Wednesday, June 24, 2009

Bersama Selebriti 2...

Kebanyakan gambar2 nie diambil masa ABPBH tahun lalu..memang gambar lama tapi dia ada sentimental value pada aku yang tak lama lagi akan meninggalkan bidang nie..masa nie memang seronok dan hepi...Tapi kehidupan perlu diteruskan dan hanya gambar2 ni yang akan menjadi kenangan pada aku...
Niki yang memang baik dan happening..tak lama lagi dia dah nak kawin dan aku rasa tak dapat pergi la sebab aku dah ada kerja lain yang nak dibuat..

Bersama rakan2 lain yang turut hadir membuat liputan dan memeriahkan acara..Bard masa nie bertugas ambik gambar..tapi dia tak ada pun ambik gambar aku sebab dia bz dengan kerja2 dia..

Bersama Ifa Raziah...sekarang bukan sahaja menjadi penyanyi..tapi pelakon, pengacara, duta produk dan usahawan..
Ryzal Jelatang..he he
Sherry Ibrahim..dah lama aku tak jumpa dia nie..mungkin bz dengan penggambaran drama baru agaknya...
Sazzy Falak..masa nie konsep kitaorang ceria..so kenalah senyum seluas mungkin...Sekarang dia ni jadi pengacara Ohh La La

Scha yang sedikit sedih pada malam itu..sebab apa? biarlah hanya mereka yang berada di situ sahaja yang tahu..
Betapa cantiknya Nora Danish walaupun baru sahaja lepas pantang...

Kisah Kaisara yang cute..atau Sariyanti..dia nie memang kecik..tapi bila bercerita dengan pihak media, memang meriah dan senang nak bekerjasama dengan dia..

Calvin Thoo..antara pereka pakaian yang aku paling suka sebab dia ni tak sombong langsung walaupun popular..tapi masa aku jumpa dia, dia nampak sedikit berisi berbanding dulu dan dia juga mengakuinya..harap2 lepas nie banyak lagi baju rekaannya yang cantik akan keluar..

She...dia memang ayu dan cantik..

Bersama Maya Karin yang memang meletop dan hebat!!
Sheila pun ok jugak..aku selalu jugak jumpa dan borak dengan dia..walaupun masih muda, tapi dia ni bijak bawak diri..
Amir Lokman yang berani..gayanya memang menyerlah setiap kali menghadiri apa jua majlis..

Bersama Marsha..

Kamal BioNik..dia memang ok..setiap kali jumpa dia mesti salam dan tak buat muka sombong..aku percaya kalau dia terus dengan sikapnya itu dan tak terlalu memilih, dia boleh pergi jauh lagi dalam dunia seni ni..tapi kalau pelakon tur kekwat..pendek umurla jawabnya..he he
Ika, Sarah, aku dan Jemang..kitaorang memang baik dengan si Sarah ni..tak lama lagi dia nak g ke Hollywood dan aku harap dia akan berjaya macam Noryn Aziz gak..

Wani, Ika, Fadhilah dan Kak Shana..sebelum g ke majlis, kitaorang lepak makan dulu..Walaupun sejuk, Wanie tetap berani tayang lengan dan dada..

Masa ni kat PD..dia ada shooting drama Sebumbung...

Anuar Zain yang bukan sahaja cute tapi punya suara yang hebat..aku suka dia sebab bila dia menyanyi memang nampak kesungguhannya..tak macam sebuah konsert yang aku pergi bila ramai sangat penyanyi yang lupa lirik..

Fasha Sandha yang baik hati...Walaupun pelbagai kontroversi, aku tetap rasa dapat rasakan dia seoarang yang baik. Apa yang dilakukannya mesti ada sebab...

1 comment:

  1. wah as, sape SHE tuh? aku x knal pon?
    nampak seiras sangat k ko dgn anuar zain tuh!
    nasib baik ko tadek gambar dgn imran ajmain - harus aku frust gila!
    dulu aku jumpa dia kat dbkl tapi nak amik gamba kamera lak tadek
    :(

    ReplyDelete