Sunday, March 15, 2009

teater sirah junjungan

Alhamdulilah..cita-cita nak tengok teater Sirah Junjungan Tahajud Cinta, arahan Erma Fatimah akhirnya terlaksana juga..thanks Umie Aida yang membantu dan semakin cute sekarang...he he..
Lepas menonton teater tersebut, sempat la bergambar dengan beberapa orang pelakon utamanya..sajer lepas gian..

Ini merupakan antara penyanyi dan pelakon yang paling aku suka, Jamal Abdillahy..sekarang ni dia dah nampak gemuk sikit dan lagi elok...Paling best masa Jamal berselawat kat dalam teater tersebut..rasa macam nak gugur air mata..malah ramai juga penonton yang ada kat Istana Budaya pada malam tersebut turut mengesat air mata kerana sedih mengenangkan tentang pengorbanan Nabi Muhammad SAW...

Sempat jugak berborak dengan Vanidah Imran yang nampak cute sangat pada malam tersebut..walaupun tanpa solekan yang tebal, dia tetap kelihatan anggun..maklumlah dah memang orangnya pun cantik...Masa borak2 tur dia sempat bagi tahu..sekarang ni dia berdebar nak berlakon dalam teater Mahsuri..katanya dalam teater tersebut dia perlu berlakon, menari dan menyanyi..tapi aku yakin dia mampu lakukannya sebab dia memang seorang pelakon yang komited dengan kerjanya..tahniah...

Becca merupakan antara pelakon yang menonjol dalam teater tersebut. Wataknya sebagai Hendon memang menjadi..dengan suara serta ekspresi wajah yang ditonjolkannya, memang tak dinafikan Becca merupakan antara pelakon teater muda yang perlu diberi perhatian..kepada Becca semoga dia terus rajin mengasaj bakat dan terus berjaya..Syabas...Namun paling utama sudah tentulah Erma Fatima yang berjaya mengorek bakat terpendam milik Becca...

Antara rakan-rakan yang turut hadir menyaksikan teater tersebut...Ila dan Nora anggun dengan pakaian kasual mereka..Wanita dan aku pulak..dari tempat assingment kat Gombak terus pergi Istana Budaya..Mujurlah aku tak kena pakai jaket Istana Budaya.. he he

No comments:

Post a Comment