Tuesday, August 18, 2009

Perpisahan....

Kenapa dalam setiap pertemuan mesti ada perpisahan...aku sebenarnya bukannya nak bercakap benda sedih kat sini..tapi peristiwa ni aku rasa perlu dikongsi bersama sebab ianya boleh memberikan pengajaran kepada orang lain..semuanya berpunca apabila kawan aku, seorang perempuan terpaksa berpisah dengan kekasihnya apabila kekasihnya berterus terang memberitahu dia jatuh cinta pada perempuan lain..kalau korang berada di tempat kawan aku tur, apa perasaan korang...

Sebagai kawan aku memang boleh bagi nasihat..tapi aku tahu jauh di sudut hati dia pastinya sangat terluka..sebab dia terllau menjaga perhubungan yang terjalin hinggalah dia terpaksa berjauhan dengan kekasihnya buat seketika untuk melanjutkan pelajaran..dalam masa beberapa bulan terpisah itu, kekasihnya itu jatuh cinta dengan perempuan lain atas alasan, sunyi, sepi dan dia memerlukan seseorang untuk berdampingan dengannya..sangat keji punya alasan...kalau kawan aku tur abaikan kekasihnya semasa mereka berjauhan, OK la jugak..tapi setiap minggu dia akan balik ke KL untuk bertemu kekasihnya...semuanya terbongkar apabila kawan aku terbaca SMS perempuan lain di dalam telefon bimbitnya..kata kawan aku tur, dia memang kecewa tetapi dia pasti akan lebih kecewa kalau perkara tersebut berlaku selepas mereka mendirikan rumahtangga yang bakal dilangsungkan sepatutnya selepas raya puasa tahun ni..mujurlah mereka belum bertunang sebab mahu melakukan acara merisik, bertunang dan bernikah pada hari yang sama kerana permintaan keluarga lelaki...

Bila dah jadi macam tur, segala persiapan perkahwinan yang dia sudah siapkan terpaksa di simpan atau disedekahkan kepada orang lain..cuma aku berdoa, lelaki yang punya sikap macam tur akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang pernah dia lakukan..kepada lelaki yang baru bercita2 nak buat macam tur, lebih baik simpan jer angan2 tur...kita selalunya memang tidak boleh dapat apa yang kita hendak..so kita hargailah apa yang kita ada..kita memang tak boleh nak jadi orang lain, tapi kita boleh berubah untuk jadi lebih baik...

No comments:

Post a Comment