Tuesday, February 2, 2010

Bina Insan Guru...

Ini semua merupakan gambar2 aku dan kawan2 masa mengikuti program Bina Insan Guru atau BIG yang diadakan di UPSI baru2 ni..masa ni memang banyak pengalaman baru yang berjaya dikutip. Tapi apa yang paling best sudah tentulah dapat berkenalan dengan kawan2 baru dan menambahkan keyakinan diri untuk bergelar sebagai seorang guru pada masa yang akan datang. Maklumlah kebanyakan daripada kami semua tak ada pengalaman dalam bidnag perguruan memasuki bidang ini atas dasar minat dan cita-cita semata-mata. Jadi bila adanya program ini barulah kami sedar bahawa tugas sebagai pendidik sememangnya tidak mudah...

Waktu rehat..Fatma sibuk nak menyanyi dan yang lain2 seperti biasa la..sesi bergambar di mana-mana sahaja..tak kira masa..he he

Tak sangka Zan (yang botak tur) pandai menyanyi..dalam kumpulan aku dia jadi ketua yang paling sporting la..sebelum program ni aku tak kenal pun dia walaupun dia duduk area umah aku jer..bila dah kenal dalam program BIG ni kalau kat umah atau dewan kuliah..bila terserempak mesti tegur punya..dia ni bakal guru IT dan banyak membantu la masa program tersebut dijalankan...

Group 4 yang paling happening..siap ada tepuk2 sayang dan tepuk2 terima kasih lagik..he he..sesekali jadi budak2 memang best..tapi pelik...he he

Bersama Zan dan Diana..kiranya diaorang ni kawan2 baru aku kat sini la..

Program ni berlangsung di dalam beberapa dewan..aku kena kat Dewan Rahman Talib (DRT)..so best jugak la..kat sini jer ada lebih kurang 200 bakal guru yang dikumpulkan...memang kecuh tapi seronok...

Kawan2 baru aku yang lain..ada jugak yang tak sempat nak ingat nama..tapi kalau tengok muka..masih boleh ingat lagik..

Oleh kerana golongn lelaki semakin sikit..so setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan dua orang lelaki..he he

Sesi ceramah di malam hari..sejuk tapi seronok dengar Ustaz Zul bercerita...

Muka berkilat selepas melakukan aktiviti luar...tapi puas hati..walaupun dapat nombor 7 atau 8 dari 10 kumpulan..he he

Selepas penat bekerja dan panas..kami semua disuruh minum tea o panas yang agak pahit..tapi itulah yang dinamakan cabaran..so telan jugaklah sampai habis..he he

Sibuk membersihkan kerusi di sebuah restoran..kiranya inilah tugasan yang kami dapat..dan berjaya dilakukan dengan baik..he he

ceria dalam panas...he he..

1 comment:

  1. waaaa happening btul nie.. bgus2...
    btw, slam perkenalan... ;)

    ReplyDelete