Thursday, March 26, 2009

baca jika ada masa...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH . Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuangnya namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini....Lebih-lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita hanya cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat!
Tapi mungkinkah pada malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana kita merasakan di waktu itu kita mampu mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku (nauzubillah).

Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH!!!
Ya aku CINTA ALLAH ....
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

No comments:

Post a Comment