Wednesday, April 1, 2009

Kesakitan Abu 2

Ini ada satu lagi sesi lawatan Abu kat Hospital Pantai..biasalah kawan2 lagi over daripada orang yang sakit.. he he..tapi seronok sebab Abu dah semakin pulih dan diberitahu oleh doktor bahawa hari Sabtu nie dia mungkin akan diizinkan keluar..so dah ingatkan Abu supaya amalkan gaya hidup sihat dan jangan nakal2 lagik.. he he..

Makan tetap makan..Trisha telah membeli empat bungkus nasik lemak berlaukkan sotong, telur dan ikan bilis..dua daripadanya dihabiskan oleh Hairy...Mujurlah Trisha beli nasi lemak..kalau tak terpaksalah menahan rasa lapar sebab yang ada kat situ hanyalah biskut dan buah2 jer...Malam nie tak dapat la melawat Abu lagi sebab i kena g Kedah..temankan Wanie..harap2 semuanya berjalan lancar...

Ini Shan..kawan Trisha..dia pun datang melawat Abu..Tapi sekejap jer la sebab dia terpaksa bergegas ke Meru kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya..Thanks Shan..

Gaya over daripada kawan2 Abu..Mujurlah Abu dah ok sikit..kalau tak dia mesti tension dan menangis tengok perangai kawan2 dia..ha ha ha...

Trisha tetap bergaya anggun dengan Abu...

Makan nasik lemak..memang sedap tapi tak larat nak makan sangat sebab aku dah kenyang makan kat rumah sebab housemate aku masak..sedap jugak Yasri masak...ikan goreng dan sayur kailan ikan masin serta telur goreng...

No comments:

Post a Comment