Wednesday, June 3, 2009

Sukarnya Menjadi Perempuan...

Dalam hidup ini, ada banyak benda yang Tuhan dah larang, tapi manusia-manusia degil tetap nak buat jugak. Di sebalik larangan Tuhan itu ada macam-macam hikmah, baik dari segi sains atau moral, tapi manusia tetap nak buat jugak, sama ada tak takut pada tuhan atau tak percaya pada tuhan? Entahlah? Apapun yang korang nak percaya, hakikatnya, semua orang akan jadi mayat.

Tidakah korang sedar bahawa di setiap larangan itu, Allah masih bagi alternative kepada setiap larangan agar korang dapat berfikir dan buat keputusan yang paling tepat dalam umur yang singkat demi mencapai kebahagiaan pada hari menjelang jadi mayat sebelum dimamah ulat. Sedarkah?

Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan ayam, ketam, itik, kuda, dan berjuta makanan lain.

Allah larang berzina tapi Allah tak larang nak kahwin satu, dua, tiga atau empat.

Allah larang main lubang belakang, tapi Allah tak larang main lubang depan, celah peha, celah ketiak, celah buah deda, celah mulut bla bla bla.

Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air tebu, teh tarik, kopi janda, tongkat ali, kacip fatimah, bla bla bla.

Allah larang bunuh orang tapi dalam perang boleh bunuh orang.

Allah larang cemburu tapi boleh cemburu pada orang kaya yang bersedekah, boleh cemburu pada orang yang berjuang jalan Allah.

Pendek kata, dalam setiap larangan ada alternative. Tapi masih tak puas hati lagi. Sampai satu tahap, nak ubah kemaluan, nak ubah jantina. Tapi salahkan tuhan (bagi yang percaya) kenapa tuhan jadikan aku lelaki sedang naluri aku perempuan. Atau salahkan mak bapak yang pakaikan baju perempuam lalu aku berubah menjadi perempuan.

Sebelum korang ambik keputusan nak ubah jantina, biar aku nasihat sikit betapa susahnya nak jadi perempuan!

1) Perempuan ada Haid. Ingat best ke dalam hidup ni bila setiap bulan ada haid? Pernah sakit senggugut? Sakit tau!, kepala jadi pening dan jiwa jadi emosi tak tentu pasal..,Korang tahu apa itu haid? Darah yang keluar sebab korang tak mengandung.., paling lama 15 hari dan paling sikit sehari semalam.

2) Aurat perempuan susah nak jaga. Kalau lelaki, maka aurat setakat pusat dan lutut.

3) Baju perempuan cerewat. Orang lelaki pakai baju sama 5 hari takde orang nak kutuk, tapi jika perempuan, jika setiap hari isnin pakai baju sama (walhal setiap hari dah tukar) pun kena kutuk..Apatah lagi jika baju tak gosok, busuk dan kotor, kena kutuklah dengan makcik makcik munafik kat pejabat. Lepas tu pulak baju perempuan ni tak macam lelaki, iaitu semua zip dan semua butang baju lelaki ada kat depan, senang nak bukak. Tapi baju perempuan, ada yang butang belakang, ada zip kat peha, ada kancing kat lutut, ada sanggul kat kepala, ada reben kat perut, ada tali kasut kat punggung.

4) Perempuan tak boleh tangguh kerja. Lelaki jika kerja tak siap, boleh sambung esok, tak siap repair kereta, campak spanner bawah kereta dan sambung esok pulak, habis cerita, minggu depan pun boleh, tapi perempuan jika tangguh basuh baju, atau tangguh jemur baju, atau tangguh sidai baju, atau tangguh lipat baju dan tangguh gosok baju, alamak jahanamlah dunia.

5) Wanita nak buat apa-apa kena izin.

6) Saksi lelaki lebih afdal dari wanita.

7) Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Rujuk Amanah Raya.

8) Talak bukan di tangan isteri.

9) Wanita wajib taat kepada suaminya. Perempuan ajak suami bersetubuh, suami boleh tolak anytime, tapi lelaki bila ajak isteri berstubuh, atas peti aispun kena layan..Layan…. Zasss..

10) Perempuan susah nak inzal..Pandai pandailah korang cari titik inzal jika nak hidup bahagia.

11) Perempuan kena beranak. Ok, Ini sakit, serius! Kemaluan perempuan yang masuk zakarpun sakit, inikan pulak nak keluar kepala budak, sakit..sakit…Dah lah sebelum tu kena mengandung 9 bulan, bawak perut ke sana ke mari, lepas tu beranak pulak separuh nyawa. Tapi yang pelik tu, perempuan ni, Allah buat dia ‘lupa’, tak macam lelaki, yang tak boleh lupa sakit berkhatan misalnya. Cerita dia camni, ada sorang perempuan tu beranak, punyalah sakit lalu marah kat suami dia, dan secara bergurau suruh suami dia potong zakar, sebab zakar tulah punca dia sakit beranak, maka suami nipun jenis lurus bendul, sebab dah sayang bini dan kasihan pulak tengok bini sakit separuh mati, maka dipotongnya zakar tanpa pengatahuan si isteri tu tadi..Bila anak dah besar sikit, perempuan ni rasa nak bersetubuh, suami dia memang mengelaklah, bagi macam-macam alasan.., tapi isteri dia nak jugak, lalu suami dia ingatkan pada isteri dia akan keluhan yang awak cakap sangat sakit waktu beranak dulu, perempuan tu kata, tak sakitlah beranak, rasa macam berak jer. Tengok!,perempuan dah ‘lupa’ pada sakit beranak.., lalu suaminya pun berterus terang, zakar dah takde, abang dah potong, takut awak sakit beranak lagi, yang ada ‘tunggul’ sahaja..Isteri dia cakap, “tunggulpun tunggullah bang..”Orang perempuan terukkan?

Ingat senang ke jadi perempuan?

1 comment:

  1. hahaha...
    cara ko cakap cam ko pnah jadik pempuan jek...
    mana ko dapat artikel neh?
    ke luahan ati ko sendirik beb?
    hahaha takleh blah la...
    pepon thanks for such a nice article - really make my day!

    ReplyDelete