Wednesday, April 29, 2009

Emma Akma & M. Rajoli...

Sebelum tulis apa2..aku mintak maaf sebab tak dapat nak masukkan gambar2 terbaru..tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman dengan kawan2 ketika aku buat tugasan di rumah pelakon Emma Akma dan M. Rajoli..

Emma Akma - Sebenarnya aku terpaksa ikut tugasan Zira MH sebab jurugambar kitaorang sama iaitu Nana. Aku ingatkan Emma Akma duduk rumah lama, rupa2nya dia ada rumah baru selepas berpisah dengan suaminya. Aku suka tengok perubahan Emma yang kini semakin positif dan gembira dengan kehidupan bersama anak2nya...Dulu aku selalu ingat, sesiapa yang berpisah dengan insan tersayang akan merana. Tapi Emma dah buktikan bahawa jika kita kuat dan sabar, segala masalah akan berlalu dengan senang. Tahniah Emma. Rumah baru Emma pun cantik dengan konsep yang ringkas tapi menarik....

M. Rajoli - Rumahnya kat area Keramat. Masa nak g tur sesat2lah jugak dan terpaksa bertanya beberapa orang kat area situ..Namun layanan baik yang diberikan oleh Kak Mah, isteri pertama M. Rajoli membuatkan aku selesa. Aku dapat rasakan perasaan Kak Mah yang agak kecewa dengan beberapa tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan keluarganya. Walaupununcle M. Rajoli tak dapat bersembang, tapi wajahnya yang kebapaan, sangat menyejukkan mata yang memandang. Paling penting dia masih boleh bercakap walaupun agak perlahan dan sukar untuk difahami. Ketika itu barulah aku sedar, aku perlu buat persiapan sebelum menjelang hari tua..tak kisahlah dari aspek apa pun..termasuklah kesihatan diri dan harta benda....

No comments:

Post a Comment