Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa...

Meriah!!! Itulah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan keadaan majlis berbuka puasa yang telah diadakan baru2 ini. Daripada 90 pelajar, majlis ini berjaya mengumpulkan lebih 80 orang pelajar..malah walaupun ada yang berbangsa India dan Cina tetap hadir memberikan sokongan dan menyerikan majlis. Pujian wajar diberikan kepada Mell dan Aisyah..walaupun majlis ini dirancang disaat2 akhir namun ianya berjaya dijalankan dengan lancar..tapi kalau dapat jemput kesemua pensyarah yang mengajar kita, mesti lagi best dan meriah...tapi inikan majlis untuk kita2 jer..he he

Ikan yang bakal menjadi mangsa...ikan ni sedap tapi oleh kerana menunggu masa untuk berbuka, ikan ini sudahpun sejuk..walaupun sejuk aku berjaya menghabiskan dia kepala ikan..he he..malam tur Joe bagi peluang pada aku sedut kepala ikan ni puas2..

Teka lengan siapa? Inilah lengan laily yang sentiasa sibuk ketika majlis tersebut dijalankan...tapi kehadiran laily memang berjaya memeriahkan majlis..lagi gamat bila dia duduk semeja dengan aku, hasif, joe, juue dan kak nah..macam majlis tur kitaorang yang punya..Laily ni jugak dulu penari sebelum sambung belajar di UPSI..itulah sebabkan kalau dengar jer lagu..tubuhnya akan terus bergerak mengikut irama..lagu yang disukainya sudah tentulah dangdut..he he

Udang goreng tepung dan kurma tur pun sedap jugak..air tembikai paling sempurna sebab semua orang dahagakan kasih sayang..he he

Kalau dalam kelas inilah kawan2 baik dan kawan2 gaduh aku..Hasif ni budak Perlis dan rakan sebilik aku..sangat bijak dalam bidnag mengedit gambar dan seorang jurufoto sambilan..sesiapa yang nak ambik gambar kahwin, bolehlah jumpa dia..harga boleh dirundingkan..kat belakang tur dari kiri adalah Kak Yatie..berasal dari Pulang Pinang dan sudah bertunang dengan lelaki dari Kelantan..yang tengah tur pulak Kak Umi..dah bertunang jugak dan bakal bergelar isteri pada hari raya kedua ini..so sekarang ni tengah teruk berdebar la..yang tepi sekali tu pulak Ziha..dia ni muda lagi dan paling putih antara semua..berasal dari Kedah dan mempunyai kepakaran menjahit. baju Melayu aku tahun ni pun dia yang jahitkan..thanks Ziha

Bergambar kenangan dengan kawan2..sebenarnya ada banyak lagi gambar2 yang lain..tapi semuanya dalam kamera orang lain..so terpaksalah tunggu mereka menguploadnya..tak sabar nak tengok dan komen la..harap2 aku tak kelihatan gemuk..he he

Walaupun apa terjadi..kitaorang semua memang suka bergambar..so bila ada peluang tur memang tidak akan dilepaskan..thanls Hasif sebab bawak kamera dan aku boleh bergambar..kamera aku rosak dan dapat elaun nanti baru nak beli yang baru..sekarang belum ada duit lagi la..

Nampak padan pulak Joe dengan Aisyah dalam gambar nie..Joe berasal dari Negeri Sembilan, manakala Aisyah dari Klang, Selangor...Aisyah ni ketua kelas untuk subjek Sekolah & Masyarakat manakala aku pulak pembatunya..he he..Joe pulak ketua untuk Ko-K..padan kan..he he..main2 jer la...

No comments:

Post a Comment