mungkin sebab baju atau aku memang dah gemuk..malas la nak fikir sangat..apa yang penting kawal makan supaya seluar dan baju tak terlalu ketat sebab aku tak ada duit nak beli baju2 baru dah..he he

Cuti Seminggu...

Sekarang ni aku tengah bercuti selama seminggu..so balik kampung di Perak la..tak sanggup aku nak duduk kat Tg. Malim tur sorang2..nanti ada benda lain pulak yang temankan aku..he he..lagipun kawan2 lain macam Hasif, Epol, Joe dan Sam semuanya balik kampung jugak..tapi aku dengan Sam antara orang yang terakhir balik kampung...sebab masa petang aku nak balik tur..Kota Malim memang dah betul2 sunyi dan tinggal beberapa biji motosikal jer yang ada kat bawah tur..kebanyakannya budak proton punya..

Kat kampung tak ada aktiviti menarik yang aku buat selain makan dan tido..so tak hairanlah kalau berat badan aku semakin meningkat..untuk menurunkannya kembali aku ambil kesempatan untuk berpuasa..selain dapat menambahkan amal ibadah, dapat la jugak kontrol berat badan..aku ada semangat nak berpuasa sebab ibu kesayangan aku turut berpuasa semata-mata untuk menemankan aku..kalau aku sorang2..rasanya puasa hanya tinggal kenangan..he he..bab paling seronok ketika berpuasa dah tentulah saat berbuka..walaupun berpeluang nak makan macam2 tapi aku hadkan sedikit sebab tak nak over kenyang..nanti plan diet aku kurang menjadi..cuti seminggu aku dapat berpuasa tiga hari..kira ok lah jugak..patutnya esok aku puasa jugak..tapi mak ada plan nak g umah akak kat Kampar..so terpaksalah tak puasa sebab akak dah masak macam2 dan abang ipar pulak dah belikan durian kampung untuk kitaorang..he he..tak sabar nak makan durian lagik...tapi kena control jugak sebab sebelum ni aku pernah makan durian dengan banyaknya hingga aku demam..he he..so ambik iktibar dari pengalaman lepas...

Esok lepas g umah akak..terus nak kena balik Tg. Malim sebab Isnin dah mula semester baru..risau jugak sebab result exam tak kuar lagi..cuma harap2 result exam ok sebab tak study banyak sangat pun..tak tahu nak study apa sebab terlalu banyak yang nak diberi perhatian..tapi semuanya dah berlalu..so lupakan jer..pasrah jer dengan result yang akan kuar nanti..

Oppss lupa pulak..masa cuti ni jugak..aku dan kawan2 lain kena cari dan pilih sendiri sekolah untuk praktikal..mujurlah aku dapat sekolah kar area Klang jer..sek men keb Tengku Ampuan Rahimah, Klang..aku pilih sekolah area klang sebab aku dah biasa jugak stay kat sana sebelum ni. Lagipun apa yang penting, sewa rumah kat area situ lebih murah jika nak dibandingkan dengan area Shah Alam, PJ atau Sunway...aku harap proses praktikal yang akan berjalan pada bulan Mac hingga Mei tahun depan akan berjaya dengan cemerlang..kalau semuanya ok, aku akan praktikal kat sekolah tur dengan Hasif...

Ok la..cukup untuk kali ni..nanti ada masa aku update lagik yer..

Monday, October 12, 2009

Lab Terakhir...

Sedar tak sedar dah habis satu semester belajar dalam kelas lab dengan En. Nurzid (yang tengah2 dan berbaju putih)...walaupun mood dia kadang2 tak stabil dalam kelas..tapi dia sebenarnya sangat baik dan hebat..maklumlah dalam usia semuda dia dah jadi pensyarah kat UPSI..Pensyarah..bukan tutor k...paling best dia ni walaupun kadang2 marah dalam kelas, tapi selalunya tak lama..sekejap jer kehangatan dia akan turun...so bila dah habis belajar dengan dia ni, rasa rindu jugak la..lagi2 dengan kawan2 lab yang susah nak jumpa dah lepas nie..harap2 kalau jumpa di luar, tegur la yer...

Sebelum kelas berakhir, kami semua sempat ambil gambar sebagai kenang-kenangan...tapi semua gambar namapk sedikit skema sebab masih malu2 dengan En. nurzid...bila dah lama2 sikit baru ok..tapi ini semua gambar dari kamera Laily...dari kamera Miza tak dapat lagik..tak tahu bila agaknya dia nak bagi..he he

Wajah2 skema...patutnya dalam kelas terakhir mestilah meriah...tapi tak kisahlah asalkan dapat bergambar dengan kawan2..he he

Behing the scene!!! Masa ni tengah susun2 kerusi..tapi kurang menjadi sebab suasanya agak formal..kalau En. Nurzid tak ada, rasanya lebih meriah..selain tur kebanyakan budak2 yang ada dalam kelas ni berbeza course dan jarang jumpa keculia dalam kelas lab..so kemesraannya kurang sikit..tapi tak kisahlah sebab bila dah ada kat sini, semuanya dah jadi kawan2 belaka...

Jamuan Raya...

Jamuan raya kelas..masa ni tak ramai yang dapat datang sebab ada budak2 yang terlibat dengan kelas lab dan juga pelbagai aktiviti peribadi yang lain..kalau tak silap, cuma 60 orang jer dapat hadir daripada 90 pelajar..kira ok la tur..gambar nie dengan San San...tapi aku pelik kenapa dalam blog ni gambar tak boleh ditegakkan..sedangkan aku dah betulkan kedudukannya masa nak upload tadi..sabar jer la..

Izwati merupakan ratu dalam majlis tersebut..walaupun simple tapi tetap kelihatan ayu dan cute..memang tepatlah pilihan juri..

Dengan Nusrah, Iz dan Sam..sajer nak bergambar sama sebab selama ni memang tak ada pun gambar kitaorang..so bolehlah dijadikan kenangan selepas ni..maklumlah kamipun bukan lama sangat kat sini..tahun depan semua dah kena bawak haluan masing2..harap2 hubungan yang terjalin ni janganlah terputus macam tu jer...

Mula2 nak bergambar berdua dengan Sam jer..tapi kebetulan Laily dah ada kat belakang tur..ajakla sekali...Laily pulak jenis suka bergambar..so senanglah kerja..he he

Muka penat Sam..masa nie dia baru balik buat Moodle kat umah kawan dia..so tak sempat nak rehat dan tukar baju..masa ni jugak hari panas sangat..so dia yang naik motor, terasa la jugak bahangnya..sabar la Sam yer..he he

Dia teringin nak jadi King agaknya..hari tur memang aku, Sam dan Hasif tak nak pakai baju Melayu..sebab petang tur kami ada kelas lab lagik..so lebih baik pakai baju kemeja jer..lepas tur boleh terus g kelas lab...Joe dinobatkan sebagai King..hebat!!!

Datang mengganggu kat meja Nusrah, Iz dan Suhaila..kat semua meja, sate mesti tak habis..sebab liat sangat..aku dengan hasif jer yang berani makan..budak2 pompuan semuanya kontrol cun..he he..tapi cun ker??? bolehlah daripada tak ada..he he..

Gambar yang sama tapi sedikit berbeza..ambik dua kali..konon2nya nak gambar yang lebih meletops..tapi hasilnya sama jer...mulut aku tetap senyum seluas mungkin dan Suhaila tetap control ayu..he he

Gaya tersendiri hasif menggigit sate yang memang sangat liat..mujurlah harga sate tur tak perlu dibayar..tapi sekurang2nya sate tur memberikan kenangan kepada kami yang datang dalam majlis tersebut..he he..lepas nie kalau makan sate, mesti teringat pasal sate liat..he he

Sebelum majlis berakhir, kenalah ambik gambar kenangan..masa nie semua jadi macam budak2..tak ada tokoh bakal cikgu langsung..tapi sesekali macam ni meriah jugak..takkanlah setiap hari nak serius..cukuplah dalam kelas jer serius...

Bila difikirkan kembali, bagus jugak diadakan majlis macam nie..sebab sebelum ni dalam kelas, tak adalah rapat sangat..tapi dalam majlis macam nie, semua orang dapat berkenalan dan bersembang bersama2...jadi semakin rapatlah walaupun sejak nak exam terdapat beberapa kontroversi yang mampu dielakkan..he he

Jue tetap nak menyelit walaupun dah diberitahu lelaki jer yang boleh bergambar..jue kata dia pun ala2 lelaki jugak..cuma bertudung..pelik la..

Inilah lelaki yang ada dalam kelas kami...6 orang jer daripada 90 orang pelajar..sangat golongan minoriti...tapi walaupun berenam, kami tetap cool dan tak suka nak kecoh2 dalam kelas..lebih baik diam dan buat hal sendiri daripada menyusahkan diri dengan masalah orang lain..he he

Sunday, October 4, 2009

Open House...

Pelik tapi benar! Nama jer open house tapi jemputannya sangat terhad..maklumlah makanan yang ada pun sedikit dan hasi sumbangan kawan2..he he..masa buat open house ni jemputan aku dan Hasif hanyalah Epol, Joe, Sam, Saha dan Naim..he he..tapi walaupun tetamunya terhad tapi kemeriahannya tetap ada..maklumlah kami pun jarang dapat berjumpa dan berkumpul ramai2 macam nie..so bila sesekali lepak sama sambil makan biskut raya, memang best la..

gambar bergerak..cuma Joe dan Sam jer yang tak bergerak...tapi tetap jadi kenangan sebab bukan senang nak ambik gambar macam nie..betul tak hasif? he he he

Amboi seriusnya muka Sam..Joe jer yang tengok kamera...masa open house ni Joe datang lambat sikit sebab dia ada hal dengan beberapa pompuan..biasalah..kehidupan Joe memang tak pernah lekang dengan pompuan..sampaikan nak menyanyi kat I Love U pun, Joe memerlukan pompuan untuk dijadikan sumber inspirasi..pelik la..

Peace!! tak faham kenapa Sam buat macam tur...masa event ni, Sam balik awal sikit sebab dia nak jumpa kawan dia kat Taman Segar..dan kebetulan tertinggal wallet kat bilik dia..katanya nak datang umah kitaorang pakai boxer jer untuk disesuaikan dengan tema - sexy and daring - tapi dia tetap berpakaian sopan..tak berani la tur...he he

Yang kiri sekali ni namya Naim..masa jari raya lepas dia datang jugak umah aku dengan Joe dan Faiz (sepupu Joe)..tapi sebelum datang dengan Joe, dua kali tayar motor dia pecah sehinggakan dia terpaksa membatalkan hasrat awalnya..tapi kalau dah jodoh memang tak kemana..akhirnya dia sampai jugak kat kampung aku...biasalah hari raya, selain kuih raya, aku bagi diaorang makan nasi...tapi dia makan sikit sebab dah makan sebelum datang umah aku..tak per la..at least dia datang dan dah tahu jalan nak g umah aku...setakat ni Sam jer la yang belum datang kampung aku..kawan2 yang lain semuanya dah sampai..

ini jer la makanan yang ada..walaupun sederhana tapi tetap mengenyangkan!! lain kali kalau ada rezeki lebih, boleh buat makan2 lagik...tapi tak tahulah bila sebab sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan peperiksaan..cuma aku yang belum buat apa2 persediaan lagik..nota jer banyak tapi satu pun tak baca lagik..tak tahu bila dan dari mana nak mula...

Kenapa la semua orang mesti terlalu serius? sepatutnya santai jer la...muka Naim cuma nampak sebelah jer...Sam pulak langsung tak senyum...

Gaya Sam menyuap makanan..memang seronok bila tengok Sam makan..nampak menyelerakan dan dia antara orang pilihan yang akan aku cari kalau kat umah aku ada makanan..apatah lagi Hasif sekarang pantang banyak jenis makanan selepas mengalami kemalangan kecil..mujurlah lukanya semakin sembuh..dan dalam gambar nie..dia tak nampak pun macam orang sakit..katanya depan kawan2 kena nampak ceria walaupun kurang sihat..hebatkan...

Naim dan Hasif yang cedera...Hasif tak boleh makan banyak benda termasuklah ketupat yang diberikan oleh Nusrah..yang boleh dimakan hanyalah serunding ikan...so dia tengoklah jer walaupun ketupat tur sebenarnya makanan kegemaran dia dimusim perayaan ni..

Sam senyum tapi Epol pulak macam tak ada perasaan...memang sedap ketupat yang diberi oleh Nusrah...thanks Nusrah...

Baru nampak jelas makanan yang disediakan..memang simple tapi menarik..namapun orang bujang..kalau dah kahwin lain la pulak caranya..ini air pun tea o dengan air botol jer...

Apalah agaknya yang disembangkan oleh Hasif..walaupun sakit tetap rancak bercerita..Sam pun macam teruja mendengarnya...tapi Epol biasa jer..sebab dia dah biasa dengan citer Hasif nie..he he...

Mana Satu Pilihan Hati...

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan.”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah.” Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya. ” Mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.”

Saya memintas, “Tak faham.”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.” Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah..... Siapakah jodohnya itu?” Mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat . Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.” Emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin, tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hambaNya. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” Emak berhenti seketika.

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak... jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.