Tuesday, April 7, 2009

Maskulin Final...

Baru2 ni aku jadi kru untuk event maskulin final..sepatutnya aku menjaga pakaian yang akan dipakai oleh semua finalis..tapi di saat2 akhir aku ditugaskan pulak untuk menjaga artis yang akan membuat persembahan..aku tak kisahlah sebab aku rasa aku boleh buat kerja tur dengan baik..tapi aku tak sangka pulak sebenarnya menjaga artis lebih susah daripada apa yang aku gambarkan..tapi aku bersyukur sebab semuanya berjalan dengan baik hinggalah majlis selesai...

Masa makan..walaupun makan nasi bungkus jer tapi tetap sedap..sebab memang tengah lapar dan makanan yang disediakan pulak sedap.. he he..lauknya sama merah dengan baju yang aku pakai..
Ini antara finalis yang mengambil bahagian..walaupun tak menang apa2 anugerah tapi aku suka dengan sikap dia yang tak sombong..kalau jumpa orang pun mudah senyum..so aku doakan dia walaupun tewas dia tetap akan berjaya lepas ni..

Rakan kru..Paan dan E..Paan aku tak pasti dia buat apa tapi E ditugaskan menjaga lampu..kata E kerjanya nampak senang tapi hakikatnya memang sukar..maklumlah nak ikut orang berjalan sepanjang masa kat atas pentas tur..

Dengan Farah H..dia nie ketua juri dan kebanyakan pemenang pada hari tersebut tak jauh daripada ramalan kitaorang...

Dengan Lizard Maskulin..sajer nak bergambar dengan dia..ni sebelum event bermula..so ada masa lagik nak lepak2..bila event mula jer..Lizard terus sibuk kat atas dan tak boleh diganggu..sabar jer la.. he he

Ini Zahrin peserta kegemaran aku..dia pun tak menang apa2..tapi aku suka kat sikap dia yang peramah walaupun tak banyak cakap..masa nak ambik gambar nie aku sengaja suruh dia duduk sebab dia ni terlalu tinggi..kalau dia berdiri aku sampai kat pinggang dia jer.. he he..

Ini pulak Yusoff..dia dapat tempat ketiga dan berasal dari Kelantan..antara peserta yang paling tak sombong..sikap macam ni la yang kita patut carik..harap2 dah popular nanti jangan pula berubah sikap k..

Dengan E..

Inilah Yusoff..walaupun aku dah cuba meniggikan diri namun tetap nampak rendah..he he..tapi dia ni memang sporting habis tau..

Bergambar kenangan bila event dah habis...

Inilah dia deretan pakaian yang dipakai oleh semua finalis..memang happening kat belakang pentas sebab semua orang nak cepat..mujurlah semuanya berjalan lancar...

Gaya lelaki maskulin katanya.. he he..Thanks Jay...

Putihnya kitaorang berdua ni..ni la Yana yang bertindak sebagai jurufoto dalam majlis tersebut..memang meriah bila semua kawan2 dapat lepak bersama...

Izwa dan Mizi merupakan orang kuat event tur..tapi ini sebelum event berlangsung..so tekanannya tak begitu dirasai lagi..tapi bila event dah berlangsung dan macam2 perkara berlaku..ketika itulah ianya begitu menguji kesabaran.. he he

Kat mana2 pun tetap sempat ambik gambar...

Merahnya kami..masa ni kitaorang berdua tengah tunggu ketibaan para artis jemputan...ini antara saat2 tertekan..tapi semuanya berjalan dengan baik sebab ada 'backup'..mujurlah semua pihak bertindak profesional...

Ayie yang ambik gambar nie.. he he..

Selepas acara berakhir..ini sesi untuk kita2 jer.. he he..walaupun penat tapi semuanya puas sebab segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang...

Gambar kenangan yang paling best..masa nie semua orang nampak hepi sangat dan meriah..he he..

1 comment:

  1. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Agar Anda Kelihatan Lebih Macho Dan Kacak....Jangan Segan2.....Milikilah Badan Impian Anda Disini....

    ReplyDelete