Friday, May 8, 2009

Produk Lelaki Along...

Dalam industri seni, memang semua orang kenal dengan Along Maestro. Dia merupakan PR yang menguruskan artis-artis Maestro sebelum ini. Kini apabila Maestro ditutup, Along masih menguruskan beberapa artis yang bernaung di bawah syarikatnya, Cherry.
Selain menguruskan artis, Along turut mengeluarkan produknya sendiri iaitu Secret Masculine Wash, bahan pencucian khas untuk kaum lelaki. Produk tersebut merupakan produk pertama yang dicipta khusus untuk membersih bahagian sulit lelaki yang mengandungi ekstrak herba seperti pati limau, daun sirih serta gamat.
"Cecair pencuci ini adalah halal, boleh digunakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk lelaki Muslim atau bukan Muslim. Selain ekstrak herba, Secret Masculine Wash turut diperkaya dengan vitamin C dan E bagi penjagaan kulit.
"Paling penting ia tidak berminyak dan senang dibersihkan. Ia juga bertindak sebagai penghapus peluh yang boleh membangkitkan bau yang kurang menyenangkan. Selain di bahagian sulit lelaki, produk ini juga boleh digunakan di bahagian lain seperti di ketiak," katanya.
Tambah Along, produk tersebut sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu membangkitkan rasa yang lebih sihat serta keyakinan khususnya semasa perhubungan intim.
"Pengguna hanya perlu menitikkan beberapa titik Secret Masculine Wash setiap kali mandi dan gosok di bahagian sulit sebelum dibilas dengan air bersih. Harganya juga berpatutan iaitu RM19.90 sebotol dan mudah di bawa ke mana-mana," ujarnya.

Ala2 duta produk pulak.. he he

Aku sekarang sedang cuba gunakan produk nie dan aku rasa bagus sangat..sebab tak melekit..senang dibersihkan dan tidak berbau seperti ubat...

No comments:

Post a Comment