Tuesday, August 25, 2009

Belum Puasa Lagi...

Bersama kawan2 sekelas..yang kat belakang tur Sam, Hasif (baju Melayu) dan Mel..yang kat depan tur aku tak tahu nama diaorang ni sapa..tapi satu kelas dengan aku la..kiranya gambar nie kenang-kenangan la jugak..sebab kat sini aku sangat jarang bergambar..tak macam masa zaman bekerja dulu..hehe..iyalah, nama pun masih belajar..so buat cara pelajar la..

Gambar2 nie diambil sehari sebelum berpuasa...hari Jumaat..itulah sebabnya aku pakai baju Melayu...masa nie aku dengan kawan2 baru habis kelas...Nad kebetulan bawa kamera..jadi kitaorang pun ambik la gambar beramai2...yang berdiri kat belakang tur Sam...dia sentiasa sibuk dengan pelbagai agenda sampaikan nak discuss tentang subjek Pentaksiran pub banyak kali tak jadi..nanti kalau ada presentation..kalau tak dapat buat, biar dia tanggung sorang2..he he..yang kat depan tur aku tak tahu namanya..kecuali yang hujung sekali yang letak tangan kat muka tur..Kak Huda.dia ni dulu bekas wartawan Anjung Seri..walaupun tak tahu nama..tapi kami semua kenal muka...he he

Sebenarnya inilah gambar pertama yang kitaorang ambik...kebetulan kami pakai baju warna ungu masa tur..so ambiklah gambar dan upload dalam facebook...kat tepi sekali tur Hasif...dia ni budak Bohor Mali, Perlis..masa baru kawan dengan dia dulu..pertama kali la aku dengar nama kampung dia..yang kat sebelah Hasif tur Nad..dia ni budak Pendang...dan sebelah aku tur Kak Huda..aku pun tak pasti aku dengan Huda ni sapa lagi tua..dah semua orang panggil Kak Huda..aku panggil la sekali..hu hu

Gambar paling lawa kononnya..he he...pelik jugak.masa bukan bulan Ramadan, sibuk nak pakai baju Melayu..tapi sekarang nie dah bulan Ramadan, malas pulak..he he..sebut pasal baju Melayu..aku baru jer beli kainnya semalam..sebab tahun ni Mak Ziha yang tolong buatkan..kat Sg. Petani lagi..punyalah jauh..itupun selepas aku merayu mintak tolong..bukannya apa kedai kain lain semuanya tak nak ambil tempahan dah sekarang..mujurlah ada Ziha dan emaknya...thanks Ziha..

No comments:

Post a Comment