Wednesday, June 24, 2009

Sg. Sedim, Kedah...

Ini sebenarnya gambar lama dan aku baru jer jumpa gambar nie..Paling penting aku suka dengan keadaan kat sini dan pelbagai aktiviti lasak yang dilakukan. Walaupun pihak media, kami diberi kesempatan untuk melakukannya bersama2 peserta yang lain..memang best!!!

Ini selepas aku dan kawan2 lain turun daripada tali dari atas jambatan tur..tengoklah baju kitaorang, basah lencun!! Abang bomba ni pulak serius jer mukanya..tapi dia sangat baik hati tau..he he..rajin melayan karenah kitaorang...

Pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila2..memang ngeri pada mulanya tapi bila dah ddalam proses turun, sangat best dan bebas!!!

Saat2 mengerikan..masa ni muka pun pucat lesi..tapi terpaksa buat2 ok..he he

Walaupun senyum tapi dalam hati Tuhan jer yang tahu betapa takutnya aku..beberapa kali aku cakap kat abang bomba tur..pegang elok2 sebab aku takut jatuh...

Saat ngeri yang sukar untuk aku gambarkan...tengoklah betapa ramai abang bomba yang pegang aku dan peralatan yang mereka gunakan..sekarang aku memang respek dengan kerja dioarang..rajin dan sentiasa buat yang terbaik untuk masyarakat!

Aku sempat jugak melawat tempat nie..tinggi sangat dan kitaorang ala2 berjalan di atas pucuk2 pokok..antara pengalaman baru yang menarik...

Abang bomba ni selalu jadi mangsa kitaorang..yang buat 'peace' tur namanya Panjang..dia dapat nama mungkin kerana susuk tubuhnya yang tinggi kot..Makan nasi bungkus pun ok..sebab memang dah lapar masa tur...

Di mana2 sahaja aku dengan Diana mesti bergambar..buat kenang-kenangan..he he..lagipun bukan selalu dapat g Sg Sedim ni..

Itu Jhaka, penerbit program Misteri Nusantara kat TV3..dia memang baik dan berasal dari Indonesia..
18350 dari aras laut...

Acara bergambar lagi...Gambar nie Jazlan yang ambik..dia pun Ok sebab masa nie dia budak praktikal..sekarang dia dah jadi staff..harap2 perangai dia tak berubah k..

Panjang ni memang suka dengan ular..nampak kat muka aku, muka orang tengah geli..tapi demi bergambar aku beranikan diri jugak..he he

Kat belakang tur namanya Megat..masih muda tapi dah maju sebagai seorang kontraktor..katanya dia memang minat dengan aktiviti lasak dan dah macam2 sungai kat Malaysia ni yang dia redah..tengok tur..siap ala2 nak pukul aku pulak..hu hu

Inilah Jazlan yang tengah asyik mengambil gambar..Diana yang ambik gambar nie..

Lagi gambar Jazlan..

Ini merupakan antara pengalaman paling best aku nak cerita..masa nie aku dengan Diana g kat kereta..tak sangka pula tayar kereta kitaorang pancit..aku dengan Diana masing2 tak tahu macam mana nak tukar tayar tur..akibatnya kitaorang buat muka tak malu minta tolong ababng bomba yang kebetulan ada kat situ sebab mengendalikan satu kes lemas..mujurlah diaorang ada dan sudi membantu..jasa baik anda semua tak akan kami lupakan..thanks sangat2..

No comments:

Post a Comment