Wednesday, April 22, 2009

Aktiviti Hari Ini...


Hari ni sebenarnya aku dok ofis jer..baca semua 'layout' artikel yang aku buat untuk minggu nie..memang sedikit bosan tapi setakat nie semuanya berjalan dengan lancar..esok pula ada meeting dengan editor..pening sebab tak ada idea yang nak ditengahkan untuk minggu depan...risau jugak la...

Tapi petang nie dalam kol 5.00 nak keluar dengan Teha Klik ke Mid Valley sebab ada pertunjukan fesyen..harap2 kat sana aku dapat berjumpa dengan beberapa orang remaja yang berpotensi untuk dijadikan Personaliti Remaja...maklumlah kolum yang aku pegang sekarang kebanyakannya berkisar tentang aktiviti remaja dan juga lelaki...
Malamnya pulak kalau sempat aku nak g tengok pementasan teater Patung Kertas untuk musim yang kedua..citer ni aku pernah tengok untuk musim pertama dulu..memang menarik dan tak membosankan..so untuk musim kedua aku harap teater ni akan lebih menyerlah...harap2 Ashraf Muslim dapat berlakon dengan hebat...he he..

Sekarang ni aku dah jarang lepak dengan kawan2 lepas kerja..sebab aku dah mulakan sesi latihan kat gym kat area rumah aku..kiranya dah dekat 2 minggu aku memulakan sesi latihan..hari pertama memang penat..sampai sakit2 badan..tapi bila dah beberapa hari buat latihan tur semuanya beransur OK..paling best sebab budak2 lain yang g gym tur tak pernah nak kutuk2 atau senyum sindir kat aku yang tak larat sangat nak angkat benda2 berat nie..malah diaorang bagi sokongan lagi..jadi aku tak ada la malu sangat.. he he...

No comments:

Post a Comment