Monday, June 22, 2009

Band Indie Di Menara KL...

Masa nie kitaorang g PC 20 Band Indie bakal gegarkan menara KL pada 3 dan 4 Julai depan..memang menarik bunyinya event nie..tapi aku tak pasti macam mana kemeriahannya sebab ada jugak band indie yang kitaorang tak kenal..tapi bila tengok 20 band yang datang, aku rasa diaorang semua macam ada style sendiri dan agak similir..namapun band indie..he he

Ini antara aksi band indie yang kitaorang buat..masa nie aku dengan Aida, Zahrin dan E..memang cantik pemandangan dari Menara KL nie...Nana pulak tu yang ambik gambar..lagi la happening..tapi kesian jugak kat dia sebab sampai berpeluh2 walaupun di tengah2 kedinginan aircond..he he
Bergambar kenangan dengan kawan2 lain yang datang...walaupun nampak gelap, sebenarnya cuaca cerah..Nana sengaja buat teknik macam tur...

Gaya bebas..tengoklah macam2 gaya ada..paling hebat sudah tentulah E dan Sudir yang ala2 pasangan kekasih kat situ..he he

Aku dengan E..kitaorang kalau g mana2 event mesti akan bergambar sama..kalau korang perasan ada banyak lagi gambar kitaorang berdua..Sebelum nie E 'slow' sikit sebab ada pengalaman pahit yang dia lalui baru2 nie..tapi sekarang dah semakin OK dan aku harap keadaan Ok itu akan berterusan sampai bila2...

Aku dengan Aida..ini sebenarnya nak main2 jer...tak sangka pulak Nana simpan gambar nie..so sebagai tanda kenang-kenangan aku masukkan gak...

Yang tengah tur wartawan Remaja, Wan Ernie..walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki..dia tetap enjoy bila buat kerja..Dia jarang gak g event hiburan, tapi bila ditugaskan, dia cuba melakukannya sebaik mungkin...mujurlah ada Aida yang suka membantu...

Aku dengan Aida sendiri tidak tahu apa motif gambar nie...tapi kira Ok la sebab pemandangan kat belakang tur KLCC..cantik la jugak daripada aksi kitaorang yang pelik nie..

Kononnya bergaya dengan gaya tersendiri..tapi aku tengok macam tak menjadi jer..he he..sabar jer la Aida dan cik Wan..korang berdua tur memang tak macam gadis indie pun..he he

No comments:

Post a Comment