Wednesday, March 11, 2009

baru balik sg. buloh

Baru jer balik dari sg buloh..interview bekas seorang penagih dadah yang kini telah pun insaf..dengar cerita abang fuzi memang sedih..paling sedih bila dia cerita tentang pertemuan semulanya dengan anak kandungnya sendiri selepas lebih 14 tahun berpisah..
Katanya pada mulanya dia takut juga..takut kalau2 anaknya itu tak dapat menerimanya..maklumlah dia bekas penagih dadah...tapi dia rasa sangat bersyukur kerana anaknya memahami dan memeluknya erat selepas mendapat tahu orang yang berdiri di hadapannya adalah ayah kandungnya sendiri...
Kini abang fuzi masih dalam proses pemulihan dan akan pergi ke terangganu untuk memasuki sebuah sekolah pondok..katanya selain untuk proses rawatan, dia mahu menimba ilmu agama di sana..saya doakan agar abang fuzi berjaya mencari dirinya yang sebenar dan dalam masa yang sama terus kuat untuk menahan segala godaan....amin!!!

No comments:

Post a Comment