Sunday, June 28, 2009

Erti Persahabatan...

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata...
Saat tangan terluka, mata menangis...
Saat mata menangis, tangan pula akan menghapuskannya...

Doa Pagi...

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur seberkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus hikmahnya dan memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...

Thanks Mama (Dara.com)...

Gambar nie diambil menggunakan kamera Mama secara tidak sengaja..dia baru jer kuar dari bilik grooming dengan finalis Dara.com dan terus jer bergambar dengan kitaorang..buat kenang-kenangan katanya..Mama yang aku kenali memang bagus, rajin dan sanggup buat apa sahaja untuk keluarga..dia ni jugak tempat kawan2 melepaskan rasa hati bila ada masalah..itulah sebabnya kitaorang panggil dia Mama sedangkan nama sebenar dia Aida Rofiza...thanks Mama..kenangan dengan Mama tak akan dilupakan sampai bila2..miss u so much...

Setiap kali bergambar kitaorang memang ada style sendiri..aku suka mengiringkan sikit badan supaya tak nampak gemuk..walaupun ramai kawan2 yang cakap aku ni dah kurus..tapi aku masih nak kuruskan badan aku lagi..obses sangat dengan berat badan..tapi aku tak adalah amalkan diet melampau atau muntahkan kembali makanan yang aku dah makan..cuma kurangkan makan nasi dan jarang makan malam..itu jer...

Dengan Mizi, Ika dan Mama..Mizi dengan gaya lelaki la..Ika tetap women dan Mama dengan cara yang sederhana..sesuai dengan majalah yang dia buat..tak boleh ever sangat..nanti pembaca lari katanya..he he

Lepas nie bila lagi agaknya dapat bergambar dengan kawan2 macam nie..memang la hubungan kawan tak akan putus..tapi bila dah berjauhan dan masing2 sibuk..sudah pasti ikatan yang erat akan menjadi sedikit renggang..harap2 jangan la begitu..

Bersama Sudirman, Ika dan Mizi...antara kawan2 yang selalu bergaduh dengan aku kat ofis..tapi tak lama la..just nak bangkitkan mood..sesama ratu mana boleh bergaduh lama2..tapi ada seorang kawan kat ofis ni yang sudah dikenal pasti sebagai penipu..dia sangat bijak berlakon untuk mendapatkan keuntungan peribadi..tapi dia taks edar industri ni kecik sahaja dan bila2 masa boleh kantoi..akhirnya semua orang tahu dia menipu tapi malas nak dedahkan..tapi sampai sekarang budak tur masih tetap mempertahankan penipuannya..sabar jer la..nasib baik dia cantik..he he
Inilah ofis aku..lepas ni hanya tinggal kenangan sebab aku akan mulakan kehidupan baru..aku memang takut dan risau..tapi kalau hidup tak ada cabaran, rasa macam tak best la pulak..so terima cabaran sebagai peluang untuk memajukan diri pada masa yang akan datangt..memang sayang nak tinggalkan kerjaya yang sudah hampir lima tahun aku bina..tapi aku tak ada pilihan demi kehidupan yang lebih menjamin masa depan aku..aku harap semua kawan2 akan mendoakan kejayaan aku...

Kecantikan Wanita...

Kecantikan wanita

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Tahukah? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

Pendek Tapi Penuh Makna...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,

Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Malam Kenangan...

Bila aku, E dan Diana tengok gambar nie mesti kitaorang gelak..he he..sebab gambar ni kelakar sangat..tambah kelakar bila gambar nie diambik oleh bukan jurugambar profesional..gambar ni sebenarnya diambik tiga tahun lepas..tu sebab jadi kelakar bila tengok sekarang..aku dah lama cari gambar nie dan aku hanya jumpa tiga keping jer..kalau E dan Diana tengok dalam blog nie mesti diaorang marah..tapi lantak la..ini semua untuk kenangan kita jugak..hak hak haka...

Pelik tapi benar..aku sendiri tak faham dan tak pasti kenapa aku sanggup berpakaian macam nie tiga tahun lepas..mungkin inilah gaya terbaik aku masa tur kot...tak masuk akal langsung..he he

Lantaklah orang nak cakap apa..yang penting kitaorang hepi masa tur..lagipun kitaorang just nak enjoy dan datang dengan tema yang ditetapkan iaitu hitam dan putih..Diana beli baju tur kat OU..baju E aku tak pasti dan baju aku dibeli kat Bukit Tinggi jer..aku g beli dengan Yus MH..dah terdesak..tak ada masa dan tak ada duit..

Gaya seksi Diana..tapi sekarang dah tak macam nie lagi gaya diaorang..masa ni budak2 lagi..tapi sekarang dah semakin matang..Diana pun dah nak kahwin dengan Zafir tahun depan..moga berbagia dan kalu aku cuti mesti aku turun Kuantan punya..

Wednesday, June 24, 2009

Kisah Penjual Tempe...



Kisah penjual tempe...
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah.
Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya.

Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar,tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Bersama Selebriti 2...

Kebanyakan gambar2 nie diambil masa ABPBH tahun lalu..memang gambar lama tapi dia ada sentimental value pada aku yang tak lama lagi akan meninggalkan bidang nie..masa nie memang seronok dan hepi...Tapi kehidupan perlu diteruskan dan hanya gambar2 ni yang akan menjadi kenangan pada aku...
Niki yang memang baik dan happening..tak lama lagi dia dah nak kawin dan aku rasa tak dapat pergi la sebab aku dah ada kerja lain yang nak dibuat..

Bersama rakan2 lain yang turut hadir membuat liputan dan memeriahkan acara..Bard masa nie bertugas ambik gambar..tapi dia tak ada pun ambik gambar aku sebab dia bz dengan kerja2 dia..

Bersama Ifa Raziah...sekarang bukan sahaja menjadi penyanyi..tapi pelakon, pengacara, duta produk dan usahawan..
Ryzal Jelatang..he he
Sherry Ibrahim..dah lama aku tak jumpa dia nie..mungkin bz dengan penggambaran drama baru agaknya...
Sazzy Falak..masa nie konsep kitaorang ceria..so kenalah senyum seluas mungkin...Sekarang dia ni jadi pengacara Ohh La La

Scha yang sedikit sedih pada malam itu..sebab apa? biarlah hanya mereka yang berada di situ sahaja yang tahu..
Betapa cantiknya Nora Danish walaupun baru sahaja lepas pantang...

Kisah Kaisara yang cute..atau Sariyanti..dia nie memang kecik..tapi bila bercerita dengan pihak media, memang meriah dan senang nak bekerjasama dengan dia..

Calvin Thoo..antara pereka pakaian yang aku paling suka sebab dia ni tak sombong langsung walaupun popular..tapi masa aku jumpa dia, dia nampak sedikit berisi berbanding dulu dan dia juga mengakuinya..harap2 lepas nie banyak lagi baju rekaannya yang cantik akan keluar..

She...dia memang ayu dan cantik..

Bersama Maya Karin yang memang meletop dan hebat!!
Sheila pun ok jugak..aku selalu jugak jumpa dan borak dengan dia..walaupun masih muda, tapi dia ni bijak bawak diri..
Amir Lokman yang berani..gayanya memang menyerlah setiap kali menghadiri apa jua majlis..

Bersama Marsha..

Kamal BioNik..dia memang ok..setiap kali jumpa dia mesti salam dan tak buat muka sombong..aku percaya kalau dia terus dengan sikapnya itu dan tak terlalu memilih, dia boleh pergi jauh lagi dalam dunia seni ni..tapi kalau pelakon tur kekwat..pendek umurla jawabnya..he he
Ika, Sarah, aku dan Jemang..kitaorang memang baik dengan si Sarah ni..tak lama lagi dia nak g ke Hollywood dan aku harap dia akan berjaya macam Noryn Aziz gak..

Wani, Ika, Fadhilah dan Kak Shana..sebelum g ke majlis, kitaorang lepak makan dulu..Walaupun sejuk, Wanie tetap berani tayang lengan dan dada..

Masa ni kat PD..dia ada shooting drama Sebumbung...

Anuar Zain yang bukan sahaja cute tapi punya suara yang hebat..aku suka dia sebab bila dia menyanyi memang nampak kesungguhannya..tak macam sebuah konsert yang aku pergi bila ramai sangat penyanyi yang lupa lirik..

Fasha Sandha yang baik hati...Walaupun pelbagai kontroversi, aku tetap rasa dapat rasakan dia seoarang yang baik. Apa yang dilakukannya mesti ada sebab...

Sg. Sedim, Kedah...

Ini sebenarnya gambar lama dan aku baru jer jumpa gambar nie..Paling penting aku suka dengan keadaan kat sini dan pelbagai aktiviti lasak yang dilakukan. Walaupun pihak media, kami diberi kesempatan untuk melakukannya bersama2 peserta yang lain..memang best!!!

Ini selepas aku dan kawan2 lain turun daripada tali dari atas jambatan tur..tengoklah baju kitaorang, basah lencun!! Abang bomba ni pulak serius jer mukanya..tapi dia sangat baik hati tau..he he..rajin melayan karenah kitaorang...

Pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila2..memang ngeri pada mulanya tapi bila dah ddalam proses turun, sangat best dan bebas!!!

Saat2 mengerikan..masa ni muka pun pucat lesi..tapi terpaksa buat2 ok..he he

Walaupun senyum tapi dalam hati Tuhan jer yang tahu betapa takutnya aku..beberapa kali aku cakap kat abang bomba tur..pegang elok2 sebab aku takut jatuh...

Saat ngeri yang sukar untuk aku gambarkan...tengoklah betapa ramai abang bomba yang pegang aku dan peralatan yang mereka gunakan..sekarang aku memang respek dengan kerja dioarang..rajin dan sentiasa buat yang terbaik untuk masyarakat!

Aku sempat jugak melawat tempat nie..tinggi sangat dan kitaorang ala2 berjalan di atas pucuk2 pokok..antara pengalaman baru yang menarik...

Abang bomba ni selalu jadi mangsa kitaorang..yang buat 'peace' tur namanya Panjang..dia dapat nama mungkin kerana susuk tubuhnya yang tinggi kot..Makan nasi bungkus pun ok..sebab memang dah lapar masa tur...

Di mana2 sahaja aku dengan Diana mesti bergambar..buat kenang-kenangan..he he..lagipun bukan selalu dapat g Sg Sedim ni..

Itu Jhaka, penerbit program Misteri Nusantara kat TV3..dia memang baik dan berasal dari Indonesia..
18350 dari aras laut...

Acara bergambar lagi...Gambar nie Jazlan yang ambik..dia pun Ok sebab masa nie dia budak praktikal..sekarang dia dah jadi staff..harap2 perangai dia tak berubah k..

Panjang ni memang suka dengan ular..nampak kat muka aku, muka orang tengah geli..tapi demi bergambar aku beranikan diri jugak..he he

Kat belakang tur namanya Megat..masih muda tapi dah maju sebagai seorang kontraktor..katanya dia memang minat dengan aktiviti lasak dan dah macam2 sungai kat Malaysia ni yang dia redah..tengok tur..siap ala2 nak pukul aku pulak..hu hu

Inilah Jazlan yang tengah asyik mengambil gambar..Diana yang ambik gambar nie..

Lagi gambar Jazlan..

Ini merupakan antara pengalaman paling best aku nak cerita..masa nie aku dengan Diana g kat kereta..tak sangka pula tayar kereta kitaorang pancit..aku dengan Diana masing2 tak tahu macam mana nak tukar tayar tur..akibatnya kitaorang buat muka tak malu minta tolong ababng bomba yang kebetulan ada kat situ sebab mengendalikan satu kes lemas..mujurlah diaorang ada dan sudi membantu..jasa baik anda semua tak akan kami lupakan..thanks sangat2..

Tuesday, June 23, 2009

Suria FM Media Nite...

Ini merupakan antara event yang best..bukan sahaja kerana hadiah cabutan bertuahnya yang menarik..tapi persembahan artis yang mengambil bahagian jugak sangat menghiburkan..menurut Engku Emran, ini merupakan acara tahunan Suria FM dan akan diadakan lagik pada tahun depan...

Bergambar dengan artis, pihak media dan Suria FM..memang meriah dan menggamatkan..ditambah pulak dengan aksi dan keletah Puteri Hang Li Po..

Temanya biru dan putih..kebanyakan tetamu yang datang memang ikut tema sebagai tanda memberikan sokongan pada Suria FM...tengoklah gaya Nana yang lain dari selalu..aku pulak lebih selesa dengan gaya yang selalu aku gayakan sebelum nie..he he

Bergambar dengan Datuk Sharifah Anini..dia memang baik..tapi beberapa hari ni aku asyik baca isu Kak Pah dengan seorang komposer..aku harap segalanya akan menjadi baik...sebab tak seronoklah bila ada insiden gaduh2 nie...

Lagi gambar dengan Kak Pah..dia merupakan antara penyanyi yang paling aku suka..sampai sekarang suaranya ketika menyanyikan lagu Teratai dan Bunga Tanjung memang gempak..bukan senang nak cari penyanyi macam dia sekarang nie...

Bersama Hafiz..walaupun dengan fesyen rambut baru..dia tetap sute..

Aku terpaksa berjengket supaya kelihatan lebih tinggi daripada Hafiz..

Digon yang ambik gambar nie..aku pun tak tahu kenapa dia ambik gambar curi nie..apa pun thanks..he he
Dengan E, Ziera, Sudir dan Cael..semuanya enjoy hari tur sebab dapat hadiah yang hebat..aku dapat VCD..kira oklah sebab VCD aku kat rumah memang dah rosak..kira rezeki la jugak..thanks Suria FM..
Dengan Zira...aku tak suka sangat gambar nie..sebab aku nampak hitam bila bergambar sebelah dia..benci!!!