Friday, March 20, 2009

Red Box The Garden Media Nite...

Baru-baru aku sempat g Media Nite yang dianjurkan oleh Red Box kat The Garden..Event tur memang meriah sebab ramai kawan2 yang datang..paling best sudah tentulah cabutan bertuahnya yang meletop..
Walaupun aku tak dapat apa2 cabutan bertuah..tetapi aku dapat himpunan VCD cerita2 menarik dari Korea..memang best sebab kebanyakan cerita tersebut menjadi sebutan ramai. Bukan sahaja di korea k..tapi di Malaysia jugak..masalahnya aku tak tahu bila aku berkesempatan untuk menontonnya sebab tak ada masa..kat sini aku lampirkan beberapa keping gambar yang aku ambik..tapi guna Shahril (Sinar Harian)..he he

Masa nie sengaja mengacau Mizi yang tengah menyanyi lagu Ruang Rindu yang pernah dipopularkan oleh Letto..susah nak komen tentang suara Mizi..tapi showmanship nyer memang menghiburkan..apatah lagi bila ditambah dengan suara Mizi yang serak2 basah tur.. he he..
Mizi jugak sporting malam tur..walaupun terpaksa balik cepat..tapi Mizi tetap enjoy dan fun...Next time kita nyanyi lagi k Mizi
Ni la dia Shahril..sekarang nie dia dah botak sikit..sebelum ni rambut dia panjang la jugak..ini kiranya kali pertama la dapat dengar dia menyanyi...OK la sebab dia berani untuk menyanyikan beberapa buah lagu yang bertaraf antarabangsa.. he he..

Mizi bersama tiga orang backup vokal... he he...
Memang meriah bila ada Nana dan E..Nana seperti biasa akan menyanyikan lagu2 yang bernada tinggi sesuai dengan keupayaannya yang boleh menjelmakan vokalnya menjadi Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ziana Zain dan Ning Baizura...Paling tak dapat dilupakan bila kitaorang menyanyikan lagu GIG dan Hak Milik Kekal..Walaupun dah ada lirik kat depan mata..tetap tak dapat menyanyi dengan betul..kui kui kui

Sebagai penutup persembahan pada malam tur..kitaorang menyanyikan lagu nasyid beramai2..antara lagu yang menjadi pilihan Pergi Tak Kembali dan Kasih Kekasih..Insaf lah sikit..Bukannya apa..dalam kehidupan kita nie kenalah seimbang..walaupun berseronok tapi biarlah berpada-pada...Thanks Raja Marliza (AJE) yang memberikan layanan yang cukup baik...Next time kalau ada lagi event macam nie, jangan lupa jemput we all k...

No comments:

Post a Comment