Friday, September 11, 2009

Orang Bujang...

Sebenarnya aku memang dah biasa dengan kehidupan bujang..sebab sebelum ni pun aku tinggal di Klang bersama kawan2 yang semuanya bujang...cuma bila ada yang kahwin, terpaksalah mereka berpindah untuk cari rumah yang lebih sesuai dengan kehidupan berkeluarga..kat Tg. Malim ni sebenarnya aku tak pernah menyangka pun akan menjalani kehidupan bujang sebegini..kalau kat Klang dulu, aku bekerja dan boleh la menghias rumah mengikut kemampuan..tapi di sini, aku cuma harapkan elaun jer..so rumah bujang aku pun biasa2 jer sesuai dengan status aku sebagai seorang pelajar..he he..dalam gambar kat atas ni aku bersama Sam atau Zahari..dia ni muda lagi, 25 tahun dan berasal dari Kuala Krai, Kelantan...aku kenal dengan dia masa kat Tg. Malim ni la..masa mula2 dalam kelas, tak adalah tegur sangat..bila dah dua bulan belajar sama2..barulah kitaorang kawan...kalau tak ada apa2 aral, dia mungkin akan kahwin tahun depan..moga2 dia sentiasa bahagia dengan kehidupan dia la..masa gambar nie diambil, dia datang umah aku untuk lepak dan dalam masa yang sama download beberapa filem yang aku dan Hasif mintak..kalau ada mas alapang bolehlah tengok..tapi sampai sekarang aku tak ada masa lagi untuk menonton filem2 yang diberinya itu...

Kawan baik dan kawan gaduh!!! masa mula2 kenal dia ingatkan dia ni sombong..maklumlah muka dia nie agak serius sikit..tapi bila dah kenal dan duduk sebilik, dia sangat OK dan memahami...tapi walaupun dia ni OK, ada jugak mulut2 jahat yang suka sangat mengutuk aku dengan dia...tak penah senang tengok kegembiraan orang lain...

Sam yang bermata sepet..dia ni sebenarnya pakai cermin mata dan tahap kerabunannya agak teruk la jugak..kalau tak pakai cermin mata, dia tak berapa nampak dan matanya akan kelihatan seperti terpejam..bila nak ambik gambar, kena suruh dia bukak mata dan dia akan cakap..."mata dah bukak la ni.."..he he

Muka serius la konon..tapi hakikatnya dua2 suka gelak dan buat lawak..he he..masa ni Sam dijamu dengan karipap berbuka puasa, air kosong, jeruk mangga dan kuih raya yang dibawa dari kampung..walaupun kekenyangan, dia kena paksa makan jugak sampai habis..selalunya Hasif yang kena paksa, tapi malam tur ada Sam, so aku ada la mangsa baru..aku memang tak suka tengok makanan berlebihan kat umah aku..semuanya mesti dihabiskan..he he

Sibuk buat web..untuk kelas lab..sangat susah dan mujurlah budak ni rajin nak membuatnya..thanks hasif..nanti aku belanja hang makan k..

walaupun murah..benda2 nie semua banyak berjasa pada kami berdua..he he

Alamak..nampak aurat la pulak..Ziha pun dah cakap..so lain kali kena lebih berhati2..sebab masa ni dalam bilik jer...cuma kalau boleh tak nak la tayang percuma kat orang lain..he he

Tak faham la dengan muka Hasif tur..kenapa dia buat macam tur..bila ditanya, katanya style..so aku diam jer la..lagipun dia baru berumur 25 tahun dan masih muda lagi..dia ni suka main2 sikit..tapi kalau tiba bab kerja, dia memang serius dan tak suka buang masa..kadang2 aku malu jugak la..sebab benda2 yang melibatkan teknologi aku tak berapa pandai..prinsip hasif ni pulak, kalau tak tahu cakap tak tahu dan jangan sekali-kali buat2 tahu..sebab akhirnya dia akan tahu jugak dan akan mengamuk..he he

inilah Nazrul..sorang lagi kawan serumah..asal Gombak dan setiap minggu akan balik kampung..dia ni ok jugak cuma sejak kebelakangan ini jarang ada dalam bilik..kena siapkan assingment kat bilik kawan dia..budak seni dan snagat pandai melukis..he he..Setakat ni kami tak pernah berbuka puasa sama lagik..sebab masing2 sibuk dengan pelbagai aktiviti..minggu depan dah raya..so selamat hari raya jer la untuk Nazrul..he he

No comments:

Post a Comment