Saturday, March 28, 2009

Nak beli dan baca novel nie...

Ramai yang cakap kedua2 buah novel nie bagus..walaupun dah agak lama berada di pasaran tapi aku belum berkesempatan untuk membelinya..sebabnya ada beberapa buah novel lagi yang ada kat rumah tapi belum pun aku habis membacanya...Tapi aku nekad nak beli kedua-dua buah novel ni dalam masa terdekat...Sejak kebekalangan ni aku memang sukakan novel2 sebegini..yang ada nilai2 spiritual dan dalam masa yang sama tetap mempunyai kualiti hebat daripada aspek penulisan..semuanya gara2 novel Ayat2 Cinta yang aku baca setelah diperolehi secara percuma..sejak itu aku tidak kedekut lagi untuk membeli novel2 sebegini...Malah kalau ada kawan2 yang nak pergi ke Indonesia, aku memang akan pesan beberapa buah novel yang ditulis oleh beberapa novelis yang paling aku suka..antaranya Andrea Hirata, Habiburrahman El Shirazy dan Taufiqurrham Al Azizy. Setakat dah banyak jugaklah novel2 tulisan mereka yang menjadi koleksi aku...


No comments:

Post a Comment