Sunday, May 31, 2009

Khasiat Telur Separuh Masak...

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia enam tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya...heheheheee

Kisah Gadis Mulut Celupar...

Pernah suatu ketika dahulu diceritakan tentang kisah mayat rentung dalam bas !. Mengikut sumber yang dipercayai, mayat gadis itu adalah mayat seorang gadis yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas beberapa minit dia berada dalam bas dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

Kisah ini berlaku dalam sebuah bas yang baru saja berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang.Pada masa itu,seorang gadis ayu dan kelihatan begitu genit berumur dalam lingkungan 20an menaiki tangga bas dengan cara yang gak payah sikit kerana ia memakai skirt pendek dan cukup ketat menyebabkan pergerakkannya terhad bila melangkah.

Dari bentuk rupa dan warna kulitnya,semua orang dapat mengagak bahawa gadis itu adalah anak Melayu dan sudah tentunya beragama Islam.Walau bagaimanapun dari bentuk pakaiannya bermini skirt,berbaju t-shirt yang menampakkan ketiak dan pusat serta fesyen rambutnya yang begitu menjolok mata menjadikan gerak gerinya dalam bas itu mendapat perhatian penumpang-penumpang lain.

Semua mata yang berada dalam bas itu tertumpu kepadanya terutama mata lelaki sehingga ada yang terbeliak melihatnya.Gadis itu tidak ambil kisah kerana dia memang sudah menjangka dirinya akan menjadi tumpuan ramai.Memang itulah perkara yang sangat disenanginya. Secara kebetulan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang wanita tua bertudung kepala.

Wanita tua yang sudah beruban putih di kepala itu memberi laluan kepadanya supaya duduk di tepi tingkap.Sambil menjeling kepada gadis genit yang berpakaian menjolok mata itu,wanita tua tersebut tiba-tiba bersuara secara yang tidak akan menyentuh perasaan orang lain .

" Anak,lebih elok kalau kamu berpakaian sopan yang sesuai dengan adat kita orang Melayu dan menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh agama kita Islam…" . Gadis genit yang baru duduk itu berpaling dan merenung muka perempuan tua tersebut dengan mata yang tidak berkedip-kedip.

Dia tidak menjangka perempuan tua itu akan berkata begitu kepadanya yang tidak dikenali langsung.Dengan serta merta darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya itu memenuhi bahagian mukanya sehingga kelihatan merah yang amat ketara . Siapakah perempuan tua ini yang begitu lantang bermulut ' leser ' mengambil tahu hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya ? Apakah hak dia berkata begitu kepada aku yang tidak dikenalinya? Kenapa dia begitu berani menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak teragak-agak lagi memberi nasihat kepada aku ?

Sambil merenung tepat ke muka orang tua yang sedang memandangnya itu,gadis itu pun menjawab dengan suran lantang secara mengejek , "Makcik…….Saya tak kenal siapa Makcik ni. Apa hak Makcik berkata begitu pada saya ? Mak ayah saya sendiri pun tak pernah cakap macam tu.Bila mati nanti kubur kita masing-masing makcik ooiii !! .Kalau nanti kubur makcik ada air-cond tentu makcik tak tau macam mana pulak kubur saya. Apa makcik ada memegang kunci pintu syurga ke sehingga dapat menentukan siapa yang akan masuk ke dalamnnya nanti ?".

Suaranya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh hampir-hampir semua penumpang dalam bas tersebut menyebabkan ramai yang merenung kepadanya dengan mulut terlopong.Sambil mengetapkan bibirnya menahan perasaan marah dia merenung lagi wajah perempuan tua yang pada masa itu hanya terdiam tidak menjangka gadis tersebut akan bertindak demikian . Secara spontan kemudiannya membuka beg tangan yang disandangnya lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dan menghulurkannya kepada perempuan tua tersebut .

"Nah…Ini dia kad saya dengan nombor telefon sekali. Saya harap makcik boleh tolong bagi tahu Allah, saya ingin menempah satu bilik di neraka jahanam.Kalau boleh,mintak Allah terus menghubungi saya adakah bilik di neraka jahanam tu masih ada yang kosong ?".

Sungguhpun jawapan gadis itu sangat menghiris hati perempuan tua tersebut,namun ia hanya mendiamkan diri saja sambil mengambil kad yang dihulurkan kepadanya. Gadis itu menyambung lagi , "Saya tempah bilik dalam neraka jahanam tu sebab saya tahu tempat itu dah jahanam. Apa kita nak takut lagi ? Tolong telefon saya bila makcik dapat bilik temapahn saya dalam neraka jahanam tu ok?". Katanya dengan nada mengejek sambil tersenyum sinis.

Orang tua itu hanya terdiam dan tidak menjangka sama sekali seorang gadis genit seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sehingga bersedia mencabar kekuasaan Allah.Apa yang dapat dilakukannya Cuma mengurut dada sambil berisytighfar .Selepas itu kedua-duanya tidak berkata apa-apa lagi. Masing-masing mengelamun dengan cara tersendiri sehinggalah bas itu pun tiba ke perhentiannya di Bandar.

Ketika semua orang sudah bangun untuk berjalan turun dari bas,kelihatan gadis genit itu masih tidur dengan kedudukan yang agak selesa.Pada mulanya perempuan tua tersebut ingin membiarkan saja, tetapi dirasakannya tidak sampai hati pula.Oleh itu dengan penuh hati-hati dia menghulurkan tangannya memegang bahu gadis itu sambil berkata, "Bangun nak…kita dah sampai, ". Reaksi gadis itu cuma negatif saja kerana matanya masih tetap tertutup rapat.

Perempuan tua itu menjadi semakin berani, lalu digoncang-goncangnya badan gadis itu namun masih tetap tiada respon. Ia ternyata masih tidur.Apabila telah agak lama gadis itu masih tetap tidur juga menyebabkan pemandu bas itu menjadi tertarik hati lalu menghampiri perempuan tua itu sambil bertanya, "Kenapa Makcik ?". "Kesian budak ni tidur lena betul. Dah sampai pun masih tak nak turun lagi," jawab orang tua itu .

Merasa tertarik dengan kedudukan gadis itu dan cara matanya tertutup menyebabkan pemandu bas tersebut menghampirinya. Mulanya dia cuba memegang bahu gadis itu sambil menggoyang-goyangkannya. Apabila masih tiada reaksi apa-apa dia terus memegang tangan gadis itu . " Ya Tuhan…!! Dia dah meninggal dunia…. " . Katanya terkejut .

Perempuan tua itu terkejut besar mendengar kata-kata pemandu bas itu tetapi dia hanya mendah tangan ke langit membaca surah Al-Fatihah. Pemandu bas itu turun dan sebentar kemudian datang semula dengan dua orang kawannya. Seorang lelaki dan seorang wanita. Mereka kemudiannya cuba mengangkat mayat gadis itu untuk di bawa turun tetapi satu kejadian aneh telah berlaku. Mayat gadis itu tiba-tiba kelihatan bertukar warna menjadi hitam legam seolah-olah rentung dibakar api. Bila mereka cuba menyentuhnya untuk mengangkat,tangan mereka terasa kepanasan yang sangat luar biasa.Begitulah yang terjadi setiap kali mereka cuba menyentuhnya.

Setelah tidak berjaya mengangkatnya mereka pun hanya menunggu pihak ambulans untuk menguruskan mayat tersebut.Dari kad pengenalan dalam beg tangannya diketahui bahawa gadis itu adalah anak seorang berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Ibu bapanya terlalu sibuk dengan urusan mengumpulkan wang dan mengejar kedudukan sehingga mereka tidak ada langsung masa terluang untuk mendidik anak mereka dengan asuhan agama yang cukup sempurna.

Ketika kejadian tersebut berlaku dia baru 2 minggu pulang dari melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat. Di negara itu dia bebas lepas melakukan sekehendak hatinya tanpa ada sesiapa yang berani menentangnya. Nama yang tertulis pada Kad Pengenalannya sebagai nama seorang Islam hanya menentukan bakanya saja beragama Islam,sedangkan pada hakikatnya dia tidak mengerti apa-apa tentang Islam.


JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN SOMBONG.SESUNGGUHNY A ENGKAU TIADA DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN SAMPAI ENGKAU SETINGGI GUNUNG - Surah Al – Israak Ayat 37

Rumah Orang2 Tua Al-Ikhlas, Puchong...

Baru-baru ni aku kena buta liputan tentang rumah orang2 tua Al-Ikhlas, Puchong..Aku g dengan Wanie, Miza dan Remy..masa mula2 tur semuanya OK..aku dan Wanie seperti biasa la, buat interview dengan beberapa warga emas yang ada kat situ untuk kolum masing-masing..tapi paling tak seronok sebab masa kitaorang nak balik, Makcik Munah menangis..Wanie pun dah tak dapat tahan rasa sebak dia..Miza apatah lagi..tapi nak buat macam mana..inilah namanya kehidupan..cuma aku berdoa agar semua warga emas yang ada kat rumah tur kekal bahagia buat selamanya...

Inilah Makcik Munah..masa mula2 semuanya OK..tapi bila tiba masa nak balik, dia rasa sedih sangat...mungkin dia teringatkan anak2 dia kot..pada aku, kalau ada anak2 yang sanggup hantar ibu atau bapa diaorang kat tempat macam nie, aku tak kisah. Tapi tolonglah datang tengok dan jenguk2kan mereka..seminggu sekali pun cukuplah..sebabnya semua warga emas kat sini, sangat merindui keluarga mereka..

Ini Uncle Chan..Dia muslim. Dalam usianya yang semakin meningkat dia masih boleh dikategorikan sebagai sihat lagi..tapi biasalah kadang2 dia akan rasa sakit..apa yang paling aku suka sebab semua soalan aku, dia dapat jawab dengan baik..tapi apa yang tak seronoknya sebab dia tak nak cakap yang betul tentang anak2 dia..mungkin dia rasa sedih dan rindu kot..

Inilah wajah2 Uncle Chan masa aku tengah interview...

Sesekali dia akan diam sebelum menjawab soalan..mungkin ada banyak benda yang sedang dia fikirkan sekarang nie..

Bila tengok gambar nie..korang fikirlah sendiri apa emosi yang sedang bermain di fikiran Uncle Chan dan apa pulak perasaan aku masa tur...tak boleh nak ceritalah...

Saturday, May 30, 2009

Fendi G Genting...

Hari kedua kat Klang Fendi, Shu dan Hamid rancang nak g Genting..aku tak boleh nak join sebab aku kena g Wedding Darling Ngasri..kerja,,nak buat macam mana..hari nie g umah Darling dengan Nana dan SuDyr..E tak pasti lagi, katanya kalau dia nak join dia akan SMS..

Sekarang nie aku tengah tunggu Abu datang umah aku..mintak tolong dia hantar lampu kat umah mak kat Kampung..Abu dan Hairy nak g Ipoh..tapi tak pasti diaorang g buat apa..rasanya ada kenduri kahwin kot...

Pagi2 macam ni aku dan kawan2 Fendi dok baca majalah sambil tengok titi kuar sarapan dan tengok tv jer..kol 10 nanti nak kuar sarapan dan terus hantar diaorang nie..biar diaorang enjoy puas2...maklumlah diaorang pun selalu dapat datang sini..masing2 sibuk..Fendi stay kat Langkawi...si Hamid dan Shu pulak kerja kat JB..oklah tak ada benda dah nak tulis..nak mandi dan bersiap..

Fendi Datang Klang...


Fendi bekas housemate aku yang sebelum ni kerja kat Langkawi datang umah aku..tapi Yas dah balik kampung..apa yang aku geram sekarang nie dia cuma bawak coklat jer..aku punya fridge magnet dia lupa katanya..geram betul la..sebab aku baru berangan nak tambah koleksi..sabar jer la..

Tadi aku, Fendi dan Cik B makan kat Restoran Bintang..aku pun tak tahu macam mana restoran tur boleh dapat nama..tapi maggie yang aku order tur tak sedap sangat..benci la..jap lagi aku sambung sebab nak ambik Hamid dan Kak Su kat Klang Sentral..he he

Wednesday, May 27, 2009

Suatu Ketika...

Jap lagi aku nak g assingment kat Matic, Jalan Ampang, KL..ada PC Suatu Ketika, program Astro..aku sendiri pun tak tahu apa benda nyer tur..tapi aku pergilah jugak sebab sekarang baru habis deadline dan aku perlu cari bahan2 baru untuk isu yang akan datang..

Tadi aku call Imah Own dan Fendi..Imah sekarang ni cuti bersalin dan banyak menghabiskan masa dengan tidur di rumah. Memang menyeronokkan kalau aku dapat tidur macam dia sekarang nie..tapi aku tak bolehlah buat macam tur sebab aku tak nak gemuk..Fendi pulak tak boleh cakap panjang sebab ada meeting...sabar jer la..he he

Semalam hari paling teruk pada aku..sebab waktu sarapan aku makan nasi yang dibekalkan oleh kakak Yatt, tengahari pulak aku makan mee goreng masa buat liputan tentang rumah orang-orang tua Al-Ikhlas kat Puchong...Masa makan tur aku siap mintak kicap lagi...sebab mee tur lagi sedap makan dengan kicap..Paling menyakitkan hati malam tadi kawan serumah aku belikan nasi lemak untuk aku..dia belanja katanya...aku memang lapar, tapi aku seboleh2nya try elakkan makan malam..tapi bila orang dah belikan, kena la aku makan. Tapi aku tak habis makan.. bukan sebab tak sedap..cuma nasi lemak tur terlalu pedas pada aku..lauk kerang, ikan bilis, sambal tumis dan telur goreng tur memang dah kena dengan selera aku, tapi tak boleh nak habiskan sebab pedas sangat. Aku cuba neutralkan rasa pedas tur dengan kicap lemak manis yang memang wajib setiap kali aku makan, tapi tak boleh jugak..pasrahn jer la..dengan itu jugak secara rasminya hancurlah diet aku semalam..pagi tadi aku dah makan nasi lemak dan untuk lunch dan dinner aku hanya boleh makan buah2an atau makanan ringan jer..jangan nak menggatal makan benda2 berat pulak...

Malam Selasa lepas aku g cabut gigi..tak sakit sangat tapi doktor tur terpaksa belah sikit gusi aku sebab gigi aku ada masalah untuk dicabut..akibatnya aku menerima dua atau tiga jahitan di bahagian gusi...Selasa depan aku kena g sekali lagi klinik tur sebab aku perlu menanggalkan jahitan tur pulak..sebab cabut gigi, setiap hari aku kena makan ubat yang dibekalkan oleh doktor tu..aku dah la tak suka makan ubat..tapi kena makan jugak walaupun setiap kali makan ubat, air mata aku pasti akan mengalir..trauma dengan ubat!!!

Monday, May 25, 2009

Oh La La..The Garden..

Masa ni ada PC program baru Tv9, Oh La La yang diadakan di The Garden, Mid Valley..lepas habis jer PC tur aku dengan kawan2 aku pun pergilah berkaraoke..Pada mulanya aku nak balik awal sebab aku memang ada hal urgent pada petang tersebut..tapi tiba2 Yus pulak sangkut kat situ..so aku pun bertahanlah sambil mengenjoykan diri..he he...

Dengan Shahril Sinar Harian..Bulan nie dia last kerja kat sini sebab lepas nie dia akan transfer ke Kelantan..tapi dia memang sukakan pun sebab itu memang negeri kelahiran dia..cuma lepas nie susah la aku nak jumpa dia lagik..he he..Nama pun kerja..so kita kenala berani terima perubahan..
Lagi dengan dia.. he he..dia ni tak lama lagi nak kahwin..dengan Rossa la..awek dia..tapi aku tak pastilah bila sebab kadang2 dia gaduh gak dengan awek dia tur...

Tengah menyanyi konon2nya...tapi suara aku memang tak sedap..itulah sebabnya aku tak suka nak menyanyi..he he..dengan kawan boleh la..

Amboi2 Yus..walaupun macam tak berminat pada mulanya, tapi bila dah dapat menyanyi memang sukar nak melepaskan mic tur..tak apalah Yus.aku bagi ko peluang k..

Saat2 terakhir sebelum nak blah..tapi tetap sempat pose dan menyanyi..Naini Diana yang ambil gambar nie..tapi dia tak suka sangat menyanyi..kalau tak salah aku dia nyanyi separuh jer lagu Liza Hanim..Getaran Cinta Di Jiwa..tapi suaranya memang boleh tahan jugak.he he

Debaran...

26 Mei 2009 - Memang hari paling mendebarkan..aku terpaksa ambik cuti sebab terlalu takut untuk menghadapinya..mujurlah segala2nya habis dengan pantas..aku yakin dengan apa yang aku buat..cuma segala2nya terserah kepada ketentuan Allah..ada rezeki, InsyaAllah..

Pukul 10.30 semuanya selesai dan aku kembali ke ofis..walaupun bercuti aku tetap kena siapkan semua kerja2 aku yang masih terbengkalai..

So dalam pukul 2.30 pm..aku cadang nak balik umah...tapi aku plan nak pergi ke Bukit Raja jap..ada benda yang aku nak beli..tapi tak tahu lagi la..semuanya bergantung pada bajet..maklumlah hujung2 bulan macam nie..mana ada duit yang banyak sangat untuk membeli-belah..beli apa yang penting sahaja..Apa yang penting hepi..he he

Wednesday, May 20, 2009

Party Klik...

Gambar ni gambar dua tahun lepas..dah lama giler..tapi aku baru jer jumpa dan sajer masukkan kat sini..kalau aku tak masukkan dah tentu gambar nie akan terbuang begitu sahaja..aku pun dah tak ingat memori kat party nie tapi ada banyak jugak la game yang aku masuk..walaupun kalah, tapi tetap enjoy...

Aku satu kumpulan dengan Akma AF dan beberapa budak lain..walaupun baru pertama kali jumpa, tapi semuanya hepi dan enjoy!!

Inilah pengadilnya..Kak Intan dan Kak Yati..tapi macam tak adil jer sebab dalam pertandingan tu editor Klik, Kak Linda yang menang..pelik kan?

Besarnya lengan aku!!!

Tengah siapkan rekaan roti...memang sukar tapi menguji kreativiti kitaorang semua...

Nampak kat dalam gambar ni Alif AF dan beberapa peserta dari kumpulan lain. Tapi aku tak suka sangat dengan permainan ni sebab aku kalah lagik..tension!! he he

Inilah kumpulan aku..

Walaupun kalah tetap dapat banyak hadiah yang menarik..namapun event suka2 dan diadakan khas untuk menghargai pembaca Klik..tahun ni tak tahu lagi buat kat mana atau bila..kalau aktiviti tur menarik, boleh la joint lagik..he he

Macam2 Perangai Kawan2...

Hari nie aku nak bercerita tentang perangai kawan2 aku..setakat ni aku masih boleh handle lagi sebab kawan2 yang rapat dengan aku semuanya OK..tapi dalam persahabatan kalau sesekali ada masalah, itu adatlah..kalau tak ada masalah langsung rasa pelik la pulak...

Tapi apa yang aku nak cerita ni bukan tentang perangai kawan yang OK..tapi perangai kawan2 yang suka sangat buat spekulasi padahal dia tak tahu pun tentang keadaan yang sebenar. Lagi menyakitkan hati apabila spekulasi yang dia buat tu boleh menimbulkan kontroversi. Kontroversi tur pulak menyebabkan persahabatan aku dengan kawan yang OK tergugat..Memang tak adilkan!!! Tapi tak apa la, sebab aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Paling penting aku tak pernah berdendam dengan sesiapa dan berusaha untuk meneruskan hidup macam tak ada benda yang berlaku...malas nak fikir panjang2..cuma malam tadi aku fikirkannya dan ambik keputusan untuk tidak mahu berkawan lagi dengan orang yang dimaksudkan oleh budak tur...Paling jahat bila aku delete nombor phone budak tur daripada phone aku..sebab aku rasa betul2 tension...

Tapi lepas aku delete tur, bila aku fikirkan kembali aku rasa menyesal la pulak. Iyalah salah faham yang wujud bukan disebabkan oleh kami berdua tapi pihak ketiga yang terlalu gemar berprasangka buruk..so aku ambik keputusan untuk meneruskan persahabatan kami seperti biasa..sebab aku rasa budak yang suka cakap yang bukan2 tu ada masalah mental dan perlu dihantar ke kursus ESQ sekali lagi..he he...

Hari ni E MC sebab demam...sebenarnya dari petang semalam dia dah demam..cuma tak nak g klinik...aku rasa dia demam sebab dia banyak sangat berfikir kot..tapi aku doakan agar dia buat keputusan yang paling tepat dalam hidup dia dan jangan nakal2 lagi..

Restoran Puteri..

Masa ni kat Restoran Puteri kepunyaan Rubiah Suparman..Kak Intan yang cadangkan restoran ni sebab katanya sangat sedap..tapi memang betul tur..sangat lazat dan meletopssss...

Lepas kerja boleh la bergambar beramai2..

Dengan E..masa nie kitaorang saja nak bergambar sama..Nana yang ambik gambar nie...

Dengan Kak Ruby..dia nie memang baik dan sangat menyenangkan..semua kerja jadi mudah kalau dapat bekerjasama dengan Kak Ruby...

Pelbagai manakan yang aku makan..tapi yang paling sedap dan aku suka sudah tentulah siput sedut masak lemak..he he

Pelbagai juadah yang pastinya akan membuka selera pelanggan...

Tuesday, May 19, 2009

Potluck Kozambo...

Seperti yang aku janjikan..aku pun upload gambar2 masa potluck hari tur..memang meriah dan menghiburkan..masa nie semua perangai buruk budak2 dan mak2 budak keluar..he he

Bergambar sudah pasti menjadi aktivit dalam acara nie..pantang ada kesempatan..he he..mujurlah Jazlan memahami..so bila ada peluang..terus jer ambik gambar..

Tengah sibuk makan sebenarnya masa nie..tapi bila Jazlan halakan kameranya..dengan sendiri semuanya terus berikan pose paling cantik..memang ada bakal jadi model nie..

Dengan Yan yang kini berimej baru..Yan dapat frame gambar..tapi tak tahu siapa yang bagi..yang penting cute sangat!!!

Top 5 peserta yang menepati tema pada hari tur. Tapi pemenangnya sudah tentu Kak Yan yang berusaha membawa topi dan kain pario..memang meletopsss...

Gambar kenangan dengan semua peserta..he he..
Sesi bertukar2 hadiah..masa ni aku dapat hadiah jam comel dari Kak Seda..thanks...

Aku paling suka gambar nie..unik dan tersendiri..he he..Kak Rin, Nani dan Amy pun bertambah bijak memberikan gaya yang menarik..he he

Gambar ni bila tengok sendiri rasa malu la pulak..dah la duduk kat tengah2 dan siap menggayakan kaki macam tur..tapi bila ramai2 tengok..memang kelakar..sebab semuanya aku tak rancang..tak sengaja atau lebih tepat lagi..spontan..he he

Nampak boncit!! benci!!! Kena kuruskan badan sikit lagik nie...

Derma Darah Suria FM...

Sabtu lepas aku g event derma darah Suria FM yang diadakan kat Mydin Mall, Subang..aku g berdua dengan Nana jer..tapi aku tak tunggu sampai habis pun..sebab bila apa yang aku nak dah dapat..aku dengan Nana pun blah la..lagipun malam tur aku nak g konsert Final AF..

Dengan Myra..dia DJ kat Suria FM..aku dah lama jugak la kenal dia..dia OK cuma aku rasa dia nie bertambah kurus sekarang..best nyer kalau aku dapat badan macam dia..

Kat bawah tur pulak ada acara HItz 2 RTM..so aku dengan Nana pun terserempak dengan Yuna..dia nie pun jenis yang baik juga..aku paling suka tengok fesyen dia..walaupun ada yang kata agak pelik, tapi aku suka sebab unik dan tersendiri..paling penting bukan semua orang berani pakai yang macam mana dia pakai..he he..

Gambarnya lebih kurang sama dengan yang kat atas tadik..cuma pose jer sedikit berbeza..he he

Berdua dengan Yuna..Dan Sebenarnya..he he

Yuna ni tinggi la jugak..so aku kena menjingkitkan kaki aku supaya tak ketara sangat aku nie rendah..he he

Tak Larat La...

Sejak kebelakangan ni macam2 yang berlaku..aku pun tak pasti dan malas nak fikir sangat..apa yang penting sekarang nie teruskan kerja macam biasa...bukannya tak nak ambil tahu hal orang lain..tapi lebih baik kalau kita jaga hal sendiri..lagi best dan puas hati..

26hb semakin hampir..itu yang membuatkan aku lagi berdebar2..apa yang aku harapkan segala2nya akan berjalan dengan baik..aku kena la ambik cuti sebab aku rasa program yang aku ikut tur memakan masa yang agak panjang juga..mungkin dari pagi sampai ke petang...tunggu dan lihat jer la!!!

Sunday, May 17, 2009

Kejutan...

Macam2 kejutan hari ni yang berlaku..

Kejutan pertama sudah tentulah potluck kozamboo yang memang happening..paling best Tuan Haji pun datang memberikan sokongan..katanya dia suka semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh stafnya..baguslah..gara2 potluck aku makan tiga ketul daging ayam..so habislah diet aku..mujurlah aku tak bersarapan lagi pagi tadik..he he..gambar2 akan diupload petang nanti..jangan risau k..

Kejutan kedua..apabila kami diberitahu editor kami dah berubah..bukan lagi Meen tapi Kak Yati..tak tahu nak komen apa..just pasrah dengan apa yang berlaku..tunggu jer la..tapi yang pasti semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing2..so terima seadanya dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Kejutan ketiga..Own mungkin datang ofis aku jap lagi..nak bagi barang yang memang sangat2 aku perlukan..aku harap dengan bantuan dia aku akan lulus ujian pada 26 mei depan..ujian apa..biarlah rahsia..mungkin ujian memandu..he he..

Kejutan keempat...Internet tak boleh guna kat ofis nie..sedangkan aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan..sabar jer la..tambah mengejutkan apabila IT Department bagi tahu mungkin masalah ini akan berlarutan dalam masa beberapa hari..mesti stress...

Bila Mula Malas...

Tak tahu nak cakap apa bila perasaan malas mula menguasaim diri..tapi aku kena kuatkan semangat sebab esok dah mula kerja dan masih banyak kerja yang perlu disiapkan..aku rasa aku malas nie sebab sabtu dan ahad banyak sangat benda yang aku buat..tapi aku enjoy la jugak..

Malam ni aku rancang nak g tengok Mentor kat Dewan MBSA dengan Nana..tapi tak tahulah jadi atau tak sebab Nana pun diam jer..mungkin masih tidur lagik kot sebab malam tadik dia balik umah kol 3.00 am..

Aku sekarang tengah seronok berkawan dengan seorang budak nie..dia nie kelakar lah jugak..malam2 kalau ada masa kitaorang selalu ber SMS..malam tadik pun sama..sampaikan bila aku bangun tidur kol 6.45 am pagi tadi aku tengok ada SMS dari dia yang masuk kol 4.00 am..katanya baru sampai umah selepas makan maggie kat kedai..tapi jangan salah anggap sebab kami berdua hanya kawan biasa..seronok kawan dengan dia sebab dia ni lain sikit..apa yang penting mudah sangat nak mintak tolong dia kalau kita perlukan pertolongan...

Hari nie dia keluar dengan kawan2 dia..dia bagi tahu la jugak..cuma dah dekat kul 2.00 pm tadi dia masih belum makan lagi..sabar jer la..seronok sangat membeli-belah sampai lupa nak makan..he he..

Petang semalam kawan aku call..nama dia Nizam...dia tinggal kat Sunway..dah lama tak dengar cerita..sebelum ni aku pernah jugak sms dia tapi tak pernah berbelas..semalam dia call cakap dia dah tukar no phone..phone dia ada masalah..tu sebab dia tak boleh nak hubungi kawan2 lama dia..tapi ada cerita mengejutkan bila di bagitahu aku dia dah kahwin bulan 12 last year..sabar jer la..langsung taj ajak kawan2..katanya dia tak tahu cara nak hubungi..so aku maafkan dia dan dia juga cakap dia bakal jadi bapa tak lamalagi..tahniah..

Wednesday, May 13, 2009

Jom Shopping...

Semalam aku, Harry dan Trisha pergi shopping kat Jusco, Bukit Tinggi, Klang. Ada hari J Card dan kebanyakan barang2 yang dijual murah2 belaka..paling best semuanya ada diskaun sehingga 70%..aku mulanya tak nak beli apa2 sebab bajet untuk bulan ni dah ala2 nak lari..tapi bila sampai kat situ rasa rugi pulak sebab ada beberapa barang yang aku betul2 suka dan harganya pulak agak murah..so aku pun 'terbeli' sehelai seluar jeans dan seluar pendek..kedua2nya warna putih..aku cerita la kat Wanie aku beli jeans putih, tapi katanya kalau lelaki yang pakai nampak macam 'gedik' jer...aku pun malas nak fikir dan akan tetap nak pakai..lantaklah orang nak fikir apa pun.. he he...

Malam tadi aku bagi tahu la Wanie yang aku ada nampak macam ada beberapa produk yang dia nak, dijual dengan harga yang murah..akibatnya dia ajak aku pergi sekali lagik hari ni..aku ok jer sebab kerja semuanya dah siap..nak enjoy la pulak..tapi aku janji pada diri sendiri tak nak beli apa2 hari nie..sebab duit semakin berkurangan..lagipun 23 Mei dan 6 Jun depan, aku kena balik kampung..ada kenduri kahwin..so semua tur nak guna duit jugak.. he he..

Lakonan Pecah + Rompak...

Sesiapa yang tengok kitaorang kat kawasan parking masa nie mesti kelakar habis..maklumlah kitaorang bertiga nie..Yan dan E terutamanya tengah shooting untuk satu artikel..tapi masa kerja semuanya kena serius...Walaupun dah cuba nak serius, tapi Yan tetap ketawa besar..katanya ini pengalaman pertama dia berlakon..so dia masih perlukan masa dan ruang untuk sesuaikan diri..E pula cuba sedaya upaya untuk menjiwai karektor yang dibawanya..tapi kadang2 menjadi dan kadang2 Ado..he he...

Lepas habis shooting..kita pun mulakan la sesi penggambaran nie..memang agak kelam labut sebab Nana yang bertindak sebagai jurugambar langsung tak bagi arahan...semuanya kena pandai2 sendiri...
Yan menggayakan beg tangan Wanie yang digunakan sebagai props utama..kalau tak ada beg tangan tur..semua lakonan kitaorang tak akan menjadi..he he..

E ala2 samseng dan Yan pulak cukup sangat Muslimah dengan gayanya yang baru..aku macam biasa jer..cuma sengaja pakai baju warna pink sebab malas nak iron baju malam tadik..

Gaya bebas katanya..entahlah masa ni apa yang penting semua kerja2 kitaorang dah selesai.. he he..tahniah Yan dan E sebab berjaya dalam percubaan pertama ni..

Tuesday, May 12, 2009

Banyak Kerja...

Hari ni kepala pening sikit..sebab banyak kerja..akibatnya aku makan tengahari dengan Mizi, Sudyr dan beberapa orang kawan lain..aku makan nasi segenggam dan ikan masak kicap serta sedikit sambal belacan..rasa sedap jugak tapi aku elakkan ambik nasi banyak2..nanti aku gemuk pulak..dah la aku nie rendah.. he he

Petang atau malam ni, lepas kerja aku, Trisha dan Harry nak g Bukit Tinggi, Klang..ada jualan murah katanya..tapi tak tahu la lagi nak beli apa sebab duit pun bukannya ada sangat sekarang ni..sebab baru ni sewa lori untuk hantar barang2 kat kampung...

Hujung minggu ni pulak ada beberapa program yang aku nak pergi..tapi yang paling ditunggu2 sudah tentulah birthday party emak Trisha..konsepnya pula tradisional dan kekeluargaan..party akan bermula pada pukul 8 pm tapi untuk kenalan terdekat dialu-alukan datang lebih awal..tak sabar nak makan Harry punya salad..mesti sedap sangat....

Monday, May 11, 2009

Hot FM Mini Jam...

Sabtu lepas aku pergi ke Hot FM Mini Jam yang diadakan di Bukit Tinggi, Klang. Aku g sana dengan Harry, Abu dan Trisha..Masa tur sajer pergi sebab bosan duduk kat rumah dan kebetulan event tur tak jauh sangat dari rumah kitaorang..Tapi yang tak best nuer sebab tak ada sapa pun yang bawa kamera..akibatnya terpaksalah Trisha bergambar menggunakan kamera handphone jer..lagi teruk bila dia forwardkan gambar2 tur kat aku dan bila aku nak download, tak boleh pulak..tension sangat2..kalau tak mesti dapat tengok gambar Trisha bergambar dengan selebriti kesayangannya seperti Dayang Nurfaizah, Fara Fauzana dan penyampai2 radio HOT FM yang lain...

Punyalah ramai orang yang hadir dan dianggarkan lebih kurang 7 ribu warga Klang membanjiri lokasi berkenaan..lepas habis jer konsert, aku dan kawan2 aku masuklah Jusco dan aku tengok semua orang pun sama..melepak dalam Jusco..maklumlah ada aircond..Tapi memang tak dinafikan keadaan cuaca memang sangat panas terik..habis badan basah sebab berpeluh..sabar jer la..

Aksi Dayang memang meletop setiap kali mengadakan persembahan..Pada hari tersebut Dayang menyanyikan lagu Survivor dan Luka..menjerit2 la peminat si Dayang ni nak bergambar dengannya..dengar cerita sejak tengahari lagi Dayang dah berkumpul kat situ untuk menjayakan beberapa program yang telah diatur..cayalah Dayang!!!

Kelainan Adi Sixth Sense..selalunya peminat yang ambik gambar dia..tapi kali Adi yang ambik gambar serta rekos kelakuan peminatnya..tapi tak lama sebab kamera tur habis bateri..kesian kan..he he..

Tak Ada Alasan...