Monday, April 6, 2009

Kedah - Restoran Buah Naga...

Hepi sangat sebab dapat makan kat Restoran Buah Naga nie..sebabnya makanan yang disediakan memang sedap2 belaka dan tak rugi kalau nak makan kat situ..paling penting kesemua bahan2 yang digunakan segar2 belaka..seronok jugak sebab dapat tengok, pegang dan bergambar dengan pokok buah naga yang ada kat keliling restoran tur..ada kira2 3000 pokok buah naga..memang menakjubkan..tapi kami tak ada rezeki nak tengok bunga buah naga ni berkembang sebab musimnya baru sahaja berlalu...misterinya bunya pokok naga ni hanya akan berkembang pada waktu malam...

Selepas makan semuanya licin...paling sedap dah tentulah ikan sembilang masak asam dan juga udang goreng buah naga..rasanya macam nak g sana lagi lepas ni..tapi tak tahulah bila sebab jauh sangat..kat Kedah nun.. he he..ada rezeki InsyaAllah...

Ketika ni Wanie sedang menemubual 'owner' restoran tersebut..memang sangat baik hati dan dia sangat memperjuangkan nasib orang Melayu..katanya antara salah satu sebab dia membuka restoran tersebut kerana mahu membantu ekonomi masyarakat di situ..pekerjanya anak muda tempatan dan semua bahan mentah yang digunakan juga diperolehi daripada penduduk di situ..kiranya berkhidmat untuk orang kampung jugaklah..dengar dia bercerita memang seronok sebab dia sangat mudah mesra dan layanan dia pada kita macam anak2 dia jugak..kalau ada yang dia tak puas hati..dia akan 'sound' masa tur jugak..itu yang buat kita terus respek dengan dia..

Suasana kat situ sangat menenangkan...siap ada lagu sentimental lagi untuk membuka selera pengunjung yang datang..tapi kalau aku tak ada lagu pun aku boleh makan sebab hidangannya memang sangat2 lazat..

Wajah hepi sebab kekeyangan..he he

No comments:

Post a Comment