Monday, April 6, 2009

Kedah - Rumah Aisyah...

Masa kat Kedah..sempat g rumah Aisyah..dia nie dulu pernah kerja dengan Karangkraf jugak..tapi sebab sebenar kitaorang singgah rumah dia untuk meminta pertolongan kerana terdapat masalah kecil yang berlaku..Mujurlah masalah tersebut tidak mencacatkan perjalanan kami yang masih panjang nie..paling penting masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cemerlang..he he

Aisyah, Wani dan Diana...Dengan gaya tersendiri katanya..walaupun dalam masalah tapi tetap sempat bergambar.. he he..berangan model sangat!!!

Tengah berusaha mengatasi segala masalah yang datang..Wanie dan Diana masing-masing dengan gaya seorang profesional.. he he..walaupun sedang kepenatan, lapar serta marah..tapi kerja tetap menjadi keutamaan..akibatnya sampai jer kat rumah Wanie..semuanya makan macam dah sebulan tak dapat nasik..lauknya ringkas jer tapi menepati selera la...tahniah mak wanie kerana berjaya memuaskan nafsu makan kami bertiga.. he he..

No comments:

Post a Comment