Sunday, April 26, 2009

Anniversary Wanie & Syah

Ini merupakan majlis sambutan anniversary Wanie dan Syah untuk yang kelima tahun (kalau tak salah la) serta sambutan hari lahir Syah yang ke 25 tahun..semoga hubungan mereka berkekalan dan Syah pula dimurahkan rezeki dan panjang umur..Sambutan ni dibuat di Pizza Hut seksyen 20, Shah Alam..Walaupun secara kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan kehadiran teman-teman rapat Wanie.. he he..

Pelikla..kenapa gambar Saylo pulaj yang pertama keluar..sedangkan dia tak ada pun dalam event tur..tapi tak kisahlah sebab Saylo sempat bergambar dengan cup cake lambang percintaan Wanie dan Syah..

Bukti aku tengah lapar..tak sedar pun Wanie atau Yan ambik gambar nie..hari tur aku makan dua keping Pizza dan dengan rasminya hancur diet aku..tapi tak per la..sekali sekala raikan hari bahagia kawan2.. he he

Inilah makanan yang kitaorang makan..mujurlah masih dalam kawalan bajet Wanie..sebab Wanie dah awal2 lagi ingatkan kitaorang bajet yang disediakannya..tapi kitaorang pun faham..takkanlah makan berlima sampai RM300..kat Pizza Hut jer pun.. he he..

Inilah Yan yang paling cute dan meletop (katanya) ...sekarang Yan dah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi dengan Jai..so orang lain dah tak ada peluang la ye..he he

Aku dengan E tetap jadi diri sendiri hari tur..harap2nya Syah tak kisah Wanie kawan dengan kitaorang...kalau dia jeles jugak tak tahulah..

Bahagianya Wanie!! Kontrol sangat masa Syah tengah suapkan cup cake tur..kalau tak mesti sampai tangan2 Syah dia makan sekali..maklumlah rindu sebab dah lama tak jumpa..sebenarnya Wanie nak sambut birthday Syah ni kat Senawang, Negeri Sembilan. Tapi oleh kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, ianya terpaksa diadakan di Shah Alam jer..kalau diingatkan kembali mesti kelakar...he he

Nampak sangat Wanie sedang memaksa Syah makan cup cake tur..walaupun nampak macam Syah tak suka..tapi terpaksalah jugak dia menganga luas2 supaya Wanie tak kecik hati.. he he..Wanie perlu selalu adakan event macam nie..mesti lagik best..lepas nie buat kat tempat lain la pulak.. he he

Inilah hadiah harijadi..sepasang cincin untuk Wanie dan Syah..harap2 lepas ni cepatlah sikit diaorang ni kahwin..bukannya apa..lama sangat berkawan..bahaya k..

Inilah satu2nya gambar yang kitaorang berlima bergambar bersama..sebabnya pada hari ni Nana ada tugasan kat luar..so dia tak dapat nak join..kalau dia ada mesti lagik meriah dan gembira sebab Nana suka buat kelakar..

Inilah rupanya cup cake yang dibeli oleh Wanie khas untuk menyambut hari jadi Syah..dibeli melalui on line tau..warna pilihannya merah dan putih..katanya lambang kehangatan cinta yang membara dan hati Wanie yang kudus..entahlah betul atau tak..he he..

Wajah2 tak sabar Wanie..Syah pulak lebih cool dan nampak macam sedikit penat..aku rasa badan Syah pun dah makin kurus..tak tahulah apa yang Wanie buat sampai macam tu sekali jadinya Syah tur... Walaupun Syah nampak malu2 tapi dia sporting la jugak sebab boleh berborak...

Wajah gembira dan teruja Syah dan Wanie..cup cake ni memang nampak cute dan sesuai untuk majlis2 kecik macam nie...

Masa nie semua orang dah lapar..tapi Pizza nya tak sampai2 lagik...untuk menghilangkan rasa bosan dan sedikit lapar..kitaorang pun ambik la gambar nie dulu..masa nie jugak Wanie dah ingatkan kat kawan2 yang lain supaya jangan over sangat..katanya takut Syah tak selesa..so terpaksalah aku kontrol..tapi masa mula2 jer la..lepas 2 minit terus jadik diri sendiri..penatlah nak berlakon lama2 sangat.. he he

No comments:

Post a Comment