Thursday, March 26, 2009

sarapan paling best...

Untuk pertama kalinya kitaorang dapat makan beramai2..memang seronok dan menyegarkan bila sesekali ubah selera dengan makanan luar..Lebih hebat sebab semua makanan yang dibeli sedap2 belaka dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri..sampaikan ketika nak beli pun..rasam macam tak cukup duit yang dibawak..memang tamak..kalau bulan puasa tak tahulah aku..silap hari bulan mungkin makcik yang meniaga nasi lemak tur pun kitaorang beli sekali.. he he...


Yan, Nana, E dan Wanie dengan gaya yang tersendiri...tengoklah Nana yang macam dah tak sabar nak makan kuih gulung tur.. he he..Wanie pulak nampak cute dengan apam berwarna hijau..sesuai dengan baju kebaya 'pink' yang dipakainya pada hari tersebut..walaupun sakit perut, Wanie wajar diberi pujian sebab berjaya menonjolkan wajah yang sangat sihat.. he he

Wanie makan nasi lemak lauk kerang..aku yang makan kerang tur akuinya memang sedap sampaikan tak terasa dan habis nasik sebungkus..tambah menarik apabila tengah makan ada pulak orang yang curi2 ambik gambar..rasa macam dalam program Jalan2 Cari Makan poulak..he he..Nana dengan Yan kat belakang tetap menonjolkan wajah yang manis dan suci...


Gambar kenangan beramai2..ketika ni Amy muncul dengan wajah yang ceria..Sempatlah dia rasa sesuap dua nasi lemak berlauk kerang serta sedut teh ais meletop yang memang dibuat khas untuk kitaorang..calang2 tukang masak memang tak mampu nak melayan karenah kitaorang nie.. he he he..

Yan bersama nasi lemak lauk paru tetapi kekurangan sambal..tak tahu kenala sambal dalam nasi Yan terlalu sedikit sedangkan kitaorang dah mintak ekstra..terpaksalah Nana membantu Yan menghabiskan nasi tersebut..dengan kuasa lapar yang ada pada Nana, nasi tersebut berjaya juga dihabiskan dalam masa yang tidak terlalu lama...

Inilah nasi lemak lauk kerang Wanie..memang melatop!!! Sambalnya pulak tak pedas sangat..cukup sesuai untuk semua golongan termasuklah dari golongan kanak-kanak hingga warga emas.. he he...tak tahu bila lagi agaknya dapat makan2 macam nie..kalau setakat makan kat cafe ofis..sama jer lah menu nyer.. he he..

No comments:

Post a Comment