Tuesday, April 21, 2009

Moment Di JW Marriot...

Ini event sokongan selebriti terhadap kempen AIDS yang diadakan di JW Marriot, Bukit Bintang baru-baru ni. Aku pergi event tur sebab katanya Datuk Siti Nurhaliza turut datang. Tapi tak ada rezeki nampaknya sebab Datuk Siti ada hal lain..tapi tak kisahlah sebab artis2 lain yang datang pun tak kurang hebatnya...apa yang penting mereka ikhlas dan mahu mendekatkan diri mereka dengan masyarakat..

Fahrin Ahmad ni pun sporting sangat...tanyalah dia pasal apa pun, dia pasti dengan mudah akan memberikan kerjasama..malah dalam event ni pun dia datang secara sukarela tanpa mendapat sebarang bayaran..baguskan!!tahniah!!

Inilah dia Owen Yap..ini kali pertama aku jumpa dengannya dan terkejut sangat bila dia cakap umurnya dah 35 tahun..sebab mukanya memang nampak muda..selain wajah yang elok, aku suka dengan dia ni sebab dia tahu menghormati orang lain yang ada di sekelilingnya...tak macam artis2 lain yang lebih suka buat hal sendiri kalau tak ada kawan2 dalam sesebuah majlis...

Umie Aida memang gila2..tak kisah la bila atau dimana..apa yang paling best dengan dia ni, sangat baik dan suka senyum (propa sangat)..he he...tapi sekarang dia ni bertambag langsing dan cantik..

Dengan Faizal Tahir yang memang popular dengan lagu Cuba dan Sampai Syurga..Masa nie keadaan agak kelam kabut sikit..sebab tur buka nota pun aku cuma sempat letak kat tempat yang tidak sepatutnya..Tapi masa hari tur Faizal memang sporting habis..malah ketika ditanya tentang isu yang konon2nya dia selalu datang lambat sekarang..dia masih boleh senyum lagik..katanya kebetulan masa tur dia terlewat dan wartawan sampai awal daripadanya..tapi pada event nie, Faizal merupakan selebriti paling awal yang sampai..tapi tak ada pulak yang nak buat story pasal tur..sabar jer la Faizal..inilah lumrah jadi orang popular..

Dengan Dayang Nurfaizah..setiap kali berjumpa mesti nak bergambar walaupun dah banyak kali bergambar bersama..saja nak buat kenang-kenangan.. he he..

Masa ni PC Minggu Setiausaha Azharina yang diadakan di Hotel Istana..aku pergi pun sebab katanya ada ramai selebriti lelaki yang datang kat event tur..tapi ADO..biasalah..nak buat macam mana..nama pun kerja.. he he

No comments:

Post a Comment