Tuesday, August 18, 2009

Ko-K Pengakap...

Walaupun sekarang nie negara sedang kalut dengan masalah penyakit berjangkit H1N1 yang kini semakin menular, namun kami tetap meneruskan program Ko-K ceramah pengakap..walaupun tak minat dengan aktiviti sebegini, tetapi demi memberikan sokongan kepada kawan2..aku tetap datang dengan wajah yang ceria..mujurlah aktiviti ceramah tur tak membosankan sangat sebab yang terlibat semuanya kawan jer..malah penceramah yang dijemput juga adalah rakan sekelas kami jugak iaitu Zahari atau lebih dikenali sebagai Sam...tapi dia nie kelakar sikit..nanti aku cerita lagi tentang dia bila gambar dia ada k...

Walaupun sedang mendengar ceramah, tetapi bila lensa kamera dihalakan kepada kami, aku Laili dan jue akan segera memberikan pose terbaik...tengoklah Laili dengan wajah bintang pornonya dan Jue yang ala2 cute...kalau dalam kelas Laili dan Jue ni memang aktif bertanya dan bercakap hinggakan adakalanya pelajar lain turut sakit hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan..tapi aku tak kisah..pada aku kalau sesiapa yang nak kelihatan menonjol dalam kelas, dia perlu aktif, banyak bertanya dan memberikan pendapat..kalau senyap jer kat ceruk kelas, tak ada sesiapa pun yang akan sedar kehadiran korang...

Ramai gak kawan2 aku yang dah mula memakai topeng muka..aku try jugak pakai sebab nak jaga kesihatan..tapi baru lima minit pakai aku dah rimas sebab rasa panas dan ada benda asing yang menyekat pernafasan aku..akibatnya topeng muka aku sekarang nie tersadai kat dalam kereta jer..tapi bila tiba masanya nanti, aku akan pakai balik sebab dengar citer kat UPSI ni dah ada student yang meniggal dunia kerana virus tersebut..tapi kebenarannya aku sendiri pun tak tahu sebab tak ada laporan rasmi yang dikeluarkan lagi...

Yang belakang tur namanya Oya, kat depan tur Halumi atau Umi sedang bagi cenderamata kepada Sam sebagai penceramah undangan...masa mula program, Sam sampai lewat sebab hujan, so Umi pun mulalah risau sebab program ni anjuran dia..tapi mujurlah tepat kol 4.30 pm Sam sampai dalam keadaan yang sedikit pucat dan nervous..aku pun hantar SMS kat dia cakap g.luck...dan dia balas..takut..he he..aku dah agak dia mesti takut dan berdebar sebab bukan senang nak jadi penceramah walaupun depan kawan2..tapi bila program dah mula dan dia pun dah dapat biasakan diri dengan kelas...semuanya berjalan dengan lancar..respon daripada kawan2 lain pun sangat positif..paling penting di penghujung majlis tersebut kami dihidangkan dengan dua biji karipap panas dan air mineral..hari hujan pulak tur..sedaplah kami makan sampai habis..he he..thanks Umi..

Tak ramai yang terlibat dengan program ni iaitu kira2 46 orang jer..tapi semuanya sangat sporting dan memberikan pengalaman baru kepada kami semua...malah ada jugak yang bercita2 nak jadi ahli pengakap selepas nie..sabar jer la..

Kawan berborak dan kawan bergaduh..yang tengah tur Laili, asal Penang dan hujung tur namanya Jue asal dari Kedah..tapi sebelum ni dia belajar di Sarawak..

EE bersama Joe dan Hasif..aku tak duduk dengan diaorang sebab aku nak duduk kat depan sikit..maklumlah orang tak ramai..so kenala penuhkan kawasan depan..he he..

Pompuan yang kat depan tur namanya Ayu, As (pakai topeng) dan peace...As sebenarnya demam..tapi tak dapat MC daripada doktor..so terpaksalah dia datang jugak program tersebut..kesian kat dia..Ayu pulak antara pompuan yang mempunyai suara paling kuat dalam kelas kitaorang..akibatnya aku panggil dia Ayu Kungfu Hustle...he he

No comments:

Post a Comment