Thursday, March 26, 2009

kadang2 sangat membosankan...

Hari nie sebenarnya semuanya OK... Tapi ada jugak perkara yang membuatkan aku bosan dan penat...apapun aku puas sebab dapat makan 'pau seksyen 18' yang sememangnya lembuit, sedap dan mengeyangkan.. he he.. Pagi tadi kat ofis ada meeting pendek dengan editor..semuanya berjalan lancar dan tak ada apa2 masalah yang timbul..mujurlah abang gg jadi penyelamat untuk minggu nie...kalau nak tahu penyelamat tentang apa..kenalah dapatkan Bacaria pada Sabtu depan.. he he.. Tengahari pulak berjalan seperti biasa..G makan dengan kawan2..tapi kat ofis sangat membosankan sebab semua warga 'island' keluar. Ada tugasan luar katanya...tapi nak buat macam mana..nama pun wartawan..so kenalah biasakan diri dengan keadaan macam nie...

Yan seperti biasa akan cari 'contact' untuk jejak jutawan dan personaliti..


Wanie pulak dengan kes2 prihatin..setiap minggu dia mesti melawat rumah2 orang susah atau orang yang ada penyakit kronik..Baguslah..sekurang2nya dia dapat membantu orang2 yang kurang bernasib baik..

Wawan pulak sibuk dengan pelbagai tugasan hiburan yang semakin banyak sejak kebelakangan nie..lebih mencabar sebab dia perlukan bahan2 yang cukup sensasi dan menarik..tapi mujurlah industri kita tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah artis yang sensasi . Kisah perkahwinan, penceraian, artis berpeluk, artis berkemban dan artis putus cinta semuanya pernah dikorek oleh Wawan.. he he...

E pulak setiap hari akan keluar mencari bahan untuk Jom Makan2 dan Warna2 Kehidupan...kalau tak keluar matilah dia sebab tak ada bahan..maklumlah kolum macam nie kena kreatif dan berjalan..bukan setakat kat bandar2 jer tapi sampai ke ceruk kampung..Sebabnya cerita2 orang kampung lebih menarik dan dekat dengan pembaca Bacaria..

Aku pulak ada kolum sendiri dan perlu gak dapatkan bahan..so esok aku kena keluar interview para remaja dan mencari gosip yang bersesuaian dengan kolum aku.. he he...Kalau dah ada tugasan, mestilah ada juru foto...

Nana mesti wajib kalau aku atau E buat kerja luar..gambar2nya memang meletop dan memuaskan hati..he he..paling best sebab dia akan ambik gambar we all sekali.. he he..

'Kalau nak orang respek kita..kita perlu respek orang lain dulu'....

1 comment:

  1. luving ur last-line!
    tapi...sblm kite respect org lain...respect n syg diri sendiri dulu okay?!
    keep on writing! *winks*

    ReplyDelete