Saturday, September 5, 2009

15 Ramadan...

Hari ini dah masuk 15 Ramadan..tak sedar pun sebab hari2 ada aktiviti yang perlu dibuat...syukur sebab sampai ke tahap 15 Ramadan ni puasa aku masih kebal bertahan..esok lusa pun aku harap aku masih mampu untuk bertahan..maklumlah duduk bujang memang banyak dugaannya...apatah lagi sekarang ni elaun yang dijanjikan masih belum diterima..dengar cerita selepas hari raya barulah semua elaun tur akan diagihkan kepada pelajar..kalau betullah seperti apa yang diperkatakan..maksudnya perancangan untuk aku membeli belah sempena hari raya terpaksa diabaikan..sedihnya...

Tapi di sebalik apa yang berlaku mesti ada rahmatnya..mungkin dengan tiadanya elaun tersebut, dia mengajar aku menjadi lebih berhemah dan berjimat ketika berbelanja di bulan Ramadan ni..maksudnya benda2 yang tak patut dibeli tak perlulah dibeli...tapi aku kesian kat kawan2 aku yang tak ada duit untuk berbelanja..akibatnya terpaksa makan maggie untuk bersahur dan berbuka puasa..sangats edih tapi aku sendiri tak mampu untuk menolong mereka..malah selama dua bulan lebih di sini, ada di antara kawan2 aku yang masih belum berpeluang untuk balik ke kampung sebab tiada duit..maklumlah balik kampung pastinya memerlukan wang untuk perbelanjaan..tiket dan belanja...semuanya mengharapkan elaun masuk sebelum hari raya...apapun aku harap kawan2 aku mampu bertahan..amin!!!

No comments:

Post a Comment