Wednesday, August 26, 2009

Ko-K Pemakanan Sihat...

Gambar2 nie diambil semasa program Ko-K Pemakanan Sihat yang dianjurkan oleh kumpulan Ziha..semasa program ni dijalankan..kiranya semuanya berjalan lancar la..Pada hari tersebut Ziha bertindak sebagao pengerusi majlis dan berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik..Namun dia terlupa tentang ucapan yang harus diberikan oleh Pengetua sekolah sebelum ceramah diberikan oleh En. Hishamudin...tapi itu cuma masalah teknikal kecil jer..namun bagi Ziha perkara tersebut sangat memalukannya..apapun program tersebut berjaya mencapai sasaran dan banyak memberikan info yang berguna kepada kami semua...Kat atas ni adalah Juraini dan Laily memang suka bergambar..sedangkan budak2 lain yang menjadi latar belakang..buat2 tak tengok kamera sebab kurang gemar dengan aktiviti bergambar..he he..

Sebenarnya tak ramai pun budak2 kelas nie..lebig kurang 40 orang jer..itu pun ada yang tak datang sebab sekarang ni musim demam...Ayu, aku dan Hannan walau macam mana pun tetap memberikan pose yang menarik apabila lensa kamera dihalakan kepada kami...thanks Shamala sebab sudi ambil gambar kami..hu hu..ayu dengan senyuman yang sungguh mencurigakan...

Group Ziha bersama tutor..En. Muzaher...dari kiri Piece, Nusrah, Iz, En Muzaher, Ziha, Shamala dan Anita..mereka ni la tulang belakang program Pemakanan Sihat nie..kalau mereka tak ada..maknanya program nie pun tak adalah...

Penceramah mendapat cenderahati daripada Pengetua Sekolah, Cikgu Siti Bahiedah..memang kelakar sebab penceramah nie suka bergurau..dengar ceramah yang diberikannya pun tak mengantuk atau membosankan..paling penting dia dah berpuluh2 tahun dalam bidang pemakanan sihat dan nutrisi nie..kalau tak silap dia pernah belajar kat Michigan University..hebat sangat!!!

Lagi gambar Ayu, aku dan Hannan...Joe kat belakang kelihatan seperti malu2..tapi tetap memberkan pose paling bernafsu..he he..EE, Laily dan Juraini juga masih sempat menyimpulkan senyuman..
Khusyuk mendengar ceramah katanya...kelihatan Iz dan Piece sedang memberikan sepenuh perhatian...Ayu pulak muka boring kat depan tur..aku tetap sama..senyum jer..aku kalau bergambar memang tak suka buat muka serius..sebab pada aku senyum merupakan benda yang ramai orang suka tengok..termasuklah aku sendiri..hu hu..

Gambar yang berbeza..tapi aku masih tetap sama...

Depan sekali..Nusrah..Iz dan Piece..line kedua...Yatie dan Ziha...amboi semuanya buat2 tekun mendengar ceramah sampai tak endahkan Shamala ambil gambar..apapun baguslah kalau macam nie selalu..buklan setakat dengar ceramah..tapi dengar kuliah yang diberi oleh pensyarah pun macam ni jugak..alangkah bagusnya..he he..

Sesi membaca doa...tapi budak2 bertopeng nie tetap menarik perhatian..aku tak perasan siapa mereka..tapi yang pasti budak kelas aku jugak..he he...sangat mengambil berat tentang kesihatan diri..bagus!!!

Antara gambar yang paling aku suka..gambar2 lain biasa2 jer..he he...tapi aku nampak gemuk la dalam gambar nie...dah tiba masanya untuk aku menguruskan badan kembali..tapi petang nie nak cari nasi tomato untuk berbuka puasa..macam mana nak kurus nie?

Joe dan EE ibarat pasangan serasi...Hasif kat belakang sentiasa tersenyum bersama Akhma..tapi jangan ada gosip di antara mereka..sebab semuanya hanya kawan biasa sahaja..kami kawan2 tak nak lawan beb..lagipun aku dengar cerita diaorang ni semua dah ada lover masing..so kat sini bukan masa untuk mencari kekasih k..tumpukan pada pelajaran sahaja..he he

No comments:

Post a Comment