Sunday, June 28, 2009

Thanks Mama (Dara.com)...

Gambar nie diambil menggunakan kamera Mama secara tidak sengaja..dia baru jer kuar dari bilik grooming dengan finalis Dara.com dan terus jer bergambar dengan kitaorang..buat kenang-kenangan katanya..Mama yang aku kenali memang bagus, rajin dan sanggup buat apa sahaja untuk keluarga..dia ni jugak tempat kawan2 melepaskan rasa hati bila ada masalah..itulah sebabnya kitaorang panggil dia Mama sedangkan nama sebenar dia Aida Rofiza...thanks Mama..kenangan dengan Mama tak akan dilupakan sampai bila2..miss u so much...

Setiap kali bergambar kitaorang memang ada style sendiri..aku suka mengiringkan sikit badan supaya tak nampak gemuk..walaupun ramai kawan2 yang cakap aku ni dah kurus..tapi aku masih nak kuruskan badan aku lagi..obses sangat dengan berat badan..tapi aku tak adalah amalkan diet melampau atau muntahkan kembali makanan yang aku dah makan..cuma kurangkan makan nasi dan jarang makan malam..itu jer...

Dengan Mizi, Ika dan Mama..Mizi dengan gaya lelaki la..Ika tetap women dan Mama dengan cara yang sederhana..sesuai dengan majalah yang dia buat..tak boleh ever sangat..nanti pembaca lari katanya..he he

Lepas nie bila lagi agaknya dapat bergambar dengan kawan2 macam nie..memang la hubungan kawan tak akan putus..tapi bila dah berjauhan dan masing2 sibuk..sudah pasti ikatan yang erat akan menjadi sedikit renggang..harap2 jangan la begitu..

Bersama Sudirman, Ika dan Mizi...antara kawan2 yang selalu bergaduh dengan aku kat ofis..tapi tak lama la..just nak bangkitkan mood..sesama ratu mana boleh bergaduh lama2..tapi ada seorang kawan kat ofis ni yang sudah dikenal pasti sebagai penipu..dia sangat bijak berlakon untuk mendapatkan keuntungan peribadi..tapi dia taks edar industri ni kecik sahaja dan bila2 masa boleh kantoi..akhirnya semua orang tahu dia menipu tapi malas nak dedahkan..tapi sampai sekarang budak tur masih tetap mempertahankan penipuannya..sabar jer la..nasib baik dia cantik..he he
Inilah ofis aku..lepas ni hanya tinggal kenangan sebab aku akan mulakan kehidupan baru..aku memang takut dan risau..tapi kalau hidup tak ada cabaran, rasa macam tak best la pulak..so terima cabaran sebagai peluang untuk memajukan diri pada masa yang akan datangt..memang sayang nak tinggalkan kerjaya yang sudah hampir lima tahun aku bina..tapi aku tak ada pilihan demi kehidupan yang lebih menjamin masa depan aku..aku harap semua kawan2 akan mendoakan kejayaan aku...

No comments:

Post a Comment