Wednesday, April 29, 2009

Moment Emma & M. Rajoli...

Sebelum ni aku dah citer sikit tentang Uncle M. Rajoli dan Emma Akma..di sini aku masukkan gambar2 yang sempat diambil oleh Nana..walaupun tak banyak tapi adalah jugak kenangan di antara kami...

Sebenarnya M. Rajoli merupakan antara pelakon kegemaran aku..aku paling suka kalau dia berlakon bawakan watak orang yang warak..memang menjadi..tapi sekarang uncle ni dah sakit dan pelru diberikan perhatain oleh keluarga dan anak-anaknya..masa aku, Zira, Wanie dan Nana datang melawat, kitaorang dilayan dengan baik oleh isteri pertama uncle, Kak Mah...Banyak jugaklah benda yang Kak Mah ceritakan pada kitaorang..dia memang baik dan penyayang...

Sedih jugaklah tengok keadaan uncle..apa yang boleh aku buat..doakan uncle sihat seperti dahulu dan boleh berlakon kembali..kepada para peminat uncle, Kak Mah cakap pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja dan dia pun tak pernah halang tetamu yang datang berkunjung....

Masa ni kat umah Emma Akma..aku dengan Zira berangan memakai Tiara kepunyaan Emma..memang kelakar menurut Emma, Tiara tur semua bukti bahawa dia pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik dan muncul sebagai pemenang...

Aku cukup suka dengan konsep rumah Emma..kelihatan ringkas dan bersih..Dia pulak guna kombinasi warna merah, putih dan hijau (warna kegemaran aku)...Dulu rumah lama aku pun guna konsep warna hijau..tapi sekarang aku dah berpindah dan duduk di rumah lain..lebih sederhana tapi menenangkan...

No comments:

Post a Comment