Tuesday, March 31, 2009

Renungkan...

* Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang, berganti dengan tindakan-tindakan meluru, bodoh dan tidak munasabah...
*Biasakanlah bersikap jujur dan benar walaupun di hadapan anda, anda melihat bahaya. Yakinlah itu bukan bahaya tetapi bahagia. Jauhilah sikap dan sifat pendusta walaupun anda melihat bahagia di hadapannya. Yakinlah itu bukan bahagia tetapi celaka...

Kesian kat abu...

Demam yang Abu hadapi selama beberapa minggu terjawab sudah puncanya..bukan demam denggi seperti yang kawan2 jangkakan tapi penyakit lain yang terlalu peribadi untuk dinyatakan di sini..Apapun aku dan kawan2 yang lain tetap doakan Abu kekal sihat dan kembali ceria seperti sebelum ini..

Wajah lesu selepas pembedahan..tak larat nak makan pun..lebih teruk makanan yang diberi macam tak sesuai jer untuk orang yang baru lepas pembedahan..tapi nak buat macam mana, itu makanan yang disediakan..terpaksalah telan jer.. he he..

Inilah makanan tersebut...bagi orang sihat macam aku nie memang menyelerakan..tapi bagi orang sakit semuanya rasa pahit bila nak ditelan...Aku ada bawakkan maggie untuk Abu..tapi dah tak sedaplah sebab maggie tur dah kembang..he he..

Abu tak larat sangat nak layan kawan2 yang datang melawat..mungkin kesan ubat bius selepas pembedahan kot..dia asyik rasa mengantuk jer..tapi tak lama la sebab kawan2 yang datang selalu buat lawak supaya dia kelihatan lebih ceria...

Trisha dan Hairy yang setiap hari datang melawat Abu..memang bagus dapat kawan2 yang macam nie..Tapi hari ni dengar cerita mak Trisha masuk hospital pula sebab kena Appendiks..Sabar k Trisha..harap2 semuanya beransur baik..

Masih sempat lagik ambik gambar..saja buat kenang-kenangan..he he..

Trisha dan Hairy pun apa kurangnya...mujurlah Abu tak tertekan dengan perangai kitaorang..kalau aku.. mungkin aku dah campak diaorang berdua tur ikut tingkap.. he he..lawak jer..
Kitaorang paksa Abu angkat kepala walaupun dia tak larat sangat..terpaksalah dia gagahkan jugak..memang kelakar tengok muka dia masa nie..dia bukan jer nampak tak sihat tapi dah nampak kurus sangat..dekat 10 kilogram berat dia hilang gara2 demam teruk nie..harap2 semuanya akan menjadi baik seperti sediakala tak lama lagi..Amin!

Trisha tengah suapkan abu makan bubur..lepas makan bubur ni semangkuk barulah Abu nampak bertenaga dan bersemangat sikit...lapar katanya..tapi makanan yang disediakan oleh pihak hospital pulak tak begitu memberangsangkan..manakala nugget dan kentang goreng yang diorder oleh Trisha telah dilahap oleh aku dan Hairy..sabar jer la..

Inilah wajah2 sedih Abu ketika terpaksa menyuap makanan keras tur..sikit jer dia makan..mujurlah aku bawak maggie dan air jus mangga..so bolehlah dia makan dan minum dengan selera sikit walauun maggie tur dah kembang...cepatlah sembuh Abu..boleh kita g tengok Talentime dengan kawan2 yang lain...

Sangat kurang ajar!!!


Aku betul2 geram hari ni bila ada satu insiden yang berlaku kat depan mata aku..Insiden yang sangat menyakitkan hati..mujurlah tak terjadi pada aku...Begini kisahnya...

Jalan kat Klang memang setiap hari jam sebab ada 'constructions' kat situ.. so setiap pagi semua orang kenalah bertimbang rasa sikit..pendek kata tak bolehlah nak pentingkan diri sendiri jer...Aku bersyukur sebab setiap pagi ada polis trafik yang menjaga lalu lintas membuatkan perjalanan menjadi sedikit lancar..aku dapat bayangkan, kalau tak ada akak2 atau abang2 polis tur bertugas, mesti kesesakan jalan raya bertambah teruk..

Tapi yang membuatkan aku geram bila ada orang yang tak tahu menghargai tugas2 murni yang dijalankan oleh polis trafik tersebut..Ada ke patut seorang pemandu kereta memaki hamun seorang polis trafik gara-gara polis tersebut menyuruhnya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada kereta lain daripada arah yang bertentangan..Paling kesian sebab polis tersebut seorang wanita yang memang lemah lembut..

Bagi aku itu normallah sebab dia hanya menjalankan tugasnya...so kita kenalah respek dengan dia..tapi aku memang tabiklah kat polis tersebut sebab dia tetap bertegas dengan apa yang dilakukannya kerana apa yang dibuatnya itu memang betul...itu yang membuatkan pemandu gila tu tak puas hati..aku tengok muka pemandu tur pun rasa macam nak sepak jer..sangat kurang ajar!!! Sepatutnya orang macam tur perlu dihapuskan dari muka bumi ni..baru tenang sikit...

Majlis pernikahan Yatt & Talib

Selamat Pengantin Baru Yatt & Talib...Apa yang boleh aku cakap kat sini..aku nak tengok mereka ni sentiasa berbahagia dan cita2 mereka untuk mendapat 3 atau 5 orang anak terlaksana...Jaga diri elok2 dan teruskan kerjaya seni k..

Lap air mata!! Apapun aku doakan Yatt kekal bahagia melayari alam rumahtangga..memang banyak halangan dan cabaran tapi aku yakin Yatt dan Talib mampu mengatasinya..maklumlah dah sekian lama mengenali hati budi masing2..apa yang penting masing2 jaga perangai dan jangan nakal2.. he he

Tetap 'maintain' cantik..inilah ciri2 pelakon yang sebenar.. he he

Wajah ceria Yatt! Tak lekang senyuman dari wajah Yatt...dia memang baik dan layan semua peminat serta wartawan yang datang dengan baik..malah berpuluh2 kali dia suruh orang ramai yang datang makan untuk kali kedua..katanya supaya kenyang sampai ke rumah..sabar jer..

Antara barangan hantaran kedua2 belah pihak..memang cantik dan sesuai dengan pengantin..majlis pernikahan dan perkahwinan mereka bertemakan 'Cinta Kami'..


Ramai gak jurugambar yang datang ke rumah Yatt..sampaikan aku yang guna kamera kecik nie terpaksa duduk kat belakang jer..sebab dah tak ada ruang untuk menyelit.. he he

Dah lama tak jumpa Badang..tak sangka berjumpa di rumah Yatt..dia masih sama seperti dulu..tetap komited dengan kerjanya dan dah nampak macam sedikit kurus..apa rahsianya? he he


Yatt ni sedih atau sekadar berlakon sedih.. he he.. Katanya dia memang sedih sebab dia kini telahpun bergelar seorang isteri dan tanggungjawab besar menantinya kini...


Cantiknya Yatt..memang sesuai dengan Talib yang tak kurang kacaknya..semoga berbahagia k..



Inilah jurugambar yang berjaya mengambil banyak gambar2 Yatt yang menarik dan cantik..Namanya Jay..sampai berpeluhlah Jay dibuatnya..tapi Jay tetap nampak cantik dengan kameranya.. he he


Debaran si pengantin lelaki sebelum diijabkabulkan..tapi dengan hanya sekali lafaz, Yatt sah menjadi isteri Talib..cayalah!!!


Pengantin dan pengapit sama naik cantiknya..berkilat dan berseri2 muka Ila hasil 'sentuhan' jurusolek terkenal, Kak Fiza...


Wajah2 kegembiraan Yatt apabila bergelar raja sehari... Tapi Yatt ni memang cantik dan lebih cantik dengan personalitinya yang mudah mesra dan ceria..

Ila sibuk mengelap peluh Yatt...Oleh kerana orang yang terlalu ramai di dalam rumah Yatt, menjadikan keadaannya sedikit panas..namun majlis tetap berjalan lancar seperti yang dirancang...

Masa ni tengah makan beradab..tengok tur pengapit pengantin, Ila walaupun tengah makan tetap sempat lagik nak pose ayu..mujurlah si Ila ni cantik..dengar cerita ada orang yang nak berkenalan dengan Ila.. he he...

Walaupun tengah makan, pasangan mempelai tetap bersedia melayan permintaan jurugambar yang mahu mengambil gambar mereka...mesti kena nampak cantik walaupun mulut penuh dengan makanan...

Tengah sibuk interview..tapi masih sempat bergambar dengan Yatt..memang kelakar sebab Yatt ni jenis mudah mesra dan kuat cakap..so tak ada sesiapa pun yang malu bertanya pelbagai soalan kepadanya..

Kebanyakan soalan semuanya dijawab oleh Yatt...Talib pulak lebih banyak mendengar dan mencelah apa yang patut..Tapi Talib tidak sekali-kali menghalang Yatt untuk terus aktif di dalam bidang seni selepas ini...



Bergambar kenangan bersama rakan2 wartawan yang hadir..kebanyakan mereka datang sebagai sahabat kepada Yatt...

Himpunan doa2...

1. Doa Bangun Tidur
Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali.

2. Doa Masuk Tandas
Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan.

3. Doa Keluar Tandas
Ertinya: Segala Puji bagi Alllah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku.

4. Doa Sesudah Bersuci
Ertinya: Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada nifaq (pura-pura Islam) dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan keji.

5. Doa Apabila Berwuduk
Ketika mencuci tangan dan berkumur
Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang menjadikan air itu suci.

6. Doa Ketika Mencuci Muka Sesudah Niat
Ertinya: Ya Allah! beri cahaya wajahku pada hari bercahaya muka-muka orang mukmin dan hitamnya muka-muka orang kafir.

7. Doa Ketika Mencuci Tangan Kanan
Ertinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.

8. Doa Ketika Mencuci Tangan Kiri
Ertinya: Ya Allah! aku berlindung denganMu deari menerima kitab amalanku dari sebelah kiri atau dari sebelah belakang.

9. Doa Ketika Menyapu Kepala
Ertinya: Ya Allah! Halangilah rambutku dan kulitku dari api neraka.

10. Doa Ketika Mencuci Kaki Kanan
Ertinya: Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian yang lurus.

11. Doa Ketika Mencuci Kaki Kiri
Ertinya: Ya Allah! Janganlah Kau gelincirkan kaki kami di atas titian yang lurus

12. Doa Sesudah Wuduk (Sambil Melihat Keatas)
Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.

13. Doa Ketika Memakai Pakaian
Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah! Aku minta kepada Engkau dari kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padaNya, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pakaian ini dan dari kejahatan apa yang ada padanya.

14. Doa Memakai Pakaian Baru
Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rezeki pakaian ini tiada berdaya bagiku dan tidak sekuat tenagaku melainkan dengan Alllah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

15. Doa Ketika Menanggalkan Pakaian Dari Badan agar Tidak Diganggu Jin dan Syaitan
Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia.


16. Doa Sesudah Azan Dan Iqamah
Ertinya: Ya Allah! Tuhan ini seruan yang sempurna dan solat yang didirikan, berikanlah Nabi Muhammad perantaraan dan keutamaan, dan tempatkan beliau pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya engkau tidak akan memungkiri janji.

17. Doa Menolak Gangguan Syaitan Semasa Sembahyang
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.

18. Doa Ketika Masuk Rumah
Ertinya: Ya Allah!Aku minta dari Engkau baiknya rumah yang ku masuki dan kebaikan rumah yang kami tinggalkan, dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, kepada Allah Tuhan kami, kami berserah diri kepadaNya.

19. Doa Naik Kenderaan Darat
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

20. Doa Naik Kenderaan di Air
Ertinya: Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini berlayar berlabuh, sesungguhnya Tuhanku maha Pemaaf lagi maha Pengasih.

21. Doa Musafir
Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

22. Doa Ketika Melihat Seteru / Musuh
Ertinya: Wahai zat yang menguasai hari akhirat, kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau pula kami meminta tolong.

23. Doa Ketika Menerima Berita Orang Meninggal Dunia
Ertinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.

24. Doa Agar Dapat Membayar Hutang.
Ertinya: Ya Allah, cukuplah dengan yang dihalalkan oleh Engkau, jauhkanlah dari yang diharamkan oleh Engkau, layakkanlah aku dengan anugerah Engkau, jauhkanlah daripada mengharap-harap selain dari Engkau.

25. Doa Menghilangkan Penyakit Pada Diri Sendiri
Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi pengasih (3 kali). Aku berlindung kepada Allah dengan kemuliaanNya dan kuasaNya daripada kejahatan apa yang aku temui dan aku takuti.

26. Doa Melihat Orang Sakit
Ertinya: Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit.

27. Doa Memejamkan Mata Mayat Yang Masih Terbuka (Dibaca Berkali-kali Sambil Memejamkannya)
Ertinya: Dengan nama Alllah dan atas agama Rasul Allah s.a.w.

28. Doa Ketika Seterunya Mati
Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang menolong hambaNya dan memuliakan agama-nya.

29. Doa Menziarah / Melihat Kubur
Ertinya: Sejahtera bagimu wahai ahli kubur, semoga Allah mengampuni kami dan kamu mendahului kami dan kami akan mengikuti.

30. Doa Meminta Hujan
Ertinya: Ya Allah! Turunkanlah hujan kepada kami, janganlah kami dijadikan golongan orang-orang yang keputusan hujan (tidak diberi hujan). Ya Allah! Suburkanlah bagi kami tumbuh-tumbuhan, banyakkanlah susu untuk kami, hujanilah kami dari keberkatan dari langit bumi.

31. Doa Ketika Ketika Angin Kencang
Ertinya: Ya Allah! Aku minta kepadaMu baiknya angin dan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diutuskan dengannya, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin dan kejahatan apa yang dibawa dengannya. Ya Allah! jadikanlah angin ini rahmat bagi kami dan janganlah dijadikan angin ini menyeksakan.

32. Doa Ketika Mendengar Petir
Ertinya: Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu dan janganlah Engkau merosakkan kami dengan seksaanMu dan sihatkanlah kami seperti sebelum ini.

33. Doa Ketika Hendak Makan
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

34.Doa Untuk Pengantin
Ertinya: Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

35. Doa Ketika Bersin
Yang bersin berdoa:
Ertinya: Segala puji bagi Allah.
Yang mendengar berdoa:
Ertinya: Semoga Allah memberi rahmat kepadamu.
Yang bersin mendoa:
Ertinya: Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu.
Yang mendengar bendoa:
Ertinya: Semoga Allah memberi petunjuk kepada kami dan kepada kamu dan memperbaiki urusan kamu.

36. Doa Ketika Masuk Masjid
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah dosaku dan bukalah bagiku pintu rahmatMu.

37. Doa Ketika Keluar Masjid
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah dosaku dan bukalah bagiku pintu keampunanMu.

38. Doa Ketika Melihat Diri Di Cermin
Ertinya: Segala Puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah budi pekertiku.

39. Doa Supaya Diampuni Tuhan Dari Segala Kesalahan
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah dosaku, kesalahanku, kebodohanku segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui dariku.

40. Doa Untuk Ibu Bapa
Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

41. Doa Kebahagian Keluarga
Ertinya: Ya Tuhan kami! Berilah kami Isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang taqwa.

42. Doa Keselamatan Dunia Akhirat
Ertinya: Ya Allah! Kami minta ampun kepadaMu dan kesejahteraan agama di dunia dan di akhirat.

43. Doa Ketika Masuk Pasar
Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah! Aku minta Engkau kebaikan apa yang ada di dalamnya. Ya Alllah! Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pasar ini dan kejahatan apada yang ada dalamnya.

44. Doa Menghilangkan Marah
Ertinya:Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

45. Doa Menjinakkan Haiwan
Ertinya: Apakah yang mereka kehendaki selain dari agama Allah, sedangkan semua makhluk yang di langit dan dibumi tetap tunduk kepadaNya dan kepadaNyalah kami kembali.

46. Doa Pembuka Hati
Ertinya: Ya Allah! Lapangkanlah hatiku dan mudahkanlah urusanku, lancarkanlah lisanku agar mereka mengerti perkataanku.

47. Doa Keselamatan Diri Sendiri
Ertinya: Ya Tuhan! selamatkan aku dari orang-orang yang zalim.

48. Doa Keselamatan Umum
Ertinya: Ya Allah! Kami minta kepada Engkaau keselamatan dari perbuatan mereka dan kami minta dijauhkan dari perbuatan mereka.

49. Doa Kesejahteraan (Doa Sayyidatina Aisyah)
Ertinya: Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

50. Doa Sayyidatina Fatimah
Ertinya: Wahai Zat yang hidup Zat penjaga alam! Aku minta pertolongan dengan belas kasihanMu, janganlah Engkau biarkan atau sekelip mata juapun dan perbaikilah semua urusanku.

51. Doa Mohon Darjat
Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku dan aku ini hina maka muliakanlah aku, dan aku fakir maka kayakanlah aku, wahai Zat yang amat pengasih.

52. Doa Meminta Dikabulkan Keinginannya
Ertinya: Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan terimalah uzurku.

53. Doa Sesudah Berbuka Puasa
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

54. Doa Bersetubuh
Ertinya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami.

55. Doa Penjagaan harta Kekayaaan Agar Tidak Kena Bahaya
Ertinya: Dengan nama Allah, segala sesuatu kehendak Allah, tidak ada daya upaya melainkan pertolongan Allah, segala kehendak Allah, semua kenikmatan dari Allah, segala sesuatu dari Allah, semua kebaikan kepunyaan Allah, segala sesuatu kehendak Allah, tidak ada yang dapat menjauhkan kejahatan melainkan Allah.

56. Doa Menjauhi Kejahatan
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada kepayahan kemalangan, daripada jurang kecelakaan dan dari kemalangan nasib dan ejekan musuh.

57. Doa Ketika Dalam Kesempitan
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang.

58. Doa Keselamatan
Ertinya: Ya Allah! Kami minta keselamatan agama dan kesejahteraan badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki dan suka takut sebelum mati, mendapat rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.

59. Doa Menuju Kebahagiaan
Ertinya: Ya Allah! Aku minta kepada Engkau kebahagian di muak pengadilan dan tempat orang-orang yang mati syahid dan penghidupan orang-orang yang bahagia dan pertolongan mengatasi musuh.

60. Doa Awal Bulan
Ertinya: Allah maha Besar, Ya Allah jadikan bulan ini keatas kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, kesejahteraan dan taufik kepada apa-apa yang dicintai dan diredhai olehMu. Sesungguhnya tuhan kami dan tuhan kamu adalah Allah.

61. Doa Ketika Kesenangan
Ertinya: Puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya menjadi sempurna kebaikan.

62. Doa Ketika Membayar Hutang
Ertinya: Semoga Allah memberkatimu dan keluargamu dan harta bendamu dan semoga membalasmu dengan kebaikan.

63. Doa Ketika Melihat Tanamannya Berbuah.
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah bagi kami dalam buah-buahan kami dan berkatilah bagi kami dalam negeri kami dan berkatilah bagi kami dalam sukatan kami.

64. Doa Meminta Mimpi
Ertinya: Ya Allah! Perhatikanlah kami kebenaran dengan yang benar dan berikanlah kami jalan mengikutinya dan perhatikanlah kami kebatalan dengan yang batal dan berilah kami jalan menjauhinya.

65. Doa Ketika Mendapat Mimpi Baik
Ertinya: Puji bagi Allah yang telah memberi hajatku.

66. Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari jahatnya mimpi.

67. Doa Qunut Nazilah
Ertinya: Ya Allah! Bantulah kami, Engkau sebagus-bagus Penolong, bukakanlah (menangkanlah) kami, Engkau sebagus-bagus yang membukakan, ampunilah kami. Engkau sebagus-bagus Pengampunan, kasihanilah kami, Engkau sebagus-bagus Pengasih, berilah kami rezeki. Pemberi Rezeki, tunjukkanlah kami dan hindarkanlah kami dari kaum yang zalim


68. Doa Hendak Mendirikan Rumah
Ertinya: Wahai Tuhan! Tempatkanlah aku di tempat yang diberkati, Engkau sebaik-baik yang menempatkan.

69. Doa Memperkukuhkan Pemberian Tuhan
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari hilangnya nikmat pemberian Engkau dan luputkan kesihatan yang Engkau kurniakan dari datangnya pembalasan seksa Engkau dan dari semua kemurkaan Engkau.

70. Doa Menjauhkan Kejahatan
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan apa yang aku perbuat dan dari kejahatan semua yang punya kejahatan, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.

71. Doa Husnul Khatimah ( Baik Akhirnya)
Ertinya: Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya.

72. Doa Ketika Melihat Orang Demam Panas
Ertinya: Dengan nama Allah yang maha agung, kami berlindung kepada Allah yang maha luhur dari kejahatan urat yang berdarah dan dari kejahatan panasnya api neraka.

73. Doa Ketika Ditimpa Sesuatu Musibah
Ertinya: Mencukup Allah bagi agamaku, mencukupi Allah bagi duniaku, mencukupi Allah bagi apa yang menyusahkan aku, mencukupi Allah bagi yang menganiaya aku, mencukupi Allah orang yang berniat jahat kepadaku, tidak ada daya upaya dan tidak ada kuasa melainkan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

74. Doa Meminta Tetapkan Imam Dan Islam
Ertinya: Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.

75. Doa Meminta Manafaatkan Anggota
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak manafaat dan hati yang tidak khusyuk dan doa tidak diterima dan jiwa yang tidak kencang.

76. Doa Tolak Bala
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

77. Doa Menghantar Orang Mengerjakan Haji
Ertinya: Semoga Allah membekalimu dengan taqwa dan menghadapkanmu ke dalam kebaikan dan semoga Allah menyelamatkan mu dari kesusahan.

78. Doa Menjemput Orang Yang Mengerjakan Haji
Ertinya: Semoga Allah menerima hajimu dan mengampuni dosamu dan memperoleh perniagaan yang menguntungkan.

79. Doa Menjelang Bulan Rejab
Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

80. Doa Didalam Lailatul Qadar
Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku.

81. Doa Akhir Tahun Hijrah - 29 Zulhijjah Selepas Solat Asar
Ertinya: Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya, walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam.

82. Doa Khusus Awal Tahun Hijrah - 1 Muharram Selepas Solat Maghrib
Ertinya: Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam.

Monday, March 30, 2009

Mandi..katanya...

Mandi...

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

* Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

* Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

* Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

* Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Tertekan diperiksa...

Sangat tertekan bila ada orang yang nak periksa penampilan aku..rasa macam nak cekik jer..terpaksalah aku dengan E duduk kat dalam library..carik bahan dan dalam masa yang sama 'tarik muka'.. Rasa macam budak sekolah pun ada..biarlah asalkan mereka puas dengan apa yang mereka lakukan..



Gaya pasrah daripada kitaorang... he he he

Renungkan...

Malang sungguh jika usia yang singkat ini kita isi dengan hal-hal yang tidak membahagiakan. Apakah kita yakin kita akan berbahagia di akhirat kelak, maka kerana itu kita bermain dengan sifat buruk yang mencarik kebahagiaan tatkala kita hidup di dunia?

kuiz siapa pintar...

Ini masa kitaorang pergi pertandingan akhir kuiz Siapa Pintar yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam...Masa kuiz ni tak ramai wartawan yang datang sebab tak boleh kuarkan citer apa pun..embargo katanya...

Ini CK dan Nana (Bintang Kecil)..aku tak sangka pula diaorang ni pun g sekali event tur..so adalah jugak kawan untuk berborak kat situ..hari pulak hujan lebat..pasrah jer la menunggu...mujurlah ada Farina dan Faiz yang banyak membantu.. he he..siap payungkan kitaorang g kat kereta lagi.. he he he...

Ini satu lagi pose daripada kami..tapi CK tak suka sebab katanya dia nampak gemuk daripada sisi tersebut..so terpaksalah aku berdiri dan bertukar tempat dengannya..sabar jer tau..tapi aku tengok dia tak adalah gemuk sangat..just nice dengan ketinggian dan bentuk tubuhnya...

Ini Shira TV9..masa mula2 kenal dulu dia ni pendiam sikit..tapi bila dah lama2 kawan..barulah tahu dia nie jenis banyak cakap jugak..kawan Shima..dari UIA...

cinta?...

Cinta tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Hanya ada satu pelita yangg dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri iaitu rasa cinta & kasih sayang pada segala yang bernyawa - INNAYAN KHAN
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Kehidupan ini seumpanma bunga, maka cinta adalah madunya - HAMKA
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga - PEPATAH INGGERIS
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan itu adalah orkestranya - PEPATAH DENMARK

Sunday, March 29, 2009

Gambar2 birthday Fasha..

Ini antara gambar2 yang aku berjaya ambiklah..tapi gambar2 nie kurang menarik sebab kebanyakannya berebut2 dengan jurugambar profesional yang mahu merakamkan gambar Fasah.. he he..

Inilah kek birthday nyer...memang cantik dan sedap..katanya ditempah khas untuk birthday tersebut...tapi harganya aku tak tahulah berapa...

Antara makanan yang disediakan..ini sebenarnya makanan sampingan jer..makanan utamanya nasi minyak yang berlaukkan ayam masak merah, daging masak kurma, acar dan macam2 lagik la..memang sedap pun...

Ini pulak pulut kuning yang dibuat untuk birthday Fasha...nampak menyelerakan tapi tak tahulah bila diaorang makan..sebab sampai aku balik pulut kuning ni tetap utuh seperti bentuk asalnya..he he

Fasha bersama ahli keluarga terdekat..katanya walaupun apa yang berlaku dia gembira sebab keluarga sentiasa memberikan sokongan kepadanya...

Gaya Fasha di kerusi..menurut Fasha dia baru sahaja sebulan pindah ke rumah tersebut. Katanya rumah itu dibeli untuknya dan juga kakaknya..baru sebulan, patutlah rumah tersebut nampak kosong jer..tapi tetap cantik..maklumlah rumah tur pun berharga ratusan ribu ringgit..aku tak mampu lagi nak beli.. he he


Ambik gambar ala Fasha.. he he..Aku, Fasha dan Nan buat perangai dengan bergambar ala gila2..mujurlah ada shahril yang tolong ambik gambar nie...at least adalah jugak gambar bertiga.. he he..


Satu lagi 'pose'..kitaorang kalau bergambar memang tak cukup sekeping..mesti nak berkeping2 lagik.. he he..


Antara gambar2 Fasha yang paling cantik berjaya diambik oleh aku.. he he..


Oleh kerana baju Fasha putih dan dinding rumahnya pun putih..terpaksalah aku suruh Fasha 'bermain' dengan bantal2 kecil IKEA tu supaya nampak ada warna sikit..tak adalah terlalu pucat.. he he...


Sebelum potong kek..mestilah ada sesi menyanyi lagu 'birthday'..mulanya Fasha tak nak kerana dia merasakan kurang sesuai..tapi atas permintaan ramai serta ahli keluarga yang hadir..makan berkumandang jugalah lagu tersebut..kelihatannya Fasha ceria dengan usia barunya itu...


Fasha ketika mengalunkan surah Yassin...memang dia nampak sopan dan ayu dengan baju kurungnya itu...

Antara senario kat umah Fasha...

Dengan Fasha...

Masa ni birthday umah Fasha..aku bukannya datang kerana bekerja tapai datang sebab memang kenal dia..lagipun hargai jemputan dia..itu jer..apa yang penting di dalam majlis kenduri kesyukuran dan bacaan Yassin tur..Fasha kelihatan cantik dan anggun dengan baju kurung warna putihnya...paling penting kebanyakan rakan2 rapatnya turut hadir memberikan sokongan...sebenarnya banyak lagi gambar2 Fasha..cuma tak sempat nak masukkan..nantilah bila ada masa aku masukkan lagik k...kepada Fasha..selamat menyambut ulang tahun ke-25 dan semoga azamnya untuk bergelar isteri pada tahun ini akan terlaksana...

Cantik tak baju Fasha? Paling cantik sebab Fasha turut mengenakan tudung..Mujurlah aku pakai baju putih sebab majlis tersebut bertemakan warna putih..suci dan bersih..Thanks Nana sebab ambik gambar nie..memang cantik.. he he..

Antara aksi2 kitaorang..he he..masa nie bukan aku sorang jer tapi lebih 80 orang tetamu Fasha turut mahu bergambar sama dengannya..saja untuk buat kenang-kenangan..sebab kata Fasha lepas kahwin dia mungkin akan berhenti jadi pelakon..mahu memberi tumpuan kepada rumahtangga dan keluarga..baguslah kalau macam tur...

Ada rama2 lagik..ini semua kerja Nana yang memang kawan baik dengan Fasha.. he he..tunggu tau sebab ada banyak lagik gambar yang akan dimasukkan.. he he


Antara gambar yang paling aku suka..walaupun nampak gemuk sikit tapi terpaksalah aku berpuas hati..paling best pada malam tur makanannya yang sedap2 belaka...rugi tau siapa yang berdiet..Nana terpaksa melupakan rasa 'gatalnya' dan terus makan semua hidangan yang disediakan.. he he