Tuesday, April 28, 2009

Moment Di Teluk Cempedak..

Ini semua adalah gambar2 masa pertunangan Diana..walaupun gambar2 nie dah lama tapi aku rasa perlu nak masukkan dalam blog aku..sebab kalau aku tak masukkan..mesti gambar nie akan luput dan akhirnya terbuang..he he...lokasinya pulak Pantai Teluk Chempedak kat Kuantan, Pahang...memang menyeronokkan dan menghiburkan...

Gambar kenangan dengan Diana, Ana, Shahril, Teha dan aku..gambar nie memang banyak nostalgia..lebih2 lagi bila ingatkan yang kitaorang solekkan Diana dan juga menjadi penyelaras fesyen..mujur ada Ana yang banyak idea dan mampu memeriahkan suasana..nanti kahwin Diana semua dah janji untuk g sama2..naik kereta Ana pulak.. he he...

Wajah2 ceria...
Gaya melompat memang tak dapat dilupakan walaupun di mana..so walaupun Diana bergaya sopan dengan baju kurung warna putih..tapi dia tetap melompat sakan.. Tahniah Diana!!!

Masa ni memang seronok sebab perangi gila2 semua orang terkeluar..walaupun penat tapi we all puas sebab dapat bergambar kat sini..sepatutnya kitaorang nak mandi manda..tapi tak sempat sebab ada beberapa acara yang disusun selepas itu...

Masing2 dengan gaya tersendiri katanya..oleh kerana hari macam nak hujan..terpaksalah aku menggunakan payung di tangan sebagai props untuk menambahkan gaya.. he he..

Walaupun situasi masa tur kelakar..tapi lagi kalakar bila tengok kepala Diana ada bunga..gaya baru katanya..tapi hakikatnya tak tahu nak buat apa dah..he he..

Inilah rumah tumpangan yang disediakan oleh Diana untuk kawan2nya yang datang..rumah nie memang besar sebab mempunyai empat bilik..dua bilik air dan dua ruang tamu..dapur untuk memasak turut disediakan..kat dalam rumah tur pulak cuma ada kitaorang berempat jer..mujurlah Abby dan kawannya datang..so tak adalah sunyi sangat..kat situ sempat jugak berkenalan dengan kawan Diana yang bakal berkahwin dengan orang Tanjung Malim tak lama lagi..aku dah lupa sapa nama budak tur tapi dia memang OK..polis kat Slim River...

2 comments:

  1. naik keta aku plak ke nok pas ni? ok jerrr. bwk slow2 ar...

    ReplyDelete