Sunday, May 17, 2009

Bila Mula Malas...

Tak tahu nak cakap apa bila perasaan malas mula menguasaim diri..tapi aku kena kuatkan semangat sebab esok dah mula kerja dan masih banyak kerja yang perlu disiapkan..aku rasa aku malas nie sebab sabtu dan ahad banyak sangat benda yang aku buat..tapi aku enjoy la jugak..

Malam ni aku rancang nak g tengok Mentor kat Dewan MBSA dengan Nana..tapi tak tahulah jadi atau tak sebab Nana pun diam jer..mungkin masih tidur lagik kot sebab malam tadik dia balik umah kol 3.00 am..

Aku sekarang tengah seronok berkawan dengan seorang budak nie..dia nie kelakar lah jugak..malam2 kalau ada masa kitaorang selalu ber SMS..malam tadik pun sama..sampaikan bila aku bangun tidur kol 6.45 am pagi tadi aku tengok ada SMS dari dia yang masuk kol 4.00 am..katanya baru sampai umah selepas makan maggie kat kedai..tapi jangan salah anggap sebab kami berdua hanya kawan biasa..seronok kawan dengan dia sebab dia ni lain sikit..apa yang penting mudah sangat nak mintak tolong dia kalau kita perlukan pertolongan...

Hari nie dia keluar dengan kawan2 dia..dia bagi tahu la jugak..cuma dah dekat kul 2.00 pm tadi dia masih belum makan lagi..sabar jer la..seronok sangat membeli-belah sampai lupa nak makan..he he..

Petang semalam kawan aku call..nama dia Nizam...dia tinggal kat Sunway..dah lama tak dengar cerita..sebelum ni aku pernah jugak sms dia tapi tak pernah berbelas..semalam dia call cakap dia dah tukar no phone..phone dia ada masalah..tu sebab dia tak boleh nak hubungi kawan2 lama dia..tapi ada cerita mengejutkan bila di bagitahu aku dia dah kahwin bulan 12 last year..sabar jer la..langsung taj ajak kawan2..katanya dia tak tahu cara nak hubungi..so aku maafkan dia dan dia juga cakap dia bakal jadi bapa tak lamalagi..tahniah..

No comments:

Post a Comment