Monday, March 23, 2009

Wedding Nasir & yatie...

Selamat Pengantin Baru Mohd Nasir Maamor & Norhayati Mohd Sulan..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
Pengantin berpeluh ketika bersanding..Cantik baju Nasir dan Yatie...sesuai dengan warna hijau yang menjadi pilihan...

Yatie yang manis apabila tersenyum..lepas nie terpaksalah Yatie ikut suami tercinta ke Sabah...Maklumlah tempat seorang isteri kan di sisi suami.. he he

Tersenyum jer Nasir...Nampak cute sangat katanya!!! he he...

Ini semua kawan2 aku masa kat UUM...dari kiri Siraj, Achok, Merah, Aku dan Own..
Siraj ni dulu aku tak berapa kawan sangat sebab bukan satu kolej..tapi bila dah lama2 duduk kat sana..so kira kawanlah jugak..dia pun baik...
Achok ni budak sabah..tapi sekarang dia kerja kat KL..dari dulu sampai sekarang sama jer..tak gemuk dan tak kurus..apa yang best tentang dia nie..lemah lembut dan tak sombong..
Merah atau Baem..dia ni kira yang paling tua antara kami semua..maklumlah lahir tahun 70-an..so nyanyi pun lagu2 70-an jer...sekarang nie dia kerja sebagai kontraktor kat Jb..masih tercari2 calon isteri...ini antara kawan yang aku selalu gaduh jugak la..sebab dia selalu menyakitkan hati aku..paling tak dapat aku lupa bila dia nak bukak seluar aku..bila aku dah marah2..bergurau katanya! Setan sangat! Tapi bila diingat2kan kembali memang kelakar la..he he he..
Own pulak antara kawan kitaorang yang paling cepat kahwin..dia sekarang ni dok kat Cheras dan bekerja sebagai pendidik..anak dah nak masuk dua..tapi perangai tetap sama...apa yang best dengan dia niw..kalau tak ada kawan2 dia..dia lebih banyak diam dan senyum jer..tapi kalau kawan2 dia dah datang...tanduk dia pun mula la keluar...
yang tak ada dalam gambar nie tapi tetap datang ke majlis nasir ialah Pogie yang kini stay kat Muar..jadi cikgu jugak..yang nak datang tapi tak datang pulak..Radd..ada show katanya pada malam tersebut..tapi alasan dia memang dapat diterima sebab itu memang dah jadi tugas dia sebagai penyanyi di kelab..kui kui kui...
Antara wajah paling manis yang dapat diberikan oleh Nasir dan Yatie..

Lagi gambar2 kawan aku...bila dah dapat borak..macam2 cerita dulu2 pun keluar..termasuklah cerita manis, pahit dan skandal.. he he..tapi skandal Nasir terpaksalah dirahsiakan..he he..Nanti mengamuk pulak si Yatie tur...

aku dengan Own sempat lagik ambik gambar dengan pengantin..ajak jugak kawan2 lain..tapi semuanya malu katanya...

Raja sehari di meja santapan..nampaknya Nasir dah bersedia untuk makan...tapi bukan makan Yatie tau..tapi makan nasik dan pelbagai juadah istimewa yang disediakan.. he he

Pengantik baca doa makan sebelum menjamu selera...

Tak habis2 lagi baca doa...aku teringin sangat nak makan udang panjat tur..tapi pengantin tak pelawa langsung..sabar jer...

Selain pengantin..pengapit pengantin pun tak melepaskan peluang untuk makan bersama...

Antara hidangan paling membuka selera di majlis nasir..Sup Tulang..memang meletop..cuma aku rugi sikitlah sebab aku sampai lambat..tersesat.. he he..Tapi tetap dapat makan dan kesemua makanan yang dihidangkan sedap2 belaka..sesuai dengan selera Melayu aku.. he he

Antara barangan hantaran pengantin...

Orang kampung Nasir sedang bergotong royong bagi memastikan perjalanan majlis perkahwinan Nasir dan yatie berjalan lancar..tapi aku kesianlah sebab yang banyak buat kerja semuanya perempuan yang sudah agak berumur..tak ada pun aku tengok anak mud akampung yang menolong...tapi mungkin jugak budaya kat situ macam tur..maklumlah..lain padang lain belalang...

Pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa...Aku doakan nasir akan dapat baby tak lama lagi..mesti tembam dan cute jugak.. he he..

Sebahagian keluarga pengantin yang sempat bergambar kenangan dengan pengantin..memang meriah dan rasa macam nak berhari raya pulak..aku harap lepas ni dapat lagik jumpa Nasir dan kawan2 yang lain..selalunya dapat jumpa pun kalau ada kawan2 rapat yang berkahwin..giliran siapa pulak lepas nie.. he he

No comments:

Post a Comment