Monday, August 10, 2009

Jamuan Perpisahan...

Masa nie adalah jamuan perpisahan yang diadakan oleh kawan2 untuk aku..kiranya ini adalah hari terakhir aku kerja kat karangkraf..walaupun gambar nie dah agak lama..tapi kenangan dengan kawan2 tetap segar diingatan..maklumlah inilah kawan2 g makan dan kawan2 bergaduh kat ofis..he he..
Ini merupakan antara kenangan paling best yang aku dapat dari kawan2..frame gambar yang pastinya akan meninggalkan kenangan...bila tengok frame tur kat rumah..mulalah teringat balik detik2 bekerja dengan mereka semua..saat stress bila tak ada lead story dan macam2 lagi la..kiranya kerja kat karangkraf dengan team yang best..memang meninggalkan memori yang sukar untuk dilupakan..

Rindu kat semua..tapi sekarang team BACARIA dah tak ada..terpaksa dimansuhkan atas sebab2 tertentu..tapi tak kira kat mana pun aku tetap doakan semua kawan2 berbahagia dan seronok dengan team baru masing2..

Lagi gambar yang meninggalkan banyak kenangan..walaupun aku nampaj ceria dan hepi..tapi sebenarnya memang sedih seba lepas nie aku dah susah nak jumpa diaorang..kiranya inilah kawan2 aku bergaduh kat ofis tur..kalau tak bertegur atau merajuk dan tak bertegur sehari dua tur dah memang lumrah..tapi semuanya akan kembali Ok bila dah mintak maafdan keluar makan kat restoran molek sama2..he he..rindu kat pau seksyen 18..

Dengan Wanie..paling best dengan dia masa g outstation kat Kedah dan Perlis..kiranya itu outstation kali pertama dan terakhir dengan dia..masa tur aku jadi driver dia jer..tak lupa jugak dengan Diana sebagai jurufoto..rindu la kenangan kat sana..

Dengan bekas dua editor aku..yang rambut pendek tur namanya Meen..sekarang dah jadi editor Media Hiburan dan yang pakai baju kurung tur namanya Kak Ell..walaupun tak sempat lama bekerjasama dengan Kak Elll..tapi dia memang ok dan menyeronokkan..kiranya Meen dan Kak Ell ni masing2 ada keistimewaan masing2 la..he he

Gambar kandid katanya..tapi aku tetap tengok kamera sebab tak suka gambar kandid..he he..tengoklah makanan yang diaorang sediakan..punyalah banyak sedangkan yang nak makan cuma 10 orang..tapi lebihnya bagi kat kawan2 lain dalam ofis..

Inilah gambar yang paling aku sedih bila tengok..abang Nuar yang pakai baju kemeja biru kat tengah2 tur dah meninggal dunia pada 10 Ogos 2009..sedih sangat sebab aku tak sempat nak melawat dia pun..aku ada kelas hari nie dan perlu menganjurkan aktiviti Ko-K..kat ofis tur abang Nuar memang baik dan sporting dengan aku..walaupun kadang2 dia marah bila aku nak tukar layout page yang dah siap..tapi dia akan buat juga akhirnya demi kepuasan aku...aku harap abang Nuar akan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan akan dimasukkan ke syurga..kepada keluarga Abang Nuar semoga terus tabah dan mendoakan kesejahteraan abang Nuar di sana...amin..
Ini pulak kek yang disediakan oleh kawan2 untuk aku..kek tur memang sedap tapi hari tur aku tak larat nak makan pun...malah sebab tidak mahu jumpa kawan2 dan melalui saat sedih dengan diaorang..aku tak hantar emel selamat tinggal pun pada semua..malah aku balik waktu lunch hour..sebab masa tur tak ramai orang kat ofis dan pastinya tak ramai yang tahu hari tur adalah hari terakhir aku kat ofis..memang sedih tapi keputusan ni terpaksa dilakukan kerana minat, cita2 dan masa depan..
Nana yang beroura2 sedih..cute la konon2nya..tapi Nana ni memang baik dan antara jurufoto kesayangan ramai sekarang..cayalah datuk siti...

Dengan kawan2..tapi aku tak pasti masa ni Wanie cakap dalam phone dengan sapa..muncung jer mulutnyer..he he..E pulak paling macho kat depan tur...he he

Lagi sekeping gambar yang aku sayang..kiranya banyak la kenangan kat sini..lepas nie aku akan tetap datang jumpa kawan2..lagipun bukannya jauh sangat aku dengan tempat baru ni..he he

Kenangan paling berharga..terima kasih kepada semua...

No comments:

Post a Comment